Teaser K-Drama : Sepasang Kasut Itu

30.9.12 13 Comments A+ a-


Bismillahi Rahmani Rahim


Hai semua:)
Terima kasih atas nasihat/cadangan/pandangan tentang gambar-gambar dalam kartunster yang hilang tu..
Encek Cero kata cuba ubah setting ke "Public"..
Jadi, kita tengoklah sama-sama berkesan ke tak..ok yelah, saya sorang je tengok..
Haish, memang letih nak upload balik semua sekali..
Tapi takpalah, kartunster punya pasal saya gagahkan jugak la upload balik..

Terharu tak?:D hehe

Baik, ni teaser untuk Sepasang Kasut Itu Part IV
Aduduh, kenapa Hannah nangis-nangis peluk Hayyan ni?


Nak tahu?
Apa tak nak?Ok fain..


Nantikan sambungannya esok 
Tungguu!

Faded Up | Semangat Yang Hilang

28.9.12 11 Comments A+ a-


Bismilahi Rahmani Rahim


Gambar-gambar kartun ni bila upload asyik hilang je..

Bengang betul!

Yang kat picasa semua file takda pulak

ada setting auto delete ke hapa..

Mentang-mentang semalam besday google ke-14, 
takkan mereka meraikannya dengan membuat dajal di kartunster kot..

Demit..hilang mood nak apdet..


;(

Masihkah Kau Ingat Part II

27.9.12 10 Comments A+ a-



Bismillhi Rahmani Rahim


Kartunster tak bertanggungjawab atas trauma psikologi/kemeluatan yang mungkin dialami akibat pembacaan entri ni..

Ini disklemer

Sambungan dari entri Masihkah Kau Ingat yang lalu..



Ramai lagi yang ingat saya?
(mata bercahaya)




Terharunya..sobs





















Tak payah bajet artis boleh?
Annoying gila tau tak!


Saya dah free percuma sikit sekarang..
lepas ni bolehlah apdet dengan berkala:)

Apdet lepas ni : K-Drama yang tergendala



Masihkah Kau Ingat

25.9.12 26 Comments A+ a-



Bismillahi Rahmani Rahim


Setelah 2 minggu menahan tangan yang sentiasa gatal-gatal nak kemaskini blog..

..akhirnya..












.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Dunia blog memang kejam..kejap je kau tak kemaskini..kau terus dilupakan..

sobs..


oh ya, saya ada sumbangkan kartun kat belog BuasirOtak ini..sila terjah dengan sewelnya

Harimau Malaya Kalah Style

12.9.12 23 Comments A+ a-



Bismillahi Rahmani Rahim


"Ha Ha Ha..Harimau Malaya Kalah Style.."
Ok maaf..S
Saya tahu semua dah annoying dengan parodi Oppa Gangnam..hehe

Wah, dah lama betul tak tulis entri pasal bola..
FYI, saya seorang agak fanatik bola..
Kalau masa makan ada bola, bila ref tiup wisel penamat tu 
ngam-ngam je dengan timing saya habis makan..
Kan Cik Buahati saya kan?hehe..

Ok cukup..malam semalam tengok Malaysia VS Vietnam..
Malaysia punya permainan Ya Rabbi Ya Karim..Kuss semangat saya tengok..
Sempatlah jugak buat sikit analisis pasal game Malaysia
Mohon Datuk Rajagobal ambil perhatian serius point-point daripada peminat tegar Harimau Malaya ini..


1. Marking pemain lawan

Bola belum sampai lagi kat boot pemain Malaysia, 
pemain Vietnam dah siap-siap marking belakang dah..
Tak bagi can punya..



Tapi bila pemain Vietnam dapat bola..
Oh Mak Kau pemain Malaysia punya marking saya tengok hak alah..
Baik marking kat hujung corner je..
Bukan main luas lagi ruang kau bagi..



2. Kerjasama berpasukan

Pemain Vietnam kalau bawak bola, dari yang penyerang sampai lah pertahanan semua naik atas tolong member..
Keeper pun kalau boleh naik memang dah naik dah rasanya..
Midfield memang pemain Vietnam tapau..



Tapi pemain Malaysia bila member bawak bola, 
nak tunggu midfield lain naik, sayap naik macam apa ntah..
Kasihan betul tengok Azamudin Akil dengan Kunanlan penat-penat lari kat sayap tapi takda member nak passing..Bengang betul..



3. Passing

Pemain Vietnam dah macam setail Barcelona dah bila saya amati..
Konfiden pegang bola, main semua short pass je..tapi laju..
Pertahanan Malaysia yang jaga sayap asyik kantoi je..
Tak mengaku pulak..Sapa lagi,awaklah Azmi Muslim..



Pemain Malaysia Ya Rabbi pantang dapat bola..
Semua nak loooooooooooong pass..tak ada orang pun looong pass jugak..
Serius saya tak paham apasal nak main macam tu..bukan nak counter attack pun masa tu..
Kalau short pass pun entah sesape je dia bagi..



4. Kawalan bola

Pemain Malaysia bila nak rampas bola dari Vietnam bukan main payah tahap apa celop bro..



