Lawak Lorong Belakang 4

30.11.15 4 Comments A+ a-






Bismillahi Rahmani Rahim







Ini adalah tetralogi komik LLB yang ke 4 dan yang terakhir..
Buat masa ni aku belum ada plan nak sambung komik strip ni..
huhu..

Satu, sebab idea takde..
Dua, sebab takde idea..

Untuk yang bertanya kenapa komik2 strip ni kena rejek, aku pun tak tahu..
Tapi mungkin sebab aku belum sampai makam tertinggi pembuatan komik konsep 
macam ni kot..
Sebab ada je yang tak paham lawak LLB yang aku buat dalam entri sebelum ni haha :D










































Lepas ni nak buat entri pasal komik Buasirotak pulak huhu :)
Tunggu..






Lawak Lorong Belakang 3

23.11.15 4 Comments A+ a-




Bismillahi Rahmani Rahim



Jumlah semua komik strip Lawak Lorong Belakang yang aku buat ada 4..
Jadi ni yang ke-3..
Kalau nak tahu kenapa semuanya berkaitan bola, 
boleh baca entri LLB 1 kat sini ok..





















































Lawak Lorong Belakang 2

18.11.15 4 Comments A+ a-






Bismillahi Rahmani Rahim



Entri lepas aku publish salah satu komik yang kena rijek, 
jadi kali ni aku bagi lagi salah dua daripada komik tersebut..

Komik ni sebenarnya pasal seorang gelandangan dan kehidupan sehariannya..
Kalau ikut plan, ada watak-watak side kick yang sama-sama memeriahkan hidup dia..

Tapi tu la..lepas buat 4 komik strip terus aku gibab..huhu




Enjoice!


























Hmm, aku patut belajar dari watak pengemis ni supaya jangan gibab..
Sebab dia tak pernah gibab meng-annoying-kan orang haha..






Lawak Lorong Belakang

16.11.15 6 Comments A+ a-






Bismillahi Rahmani Rahim




Hai semua :) Lama gila tak post entri kat sini..
Blog pun macam dah tak berapa nak meriah je aku tengok..
Tapi aku kagum dengan kawan-kawan blogger lain yang gigih up entri dengan penuh istiqomah dan konsistentuensi!
CC : Cero, Aujinz, Buasirotak dan lelain yang aku tak sebutkan..haha
Tahniah aku ucapkan..tepuk tepuk tepuk!!




Aku dalam kemalasan-malasan ni saja-saja tukar template kot-kot la ada semangat sikit nak menulis..
Sebab bro uncle Johnni lepas tukar template aku tengok lain macam dah asyik up entri je..
dah macam naik syeikh aku tengok..hehe..




Hmm, aku tak sempat buat komik baru..huhu
Komik ni sepatutnya masuk Komik-M - Antologi Aku, Kau dan Bola..
Tapi kena rejek huhu..
Aku publish la kat sini yek..
Harap-harap kau orang tak rejek pulak kehkeh..




Jadi..





Aku persembahkan ... 





Lawak Lorong Belakang 
(sebenarnya tak kelakar pun..hmm)
























Tamat.





Aku tak expect apatah lagi menaruh harapan tinggi ada yang gelak..
Jadi, kalau ada yang leret2kan ekor bibir sebelah tu memang aku tabik..
Yang senget-sengetkan dan menjuihkan serta mengkumat-kamitkan mulut tanda benci diadunkan dengan sumpah seranah pun jangan risau..
Aku tabik jugak sebab banyak tabik lebih ni..



Hmm, nak buat macam mana,
Dah nama pun karya rejek kehkeh..





Hello Abah

31.1.15 14 Comments A+ a-



Bismillahi Rahmani Rahim


























Kredit kartun asal : Amar




Aku harap mesej kartun ni deep, padu, makan dalam dan paling penting sampai..













Projek Buku Komik BUASIROTAK THE KOMIK !

