Projek Buku Komik KAMI

20.5.14 21 Comments A+ a-




Bismillahi Rahmani Rahim





Hi para kartunstan sekalian :-)
Dah lama aku tak update..adalah dalam 1,2 bulan sejak bulan Mac lalu..
tup tup dah nak masuk hujung Mei kan?
Untuk penjawat awam, gaji masuk 22 Mei ni kan?
Untuk kakitangan swasta, mesti genap bulan..dalam lagi 8,9 hari gitu kan..

Jadi, apa signifikan gaji masuk dengan entri kali ni nih?
Hmmmm..Nampak tak permainan aku?
heh heh heh




*****









Ini cerita flashback 20 tahun yang lampau..
Komik banyak mempengaruhi dan mendiami sebahagian besar hidup aku..
Masa kecik dulu, aku suka baca dan kumpul koleksi komik..
Mutiara Naga, Yuyu Hakusho, Dik Cerdas, Misteri Naga
Komik Kawan, Bip!, Ujang, Gelihati, Gelagat, Gila-gila
Alam Perwira, Pedang Setiawan, Raja Rimba, Dewata Raya
Semua jenis komik bangsa dan negara aku baca..
Sama ada beli atau pinjam dengan kawan-kawan..














Sedikit sebanyak, stroke kartun dia orang pun mempengaruhi stroke kartun aku jugak..
Aku mula berjinak-jinak menconteng dinding rumah..dari jinak, aku makin liar..
tangan aku ligat menconteng ultraman kat dinding rumah dan almari dapur mak..tapi..
Lepas kena sekali PAANGG dengan bapak aku, terus aku insap dan lukis atas kertas..














Komik pertama aku dilukis atas kertas saki baki Buku Skrap Keluarga Saya abang aku punya..
Kertas dahlah ada lubang kat tepi..kalerful pulak tu..
Walaupun aku lukis guna ballpen biru dengan pembaris je, aku puas hati gila dapat lukis komik tu..














Tajuk buku komik tu - Mat Komando..
Aku plagiat balik daripada komik yang asal, tapi ikut stroke sendiri la..
Sebab masa tu aku tak reti buat jalan cerita sendiri lagi..
Aku ingat lagi, lepas siap aku simpan komik tu dalam laci biar abang aku tak gelakkan aku sebab lukis kartun plagiat..















Aku ingat tu buku komik pertama dan terakhir aku..
Sebab lepas tu aku lebih banyak menconteng dari buat komik sendiri..
Tapi masa berlari dengan sangat cepat..
Aku tak sangka..
Impian buat buku komik sendiri yang aku tak pernah berapa impikan selama ni bakal terhasil..
Walaupun sekadar buku underground..Aku puas hati..
Buku komik sendiri yang ada lukisan kau..
Gila aku tak hepi..hahaha..














Jadi aku dengan sipu-sipu malunya ingin memperkenalkan buku komik underground 
yang mungkin berpeluang menyelit-nyelit di almari rak buku kau orang 
para kartunstan sekalian :-)
Buku dengan kaler kaver depan yang berpinar mata..
Dengan kandungan komik asli yang tak ada dalam mana-mana entri blog ini..
Hasil gabungan beratus-ratus email berantai, titik peluh dan eye bags 3 komik blogger..




Mempersembahkan!...




Dururummm.......dururummmm...Dururummm.......dururummmm...




Dururummm.......dururummmm...




Tadaa....










Buku Komik 
KAMI! Rileks, Benda Boleh Settle!
Spesifikasi | 126 ms berlukisan | kulit buku tebal dan glossy | hard rock kafe binding
Harga | $25/- sahaja termasuk kos penghantaran  

Ya, muka depan itu adalah 3 kartun kami iaitu 
Lanun Aujinz : aujinz.blogspot.com
nazha anua : kartunster.blogsspot.com














Jom intai-intai sikit isi dalam :

Ni bero aujinz punya part..
Memang awesome..comel sangat stroke dia rasa macam nak picit-picit je..
















Ni entah kartunis mana punya part entah..
sesuka hati je habiskan banyak mukasurat..ingat nak print murah ke?
Dah lah jom skip jom skip..
















Dan yang ni bero cero punya part..
Kalau tengok dah lebih ke komik woo daripada nomik..















Dan ya, lukisan kat atas aku cedok daripada bero aujinz dan cero..
Sebab kata kolaborat kan..jadi gambar pun kena kongsi jugak la..
kan?tak gitu..ke macam mana bero?
















Heh heh..sori kartunstan sekalian..
dia orang memang macam ni..saja buat kontroversi biar laku la tu..ceh..
Tak perlu pun..kita kerja kenalah ikhlas, barulah para pembaca blog kartunster ni nak order dengan ikhlas jugak kan?














Kan? :-)















Kaannn?*suara psiko*















Haha..ok sori guys..gurau je ok..
Kepada yang berminat untuk membaca karya kami, anda dialu-alukan untuk mendapatkannya segera..
Boleh berikan butiran nama dan alamat, kemudian email ke nazhaanua@gmail.com
di bawah tajuk Buku KAMI!