Tapi pemain Vietnam rilek rilek je dapat bola dari Malaysia..
Kadang-kadang tak payah rampah pemain Malaysia sukarela bagi bola dengan hati terbuka..



5. Pertahanan

Serius teruk betul pertahanan semalam..
Jaga pemain Vietnam yang bawak bola je..
Yang 2,3 orang kat belah belakang takda sapa pun jaga..




6. Leka

Ni saya rasa tabiat/hobi pemain malaysia kot..
Kadang-kadang dah leading 2-0 pun kantoi jugak masa 10 minit terakhir..
Sadisnya..



Well, famous quote from FAM as usual..



Walapun 2nd half nampak Malaysia dah ok sikit tapi masih lagi ketinggalan dari segi taktikal/passing etc..
Saya peminat..Mungkin analisa saya nampak noob sangat berbanding hasbullah Awang..
tapi saya meluahkan teguran untuk kebaikan Pasukan Kesayangan Malaysia ni..
Harap ada manfaat untuk Harimau Malaya

Meow..eh, silap..

Aummm!!!

Panggilan Tugas Moden Tambang Perang

9.9.12 19 Comments A+ a-


Bismillahi Rahmani Rahim



Apa hal pelik sangat tajuk entri?
Baca sampai habis untuk tahu kesudahannya..

2 minggu lepas baru saya berkesempatan nak hantar kad raya kepada pemenang
Bagi & Belah Kartunster #1
Minta maaf la kalau terlewat hantar..
Kamu semua dah dapat ke belum ya?

Jadi nak kongsi sikit macam mana rupa bentuk kad raya tu..
Kot kot ada iras iras Ramli MS ke..Ceh tak lawak langsung.. 



Pemenang utama seramai 13 orang dapat kad yang muka depannya macam ni :
Konon konon macam beraya kat oversea la..konon konon la kan..
Kalau bukan gambar ni, maknanya bukan saya yang hantar..



dan sekeping setiker sebegini rupa :
Eksklusif woo setiker ni:) Import dari Jawa..
Ok, sebenarnya import dari orang Jawa..
Saya dah lekatkan setiker ni kat buku idea saya..
Kamu semua pula lekatkan kat mana?



Klik sini..
Untuk tempahan pelekat awesome dengan encek yusof..
sebab saya tak reti nak backlink kat banner tu..



..dan tak lupa kepada pemenang khas juri, iaitu seperti penama di bawah, 
mendapat lukisan customize dari saya..
Nampak? Encek Z kata gaya "nazha anua style"..
Dia dah cakap dulu dah benda ni, tapi saya tak paham kenapa "Oppa Gangnam Style" lagi glamour dulu dari "nazha anua style"..

Ok abaikan, kembali ke bisnes..
Penama ini nak lukisan watak perang Call of Duty Modern Warfare iaitu 

En Hantu (Ghost)

En Kapten Harga (Captain Price)

dan Encik Sabun Mak Tak Abis (Soap Mac Tavish)

Saya tak minat main game ni..jadi saya google untuk tahu rupa paras watak jejaka diatas..
Lepas tu, saya lukislah ikut imaginasi saya..
FYI, saya lemah kalau nak lukis senjata, kenderaan dan semua mecha things..
Jadi, harap encek Z suka la lukisan saya yang tak seberapa ni..


Jeng Jeng Jeng..
Cuba teka yang mana 1 nama watak watak ni:)
sebab itulah tajuk entri seperti yang tertera:)


Ok, terima kasih kepada semua yang sudi masuk Bagi & Belah Kartunster#1 tanda sokongan..
Terima kasih juga kepada yang sudi buat entri khas untuk kad raya tersebut:)
 Nanti saya buat Bagi & Belah nak masuk lagi tak? 
Jangan serik ya..






K-Drama : Sepasang Kasut Itu Part III

6.9.12 20 Comments A+ a-



Bismillahi Rahmani Rahim


Klik sini untuk episod sebelum ini..


kat tonton.com masih tiada lagi..
harap maklum:D



K-Drama | Sepasang Kasut Itu Part III



Umur sebayamu sepatutnya duduk di kelas Hayyan..
Belajar dan menuntut ilmu..
Conteng buku tulis kat mukasurat belakang dengan orang lidi..
Koyakkan buku lepas tu buat kapal terbang kertas..
Main Polis Sentri dengan kawan-kawan..
Bergelak ketawa bila diusik..



Bukan membanting tulang sayang..
Hayyan..
Maafkan akak ya..
Hayyan mesti kecewa dengan akak kan?




Akak sayangkan Hayyan..
Tak nak kau tertinggal dalam pelajaran..
Berat hati akak, tapi nak tak nak akak kena juga bagitau pada..



Seraya, tangan Hayyan direntap Ummi pulang..
Hayyan tunduk kecewa..
memandang kereta sorong dipenuhi pasir yang semakin menghilang daripada pandangan matanya..
Di rumah, aku lihat air mata Ummi bergenang..
mungkin kesal kerana Hayyan menipu Ummi..
Panjang ceramah Ummi masa tu..
Seperti biasa..Hayyan tiada reaksi..



