alif..ya..mim..unta

24.10.12 14 Comments A+ a-


Bismillahi Rahmani Rahim



Saya selaku penyimpan cop kuih karipap emak saya dengan penuh kesyukurannya ingin melafazkan ucapan..




..kepada semua muslimin muslimat seluruh dunia baik yang belum, bakal, sedang, dan sudah menunaikan ibadah Haji..
Semoga memperoleh haji yang Mabrur dan diterima Allah yang Esa..Amin:)

Harapan saya agar, masyarakat muda mudi sekalian berqorban internet, facebook, twitter instagram, wassap, blog dan sebagainya kejap untuk tolong rewang siat kulit lembu kambing kat masjid masing-masing..hehe

Tiada lagi alasan "saya takut jarum darah" ok..




Sup ekor satuu!


ATM mungkin kalah, TAPI..

22.10.12 17 Comments A+ a-


Bismillahi Rahmani Rahim


Sebagai kakibola tegar yang dikenali mamak-mamak seantero malaya, rasanya belum terlambat lagi untuk aku ucapkan tahniah kat Kelantan sebab menang Piala Malaysia..

Hebak sek demo dih..main pun sedak kawe tengok..hehe

Sebenarnya aku sokong ATM, sebab ada Hai-O..
Bajet Hai-O boleh buat sejarah menang Piala Malaysia 4 kali dengan pasukan berbeza tapi tok jadilah pulok..
Nak wat lagu mano..

Tapi, game feshaf boring..sekenhaf baru main sedap 2-2 team..hurm..
Kita semua bernasib baik tentera kat Malaysia baik-baik..tapi, tak taulah pulak kalau ada yang macam kat bawah ni...






















Lulz:D


Minggu ni memang banyak cerita menarik pasal sukan..
-Zulfahmi menang naib johan Moto1
-Kelantan 3-2 ATM
-Harimau Muda menelurkan u21 Vietnam 1-0


Oh, i <3 Malaysia :) Best best!

Cubaan 1..2..3

19.10.12 15 Comments A+ a-


Bismillahi Rahmani Rahim


Seperti mana semua sedia maklum, blog saya telah terkena buatan orang hingga menyebabkan semua gambar2 yang diupload di setiap entri menjadi hitam keseluruhannya..

Saya tak salahkan sesiapa..tapi sebab hitam, jadi saya saspek ini buatan orang minyak..

Saya hampir putus asa untuk upload apa2 entri pun..
Tapi lepas dengar lagu yang liriknya berbunyi ini saya terus bersemangat :

"Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila diluka nanti pulihlah semula
Bangkit biar bersusah dulu nanti senang semua
Sakit pada luka kan pulih semula
Bangkit"

Terima kasih rappers Malaysia DJ Fuzz Altimet dan Salam kerana lagu yang syahdu ini..

Sebagai bukti saya dah bangkit, saya nak kongsi karikatur yang saya buat untuk seorang kakitangan di tempat kerja saya yang dah bersara..

Oh ya, saya tengah repair template blog ni balik..lepas saya bakar orang minyak tu nanti saya upload balik kartun yang terkena buatan orang tu ya:)


Medium : kertas A4 terpakai
Pen : Hitam dakwat basah 0.1
Pensil : pensil picit-picit


Selamat Bersara Kak Mun ;'(



pi.es : follower saya dah 200 orang:) yahu! walaupun tak upload, anda semua masih follow juga..thanks:) nanti saya rajin ok:)



Egoism?

11.10.12 26 Comments A+ a-


Bismillahi Rahmani Rahim


Saya ada seorang guru Bahasa Melayu yang baik..
Beliau yang telah berkahwin dengan adik kepada cikgu Bahasa Arab saya pernah berkata..

"Kerana pulut, santan binasa..kerana mulut badan binasa"

Tapi saya rasa 

"Kerana pulut, santan binasa, kerana mulut..















..kerana mulut, Lu pikir lah sendiri!" :D

Ok ni rekaan..bosa jangan marah ha:)

Pengaruh MILO 100 Tahun

9.10.12 22 Comments A+ a-


Bismillahi Rahmani Rahim















Dulu masa kecik-kecik, bila semua orang sibuk lepak tengok tv kat depan, 
aku akan sibuk usha line..kiri kanan kiri kanan..
Kalau clear je, aku menyelinap ke dapur berseorangan (hebat bukan, aku tak takut hantu)..
Bak ejen CIA, aku ambik kerusi dan panjat gerobok yang ada tin MILO..
MILO memanglah minuman orang-orang kaya..OVALTINE sila malu..
Aku kepak tin guna kuku..Bila tengok milo memang Ahh..satu nikmat dunia kukecapi..
Nganga mulut beso beso ratah 3,4 sudu..Fuhh!
Dapat makan MILO mentah-mentah tanpa diketahui sesiapa memang perbuatan seorang johan!

