Entri Untuk Emak

4.12.12 27 Comments A+ a-


Bismillahi Rahmani Rahim


Entri Reupload





Masa kecik, aku sangat kecik..
Tapi aku tak suka diperkecikkan..
Sebab tu aku buli yang lagi kecik bahaha..
Ok, gambar hiasan semata :D






Antara masalah utama masa aku dulu ialah selalu lupa kat mana aku letak semua barang aku..
(Sekarang pun ada masalah ni mungkin?)





Sebab aku genius, petik jari je dah dapat penyelesaiannya..





Tanya kat mak..settle :)






Kehebatan mak ialah mempunyai tahap accuracy atau ketepatan yang tinggi kedudukan semua barang yang ada kat rumah...
biasanya ketepatan dan kejituan mak tak boleh dipertikaikan..





Aku selalu tertanya-tanya betul ke mak ada kuasa mistik yang boleh tahu kat mana barang disorokkan?
Sebabnya aku khuatir mak tahu aku dah kebumikan pinggan jenama arcopal kesayangannya yang aku terpecahkan kat jamban belakang..





"Oh no!" ujarku dalam bahasa Inggeris..




Kuasa ajaib mak tak berakhir disitu...
Semua adik beradik aku mesti akan merujuk kepada emak kalau tak tahu letak barang kat mana..
Mak tak pernah mintak pelembut mahupun pengeras..





 Ayat saja cari pasal masa kecik dulu wajib ada:D





Sebab aku anak mak, jadi aku mestilah mewarisi sikit-sikit kuasa mak tu..
Dengan iktiqad (qolqolah disitu ya) yang tinggi, aku berazam untuk mengingati semua barang-barang yang ada kat rumah agar dapat memberi saingan yang sihat kepada emak..




Tapi...





Azam tinggal azam...





Sampai sekarang mak sentiasa menjadi rujukan untuk kes-kes terpencil macam ni..
(terpencilkah?haha)







Justeru







Kerana melahirkan saya....terima kasih emak



Kerana membesarkan saya....terima kasih emak..

Kerana mendidik saya....terima kasih emak..

Untuk segala2nya....terima kasih emak

Dunia Akhirat saya sayangkan emak..




Dedikasi kepada :

Bonda Hajah Sairah Haji Amin




27 komen

Write komen
nurdani
AUTHOR
December 4, 2012 at 9:59 PM delete

hahahaha. betul. hebatkan ibu kita ni. segala benda boleh setelkan

sweet la entri ni

Reply
avatar
December 4, 2012 at 10:10 PM delete

likeeee !! ibu adalah insan yg paling hebat !! :)

Reply
avatar
December 4, 2012 at 10:19 PM delete

haha..comel je entry ni..emak mmg superwoman.. semua benda dia tahu.. ;)

Reply
avatar
merahitujambu
AUTHOR
December 4, 2012 at 10:19 PM delete

sayang ibu sgtttttt..serius..tanpa diaa..memang sy x blh hidup..uhuk..=/

Reply
avatar
C++
AUTHOR
December 4, 2012 at 10:34 PM delete

Bhai NaZha...

Artikel lu menyebabkan gua rindu kat emak gua la....

Reply
avatar
aku_ein
AUTHOR
December 4, 2012 at 10:46 PM delete

Emm..best kan emak ni..so pada yang masih ada mak, gi tipon dia cepat..lagi bagus weekend ni balik la jenguk dia..n jangan lupa doakan ibu bapak kita..kerana itu adalah pintu rezeki..(ada orang cakap ni hadis sahih, WA)..

yang dah xde mak n bapak macam aku, kita kirimkan doa je lah..tu je yang diorang tunggu kat 'sana'..

p/s:lukisan mak yang ko lukis macam muka mak aku..hohoho

Reply
avatar
BiskOt
AUTHOR
December 4, 2012 at 11:19 PM delete

tiba-tiba lagu aris ariwatan 1~2~3~ berkumandang... T^T isk. eh. huuu =3=

Reply
avatar
December 4, 2012 at 11:59 PM delete

mungkin mak aku yang kes terpencil kot.. haha. tapi beliau tetap jadi tempat tumpuan kitorang 1 family untuk kes-kes lain. ;D