Esoknya..
Bila aku ke bilik Hayyan untuk jemput sarapan..Aku pelik..
Lipat dilipat kemas..bantal disusun rapi.."pergi mana budak ni?'ujarku..
Puas aku cari sekeliling rumah..kelibat Hayyan masih tak kelihatan..
Aku gusar..yang amat..tiba-tiba aku terperasan..
Sepucuk surat diletak diatas bantal kesayangannya.. 
"Ummiii!!!" teriakku teresak-esak..
Aku pasrah..masa tu aku dah tahu Hayyan dah tiada..
Aku tergamam..



" Kepada Ayah, Ummi dan Kak Long :
Adik sayang semua..
Sebab tu Adik kena pergi..
Adik nak tolong Ummi cari duit..



Adik kasihan tengok Ummi ambik upah cuci kain kat rumah Wak Paisah..
Lepas tu cuci pinggan mangkuk kat gerai Wak Husin..



Halalkan makan minum Adik ya..
Adik tahu Adik jahat..Maafkan salah silap Adik selama ni..
Adik ingat pesan Ayah dan Ummi jangan tinggal solat..
Semua janganlah nangis..
Adik keluar kerja kejaap je..Adik janji kerja rajin-rajin..
Nanti Adik kirim duit bulan-bulan ek..

Asalamualaikum,

Adik "

Aku redha..empangan aku dah lama pecah bila ternampak surat tu..
Aku sentiasa doakan Hayyan selamat dan dilindungi Allah..Amin..



*****************************************************************************************************



Beberapa bulan telah berlalu sejak peristiwa itu..
Aku tak betah untuk menangis lagi..
Begitu juga Ummi..
Peperiksaan besar dah makin hampir..Aku mesti tabah!
Aku bertekad untuk cemerlang demi Hayyan yang dah banyak berkorban untukku..
Itu janji aku..
Begitu juga Hayyan..dia tak pernah mungkiri janji di suratnya..
Hujung bulan, mesti kelibat posmen datang untuk memberi kiriman wang pos kepada kami..
Aku tahu, itu hasil titik peluh Hayyan..



Alhamdulillah..
Syukur aku kerana berjaya dengan cemerlang..
Terim kasih Ummi, Ayah..
Semuanya berkat bantuan dan doa kalian..
Yang sentiasa menyokong Hanna..



Dan pengorbanan adikku Hayyan..

"Kak Long belajarlah sungguh-sungguh..
Dalam keluarga kita, Kak Long je yang pandai..
Adik bodoh!"

Masih terngiang-ngiang lagi kata-kata keramatnya di telingaku..
Terima kasih Hayyan..
Ini semua untuk Hayyan..
...
Akak rindukan Hayyan




bersambung...

Teaser K-Drama : Sepasang Kasut Itu

5.9.12 16 Comments A+ a-



Bismillahi Rahmani Rahim


Biasa kalau drama-drama, sebelum habis tu mesti ada  tayang sedutan episod 
untuk minggu depan dulu kan sebelum keluar kredit nama nama tu?

Ok, jadi ini sedutan untuk K-Drama | Sepasang Kasut Itu 

Jadi..persoalannya..

Kenapa Hanna menangis sambil memeluk tilam?

Kenapa dia teringat Hayyan yang bermuka dingin itu?

Kenapa air matanya meleleh ke bawah membasahi tilam?


Nak tahu?

 Nantikan sambungan K-Drama | Sepasang Kasut Itu Part III esok!



(perlu ke kau buat teaser macam ni?)..haish..getus hati kecilku..


Merdeka dan Bendera Gula Gula

4.9.12 20 Comments A+ a-


Bismillahi Rahmani Rahim


Tanggal merdeka 31 ogos dah expired minggu lepas
Walaupun blog dihantui peristiwa gambar hitam bertanda seruan mutakhir ni, sobs
ia takkan melemahkan semangat anak merdeka untuk upload entri merdekaraya yang tertunggak sekian lama ni..

Ha, nampak tak?
Nampak tak betapa semangatnya diri ini..

Lagu merdeka feveret saya ialah Tanggal 31..
Tapi bukan yang Sudirman nyanyi..rentak march tu tak best..
Saya suka lagu asal dendangan Ahmad CB ni..kalau dengar fuhh
Rasa nak pergi perang je:D hehe..
Layan entri ni sambil layan lagu Tanggal 31 Klasik ni untuk pengalaman lebih memuaskan:)

Klik sini..


































Amacam?terasa nak pergi perang tak?:D

Bendera kain dulu mahal..
Ok sebenarnya saya yang tak ada duit nak beli bendera kain masa tu..
Jadi pasang bendera yang kat dalam batangnya ada gula-gula warna warni bulat bulat tu je la yang mampu:)

Kamu semua macam mana pulak sambut merdeka kecik-kecik dulu?:)


p/s : terima kasih Blog BuasirOtak membuasirkan blog saya sempena Hari Merdeka lalu..
Terharu sobs:)