Ya, mencuri makan MILO adalah satu kesalahan di rumah aku..

Pengalaman kamu macam mana?

Projek Komik Yang Serius

3.10.12 26 Comments A+ a-



Bismillahi Rahmani Rahim



Hai semua:)
Harap mata tak lebam dibahagian bawahnya sebab baca K-Drama ya:D
Tapi serius nak tanya, ada ke yang nangis baca K-Drama ni?
Sebab episod lepas ni pun sedih-sedih juga rasanya..
Saya pun sebenarnya bila festaim baca naskhah cerita tu pun memang sedih dan sebak..
Oh ya, nak bagitahu pada yang tak ketahuan bahawasahanyaha K-Drama tu adaptasi cerita sebenar tahu..



Baik..
Kat sini, saya nak kongsi sesuatu tentang projek terkini saya..
Tapi, sebelum tu nak tanya kenal tak dengan watak-watak ni?





















Hehe..mestilah tak kenal kan sebab saya baru buat..
Tapi pada sesiapa yang terbaca atau join GiveAway Bagi&Belah Kartunster #1 mesti familiar dengan watak yang terakhir ni:)
Link tu boleh bukak tapi takdak gambar..hilang hari tu..




Jadi ini gambar penuh watak


Ia merupakan naskhah komik strip macam Lawak Kampus..
Tengok tajuk dan kostum watak je pun dah tau komik ni pasal apa kan?hehe..

Harap projek ini berjaya sebab ni projek komik pertama yang serius saya..
Nanti saya akan update perkembangan komik ini ya..

Mohon sokongan rakan-rakan semua:)



K-Drama | Sepasang Kasut Itu Part IV

1.10.12 23 Comments A+ a-


Bismillhi Rahmani Rahim


Lama tak bersambung K-Drama ni sebab kartunster dijangkiti "virus" tanda seruan di setiap gambarnya..
Cuma K-Drama je yang rajin di upload balik..
Yang lain karang-karang la ok :)

Klik untuk episod sebelum ini




seperti yang dijanjikan :

K-Drama | Sepasang Kasut Itu Part IV



Alhamdulillah..
Aku ditawarkan ke sekolah asrama penuh atas keputusan yang cemerlang..
Asrama penuh?Wah, tak pernah terfikir berjauhan dengan Ummi dan Ayah..
Aku tak nak..Siapa nak jaga mereka?
 Tapi Ummi suruh pergi..dia kata kalau tak kerana diri sendiri, pergilah demi Hayyan..
Ummi ni..tahu-tahu je aku ni lemah kalau dengar nama Hayyan :(



Jadi, aku pergi jugak ke sekolah tu..



Aku tekad nak belajar sungguh-sungguh..amik exam cepat-cepat..
lulus cemerlang..masuk U..kerja gaji besar-besar..tolong keluarga..

Pagi tu, lepas gotong-royong bersihkan asrama, aku tersentak bila..







Aku bersiap untuk jumpa tetamu tu..
Tapi aku terpinga-pinga..
Siapakah?







Aku tersentak..
Mata ku genyeh-genyeh untuk memastikan aku tak ngigau..
Aku cam susuk tubuh yang semakin mengurus tu..
Susuk tubuh yang ku rindui sekian lama..








"Tahniah Kak Long dapat masuk asrama:)" ujarnya..
Aku terpana..



Wah!! betapa aku merinduinya..
"Hayyan tengah comot ni, kalau nak peluk peluklah biar kita kotor sama-sama" ujar Hayyan
Berderai hilai tawa kami..






Hari tu memang bahagia..
Hayyan banyak bercerita pengalamannya..
Aku jadi tukang bunyikan "hahaha" je..





 Tapi..Aku masih tenggelam dalam lamunan..
Tak percaya Hayyan datang melawat..



 "Err..Hayyan bila nak balik"..aku memecah celoteh Hayyan..
Dia membisu..
Aku tunduk serba salah..
Macam tak kena je timing soalan aku..







Tiba-tiba Hayyan bersuara semula..
Topik yang tiada kaitan langsung dengan soalanku..









"Hayyan tengok ramai perempuan pakai yang macam ni sekarang..
Trend kot..Jadi, Hayyan belikanlah" sapanya..



"Selamat Hari Jadi ya Kak Long"







Aku rasa macam dipetir melihat pin rama-rama comel merah jambu tu..Sebab..
Luluh hati aku tengok tangan yang berparut, luka-luka dan pelaster tu..



Aku tak sedar entah bila..







Aku mendakapnya erat-erat..
Aku tak hirau orang lalu-lalang yang pelik tengok aku peluk budak comot..






 Terima kasih Hayyan..



bersambung atau dalam englishnya to be continue..