25.1.15 9 Comments A+ a-




Bismillahi Rahmani Rahim



Hi semua..
Haah, emangnya sengaja di update entri ni lambat2 sebab nak tunggu hujung bulan..
Ngapain? Ya sebab entri ni memang untuk loh semua..
Baru gaji dengan bonus kan? Hahaha..



*****



Aku teringat...kisah 6,7 tahun dulu...masa aku mengaji kat U..
Satu malam masa aku balik cuti sem, mak aku tanya something..
Sesuatu yang suriyus berkaitan masa depan..
Aku cuak..
























Tiba-tiba..(biasalah cite melayu kenalah ade tiba-tiba)




















Nota : "Nazha" cuma ciptaan aku je..mak aku panggil lain kat rumah..





Huhu..aku tak sangka pulak mak aku rilek je aku nak kerja apa dah besor nanti..
Sebab aku ada member yang memang gila-gila punya nak jadik kartunis, 
tapi bila bagitahu mak ayah dia, punyalah dia orang tak bagi..
Hmmm..walaupun aku dah keje sekarang (Alhamdulillah), 
lukis kartun masih lagi kerja "sebenar" dalam hidup aku..

Atas inisiatif pembaca dan rakan2 pelukis blog yang sentiasi (baca macam Datuk Jalal) 
bagi sokongan, terberanak jua buku kolaborasi aku yang ke-2 ni..
Buku pertama boleh rujuk DISINI..
Mak, Nazha dah ada 2 bijik buku kartun maakkk..yahuuuuu!!!


aku punya salinan noob bagi :








Buku  ni ada 13 orang pelukis dan macam buku pertama, kami tak pernah jumpa..
Hanya meeting di alam maya je..
Thanks Captain Noob sebab jemput aku turut serta dalam kolaborasi ni..huhu

Ringkasnya, buku ni bergenre sinikal dan sarkastik bertujuan mendidik masyarakat kita yang seperti yang kita maklum semakin korup pemikirannya dalam bentuk yang santai..hmm..apasal ayat aku skema je ni..

Kalau nak tengok preview komik ni, atau nak terus borong, boleh kontek Captain Noob DISINI
atau klik gambo kat bawah..







Lagi tebal, lagi padat (semua komik), lagi murahhhh...
Aku dapat info stok tinggal sikit je..so sapa nak kenalah cepat order ok :)


Review oleh Haryz Khairuddin DISINI


Mak, buku no 2 orang dah kuar dah..haha









Tragedi cucur udang

23.1.15 7 Comments A+ a-




Bismillahi Rahmani Rahim







that moment bila makcik kantin bawak cucuq udang panas2 baru masak ngam2 lepas aku bayar cucur udang yang sejuk tu..
Arghhh!!






Juara sebenar AJL 29

19.1.15 7 Comments A+ a-



Bismillahi Rahmani Rahim





that feeling..


Aku doakan Caliph Busker semakin disukai dan murah rezeki..










Teaser Komik Kolaborasi 2015

16.1.15 5 Comments A+ a-





Bismillahi Rahmani Rahim




Ramai yang dapat memecahkan teka teki berbentuk coding pada entri aku minggu lepas..
Aku mengucapkan syabaaas bheti..syabaaas inspektor shahab!!
Sesungguhnya bahagian jawi otak kalian memang belum "gangren" lagi..
Sila angkat tangan kanan perlahan-lahan..letak kat bahu kiri..
Tepuk bahu tersebut 3 kali sambil mengucapkan tahniah tahniah tahniah..

Tapi tak yah kerek sangat..tu baru peringkat asas beb..

Kalau nak bagi aktif balik benda tu, cuba try coding yang ni pulak..
Ni kira up sikitla..level2 pra sekolah..

Goodluck :)




































































































-teaser cover komik-


Sila menabung dengan segera untuk mendapatkan naskhah ohsem ni ye pembaca sekalian..
Stok sangatlah terhad..
Kawan2 kartunis yang menyumbang untuk komik ni sila ambil maklum ye..

Info lanjut akan aku terangkan dalam entri akan datang :)

Yeahooooooo!!!!!!