Diari Suami Isteri 3

1.4.16 6 Comments A+ a-






Bismillahi Rahmani Rahim
























































Aku dan Puan isteri dulu belajar kat sebuah universiti tempatan cawangan kelantan 
Universiti tu mutakhir ni glamor sebab masuk Malaysia book of record sebab berjaya susun payung membentuk perkataan LOVE..

Sebab zaman student adalah zaman ikat perut, nasi bajet yang kami selalu makan ialah Nasik Berlauk Kak Wok..
Jadi, sebab area tempat tinggal isteri ada jual nasi dengan tema yang sama, kami pun cubalah dengan harapan ia sedap macam yang kat Kelantan punya..

Tapi, walaupun nasi ni tak sedap macam kami pernah rasa, nasi ni memang mesra rakyat sebab harga dia murah..
Kat Kelantan dulu RM2.50 je..kat Ipoh ni RM3..
Aku panggil ni nasik marhaen..
Punyalah ramai rakyat marhaen beratur tak putus-putus nak beli nasi ni..

Hebat betul penangan Nasik Kak Wok..
Gomo Kak Wok Gomo!