* jangan sampai terlambat untuk cakap kita sayangkan mak kita. waktu tu, tak berguna dah air mata yang mengalir.. ;)

Reply
avatar
onn Lajer
AUTHOR
December 5, 2012 at 1:04 AM delete

yang kau tulis semuanya lebih kurang sama dengan pengalaman aku

Reply
avatar
man
AUTHOR
December 5, 2012 at 2:03 AM delete

Ibu kita adalah segala2nya..sila lah dtg ke blog sy..http://ajax85.blogspot.com

Reply
avatar
Tuan Besar
AUTHOR
December 5, 2012 at 2:23 AM delete

Rasanya mak2 di Malaysia diorang bertapa 7 hari 7 malam bawah air jatuh tu yg dapat superpower macam ni. wahhh bila baca ni rasa rindu dengan mak :') Hahaha

Reply
avatar
missSenget
AUTHOR
December 5, 2012 at 2:24 AM delete

skrg mak aku dah xmcm ni..

ahaa..

Reply
avatar
nazha anua
AUTHOR
December 5, 2012 at 2:34 AM delete

hari ni memang hari rindu emak semalaysia:)

Reply
avatar
kiru magu
AUTHOR
December 5, 2012 at 3:00 AM delete

very heartwarming la story ni..ahuhuhu..
meg sampai sekarang absent minded,brg slalu hilang =.=''

Reply
avatar
Watercolour
AUTHOR
December 5, 2012 at 6:29 AM delete

Serious dude, aku tersentuh. thanks mak.

Reply
avatar
December 5, 2012 at 7:20 AM delete

Sungguh. Tidak ada ganjaran yang mampu dibayar buat ummi/mak/ibu/ bonda mukminah melainkan terus menerus mendoakan kesejahteraan untuknya.Semoga Allah menyayangi nya dalam payungan inayah dan teduhan keampunan yang berpanjangan.
..Dan semoga awak juga perolehi kekuatan sehebat ibu awak dalam hidup ini. =) amin. insyallah...

Reply
avatar
December 5, 2012 at 7:29 AM delete

nazha, kau bukan sahaja dilahirkan dengan bakat melukis semulajadi, tapi sangat berbakat untuk membuatkan orang lain tersentuh... keep it up bro

Reply
avatar
deno
AUTHOR
December 5, 2012 at 8:31 AM delete

mak adalah segala-galanya kan... btw, kratif la lukisan awak tu.. suka sangat! :)

Reply
avatar
plain83
AUTHOR
December 5, 2012 at 9:36 AM delete

nice ^^

rumah tradisional ko lukis smat ah, simple tapi sempoi ^^

selamat hari ibu sedunia ^^

Reply
avatar
nazha anua
AUTHOR
December 5, 2012 at 4:14 PM delete

1 kasih nan abadi tiada tandingi kasihnya ibuu..

ok,lagu meleleh:) btw thanks semua

Reply
avatar
ayut
AUTHOR
December 5, 2012 at 6:42 PM delete

wlupun reupload sy ttp baca...hahaha.mak ni ad kuasa tu sbb dia yg jg kawasan tu.dia yg kemas.dia yg bersihkan.tu yg semua brg dia tahu kat mana..sama la dgn arwah mak dulu...skrg dh bsar ckit bru pham...nape seorg mak blh ingt semua bnda :)

Reply
avatar
Aujinz
AUTHOR
December 5, 2012 at 7:10 PM delete

aku terus call mak aku... hahahaha... XD

Reply
avatar
Razfira
AUTHOR
December 6, 2012 at 6:38 AM delete

huwaaa.. mcm nak menangis plak....

Reply
avatar
LiYa_Ex0ra
AUTHOR
December 7, 2012 at 3:33 AM delete

suke entri nie.. teringat mak kat kampung...

Reply
avatar
keri ikhwan
AUTHOR
December 7, 2012 at 3:57 AM delete

Style lukisan mmng cun... tp style penceritaan tu lagi gempak!
menyentuh jantung..

Reply
avatar
cEro
AUTHOR
December 9, 2012 at 5:45 AM delete

Awwww sweeet!
Mak aku pon sama..selalu tahu benda ada kat mana...
Akurasa, siapa jadii mak, memang akan dikurnia kuasa istimewa kot..
Hidup Emak!

Reply
avatar