Sila tempah dengan segera kerana ia terhad masa dan stok juga..













Kepada para pembaca dan bakal pembeli, terima kasih kerana sudi menyokong kami :-)
Doakan kami berjaya dan dapat muncul dengan produk baru yang lebih berkualiti OK :-)










Trivia 1: nazha anua, aujinz dan cero tak pernah langsung berjumpa..
semua urusan adalah secara online..

Trivia 2 : cero dan aujinz dah buat entri hari isnin pada pukul 9 pagi..
aku je yang lambat siap buat entri..tak ada elemen seperais langsung..

21 komen

Write komen
merahitujambu
AUTHOR
May 20, 2014 at 8:43 PM delete

gabungan yang gempak..insyaALLAH akan beli.. =)..

Reply
avatar
deaday
AUTHOR
May 20, 2014 at 8:46 PM delete

bestnya ada geng ley bergabung cam robot power rangers.. aku nak geng gak.. mana? mana?

Reply
avatar
nZaOdonut
AUTHOR
May 20, 2014 at 10:26 PM delete

odw nak beli dari Aujinz..hohohoo

Reply
avatar
May 20, 2014 at 11:54 PM delete

dah order dari cero. terbaek lah korang. kalau ada projek macam ni lagi aku nak join (muka tak malu)

Reply
avatar
plain83
AUTHOR
May 21, 2014 at 2:11 AM delete

ugutan suruh beli yang begitu psycho... kekeke, tahniah2 bero~ ;3

Reply
avatar
Aujinz
AUTHOR
May 21, 2014 at 5:13 AM delete

Bang, saya nak beli gak... nak signnnnnnnn ~

Reply
avatar
May 21, 2014 at 6:26 AM delete

Hahahaa... aku suke btl part aujinz dgn cero tu kene ikat XD

Reply
avatar
Len Inouie
AUTHOR
May 21, 2014 at 7:43 PM delete

watak PON kompem startfish jadi satay. sanggup tak?

Reply
avatar
Zyra Roxx
AUTHOR
May 22, 2014 at 5:37 AM delete

hik, comella enkorang ^_^ nak nyelit gak kt tetengah tuu :3

Reply
avatar
Amna Shark
AUTHOR
May 22, 2014 at 10:55 PM delete

Hai.. first time lawat sini. Ooo.. inilah lg seorang pelukis KAMI. Selamat berkenalan...

Reply
avatar
cEro
AUTHOR
May 23, 2014 at 9:43 AM delete

Weyh!!
Comel gilak ko lukis aku..
Terasa nak print and tampal dekat dinding...hehehehe

Reply
avatar
BiskOt
AUTHOR
May 29, 2014 at 6:29 PM delete

dah beli buku ni best ~ d(>.<)b… tapi nak komen satu je, bila baca part kartunster (versi buku), nomik tu dia jadi macam segan-segan pokok semalu..XD ada rasa kekok sikitla nak baca, agaknya sebab faktor kirikanan kot dan tulisan tangan encik nazha lawa cam biasa ,ia lebih lawa dari font computer.. keh3 (ada makna ni ada makna). terimakasih kartunster~! d(>o<)b harap lepasni ada kemunculan lagi.

Reply
avatar
shada wentz
AUTHOR
May 31, 2014 at 8:00 PM delete

anyonyoooo. comeynyaa gayhood hangpa ;D (y)

aku kena buat muka comey kat mak aku sat. baru dapat rm25. doakan! haha

Reply
avatar
budoxe
AUTHOR
June 12, 2014 at 5:08 PM delete

pergh~ ada komik sendiri.. bila nk buat next komik. nak gak tumpang sehelai dua. hehe

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
August 3, 2014 at 2:16 AM delete

wah lama xsinggah blog bro. aku dotasurf punya owner :3 update la blog. cite ari raya xde ke?

Reply
avatar
Aujinz
AUTHOR
September 8, 2014 at 1:29 AM delete

bila nak update belog nie berooooooo ~

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
September 17, 2014 at 4:01 AM delete

Trivia 1: nazha anua, aujinz dan cero tak pernah langsung berjumpa..
semua urusan adalah secara online..

Trivia 2 : cero dan aujinz dah buat entri hari isnin pada pukul 9 pagi..
aku je yang lambat siap buat entri..tak ada elemen seperais langsung..

Apa maksudnya?

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
October 6, 2014 at 2:09 AM delete

wahhh ini sangat menarik! Gambungan doodlers yg mantap2 buat satu komik.. bila keluar ni?

Reply
avatar
plain83
AUTHOR
October 13, 2014 at 6:50 AM delete

lololollll gayhood... brotherhood la, brotherhood! XD

Reply
avatar
plain83
AUTHOR
October 13, 2014 at 6:51 AM delete

beroooo~ genki desu ka berooo~ ;3

btw, join my contest? Isi Buih-Kata Komik #2!!!
Contest tamat pada 10 Nov 2014, winner gets a T-shirt with my print-design~ XD

Reply
avatar