K-Drama : Sepasang Kasut Itu Part II

27.8.12 33 Comments A+ a-

 
 Bismillahi Rahmani Rahim


Klik sini untuk membaca Sepasang kasut itu Part 1
 Saya upload cepat sebab dah buat beberapa siri kat kampung:)



K-Drama : Sepasang Kasut Itu Part II



Sejak hari itu dialah yang sentiasa menjadi tempat Ayah melepaskan geram..
Kesemua kesalahan mesti Ayah tuduh Hayyan.. 
Walaupun aku yang buat..Tetap semuanya dibahu Hayyan..
Maafkan akak sayang..
Sebab tak dapat melindungi Hayyan..


Tapi..sedikiit pun..
Hayyan tak pernah membantah bila dimarahi..
Tak pernah sekali pun Hayyan mencebik, merungut, meninggikan suara..
Apatah lagi merotan Ayah diam-diam masa Ayah tengah tidur..
Berbanding dengan akak, kau sebenarnya anak yang baik Hayyan.. 



Aku ingat lagi..
Bila suatu hari, Ayah kemalangan ditempat kerja..
Doktor sahkan ayah tak dapat bekerja seperti biasa..
Kami sekeluarga menangis..Tapi Hayyan tak..
Tapi jauh disudut hati..
Aku tahu..Hayyan bukan tak nangis sebab tak sayang Ayah..
Tapi Hayyan tak nangis sebab terlalu sayangkan Ayah..



Kau penipu Hayyan..kau penipu!!
Kita pergi sekolah jalan kaki sama-sama..
Tapi..
Aku tahu..Dalam diam-diam..kau..




"Hayyan ponteng sekolah setengah hari sebab nak tolong kita sekeluarga kan?..
Kawan-kawan yang bagitahu akak.." marahku..
Bila aku berkeras ingin menyuruhnya jangan ponteng, Hayyan marah..
"Kak Long belajarlah sungguh-sungguh..
Dalam keluarga kita, Kak Long je yang pandai..
Adik bodoh!"..ujarnya..
Manik manik di mataku berjurai lagi..



Semua kerja Hayyan buat..
Dari angkat kotak kat Kedai Runcit Cik Yah, bersihkan semak belakang rumah Kak Som, 
sampailah petik kelapa kat kebun Wak Abon sebab monyetnya demam semua kau buat..
Kau terlalu muda untuk buat semua ni Hayyan..Tapi kau mengerti..



Duit upah tak sesen pun Hayyan pegang..
Semua kau bagi kat Ummi..
Dari dalam bilik aku terdengar kau kata..
 Kau penipu Hayyan:(



Dengan duit itulah Ummi guna untuk belanja rumah dan belanja ubat Ayah
yang semakin uzur..



Dengan duit itulah kau gunakan untuk belanja sekolah akak..
Kenapa aku tak sekuat dan setabah kau Hayyan?
Kenapa? 



Bersambung...

K-Drama | Sepasang Kasut Itu

27.8.12 24 Comments A+ a-


Bismillahi Rahmani Rahim


Segmen baru ni saya namakan K-Drama..
Bukan Korea Drama..tapi Kartun Drama..
Ini sebagai tanda protes saya kat drama Kau Yang Terindah dalam  slot Akasia di TV3 yang tak best langsung! Ok, tak pun sebenarnya:) hehe
Tapi drama tu memang tak best..

Alkisahnya..
Tengah duduk kat kampung makan lempeng raya, tiba-tiba tangan gatal nak lukis..
conteng punya conteng tup tup terus jadik ceritera pula..hehe..
Apa lagi...Enjoice:)


K-Drama : Sepasang Kasut Itu



Ini adalah kisah tentang aku, Hanna..



..dan adikku Hayyan..



Esok 5 haribulan ialah hari perkahwinannya..
Aku teruja sangat nak tengok dia kahwin..
Sebab dia satu-satunya adik aku..
Bukan..



Tapi..




..Adik kesayanganku..



Aku ingat lagi 20 tahun lepas..
Masa aku tengah belajar-belajar mengemas rumah..
Ummi kurang sihat..
Jadi akulah yang membantunya buat kerja-kerja rumah..



Aku tak tahu..entah macam mana..



..tanganku licin..
dan pinggan yang aku basuh jatuh terhempas ke lantai..
Aku takut bukan kepalang..



Kalaulah Ayah tahu..Habislah aku..



Masa Ayah balik, Hayyan tiba-tiba mengaku dia yang pecahkan pinggan tu..
Aku terpaku..
Aku tak rasa lega pun..
Kenapa Hayyan? Kenapa buat macam tu?
Kenapa mengaku kesalahan yang kau tak buat?



Ayah merotan Hayyan..
Aku menangis semahu-mahunya..
Berhenti Ayah berhenti!
Hayyan tak salah!
Kasihan Hayyan..




Lepas kena rotan, Ummi dan aku memapah Hayyan ke bilik..
Aku bukakan bajunya..
Banyak kesan rotan kat belakang badannya..
Dari belikat sampailah ke betis..
Aku dan Ummi menyapu minyak Wak Dakam ke tubuh Hayyan..
Air mata aku burjurai-jurai membasahi badannya..
Tapi.. 
Hayyan sikit pun tak nangis..



Kenapa Hayyan buat macam ni? Bentakku..
Hayyan diam..
Tiada bicara keluar dari mulutnya..
Kenapa kau setabah ni Hayyan..
Aku menangis lagi..



Bersambung...


Salam Eid Raya Rerakan:)

15.8.12 18 Comments A+ a-


Bismillahi Rahmani Rahim



Kepada pembaca Klog Kartunster sekalian alam maya..
Saya ingin melafazkan ungkapan hikmat seperti berikut :


..dengan ucapan maaf entri Misi Buka Puasa #3 tak dapat upload sebab saya nak balik raya dah:) hehe
Jumpa lagi semua lepas raya..harap jari jemari dan anggota badan masih sempurna dan cukup lagi ya a.k.a jangan main mercun + berhati-hati dijalan raya:)



tahun pertama raya tanpa abah :(
Al Fatihah

Misi Buka Puasa #3 : Aku dan Kokokan Terakhirmu

14.8.12 18 Comments A+ a-


 Bismillahi Rahmani Rahim


Aku pun apa lagi..punyalah heppi sebab dapat tangkap ayam tu..
Ingat senang ke..lepas tu kan..erk..

"Woi woi, kau apahal takda intro takda apa tetiba je heppi tangkap ayam ni?!"
ujar anonymus tak dikenali..

 Eh, takda intro eh?hehe..
Ok, sila baca entri ini dahulu untuk pencerahan lanjut sebab aku malas nak intro pepanjang:)




Abah memang dah standby asah parang panjang kat tepi pokok limau..
Bila dengar bunyi "SHRINGG!, SHRINGG!!" tu memang aku dah terkemut-kemut dah..





 Bak kata pepatah "belakang parang kalau diasah akan tajam juga"
Tapi tak pernah nampak lagi abah asah belakang parang..
Gilo ko hapo nak asah belakang parang..





Ah sudah..aku dah terbayang macam-macam dah bila tengok parang tetajam macam tu..
Maklumlah tak berapa nak sunat lagi masa tu..





Kat keluarga aku memang keturunan kalau adik beradik dah besor sikit kena ambik turn gilir-gilir pegang ayam bila abah nak sembelih..
Bulu leher nak kena selak biar nampak batang lehernya..





Begitulah kesudahannya kenapa anak ayam menjadi yatim sejak kecik:(





Lepas habis sembelih,  ayam tu aku lemparkan dengan sopan ke semak samun berhampiran..
Kalau kat kedai ayam biasanya diletak dalam sangkar je..





Bila aku tengok ayam tu meronta-ronta masa dah nazak, rasa macam kasihan sangatlah pulak..
Serius aku ada rasa ngeri sikit masa tu..
Tapi nak buat macam mana, dah kau ditakdirkan menjadi rezeki aku kan..






Eh, tiba-tiba bersambung ke entri Misi Buka Puasa #3 aka entri terakhir pulak..
Feras betul!

Pemenang Bagi&Belah Kartunster#1

12.8.12 35 Comments A+ a-


Bismillahi Rahmani Rahim



Hai semua:)
Maap ya sebab lambaaat buat entri khas ni sebab internet punyalah lembab yang amat macam siput!!



Eh..sori encek Si siput..hehe



Saya nak ucapkan banyak terima kasih yang tak hengat punya kepada semua yang sudi join Bagi & Belah Kartunster #1.
Serius saya amat tersentuh dan terharu bila kamu semua buat entri khas untuk segmen ini:)
Sebab saya tau, bukan senang nak cari masa terluang untuk buat entri itu, nak pikir dialog lagi, nak edit kat paint lagi, nak cari info-info tambahan lagi, nak upload gambar kalau intenet slow macam sii..eh tak boleh sebut macam siput nanti encek Si siput marah lagi, nak jaga anak erk..dan segala-galanyalah..Hehe

Tapi, yang paling best sekali, idea-idea kamu semua sangat WIN sampai saya ketawa tercirit kahak-kahak bahak-bahak..Serius saya pun tak pernah terfikir dialog-dialog best macam tu..hehehe..

Aih, thanks a lot buddy:) Sobs..Kamu memang kawan-kawan yang best!

Setelah para juri berbincang, berbahas, berdebat dan bersilat, masih lagi ada kekhilafan antara juri menyebabkan pemenang tak dapat ditentukan..Oleh itu kami terpaksa menggunakan kaedah piawaian yang diiktiraf dunia untuk menentukan pemenangnya..








info : encek Si siput tiada tangan..





Oleh yang demikian, kami dengan besar hatinya mengumumkan..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Pemenang Kad Raya + Sticker Istimewa :)


Ya, semua yang join adalah pemenang di kaca mata para juri..
Dengan dialog yang super best + kreatif , info tambahan yang menarik, kamu semua memang pemenangnya:) hehe..

Jadi, mohon emailkan nama dan alamat yang boleh sampai kad raya ini ke nazhaanua@gmail.com dengan segera untuk penghantaran hadiah ya:)





Terima kasih rerakan sekalian:) kamu memang best:)
Nanti kalau saya buat GA lagi jangan serik nak join ya..:)


p/s : Encek Zack, anda selaku pemenang khas juri telah memenangi hadiah kartun customize..
sila emel bagitahu kartun apa kau nak untuk aku lukihkan ok:) Habaq mai...

Google Membuat Hari Aku (Google make my day)

8.8.12 23 Comments A+ a-


Bismillahi Rahmani Rahim



Ta! Ta! Ktak! Ktak!





Dude, buat apa tu? Kocok Khusyuk nampak..









err..
Tengah main game ni dekat Google..best woo..
Sempena Olimpik ni, hari hari Google tukar game sempena game yang main hari tu..
Best rekod aku : 34 biji..banyak ok 34 tu..ce try kalau tak caya..
Aish, kalau Olimpik ada game yang tinggal picit picit macam ni, aku sangat yakin dapat menang emas jika diukur berdasarkan ketekunanku di kartun petak pertama..hehe




Haa, nak diingatkan kepada rerakan sekalian yang tempoh Bagi & Belah | Giveaway #1 Kartunster akan luput pada 10 Ogos 2012 ni..
Bukan apa, dikhuatiri berkulat kalau dihantar lepas tarikh luput..ok tak lawak..
Sebenarnya, tak kelakar pun tak apa..
Sebab tajuk kartun tu pun "tak LAWAK LORONG BELAKANG lah sangat" kan..hehe
Kalau nak hantar, paste URL di komen Entri Bagi & Belah ya:) Terima kasih.
Oh ya, aku nak tambah hadiah STICKER edisi khas rekaan sendiri dan dicetak oleh saudara Yusof Ngadi untuk 5 pemenang utama

Jadi hadiah untuk Beli & Belah ini ialah : 

1) 5 keping kad raya istimewa handmade + Sticker untuk 5 pemenang terbaik

2) 5 lukisan/karikatur yang customize untuk 5 pemenang saguhati
Apa yang anda nak saya lukis, saya akan lukiskan ok:)











Ok, sambung main balik..

Misi Bulan Puasa #1 : Lauk Buka

6.8.12 22 Comments A+ a-


Bismillahi Rahmani Rahim


Abah aku dulu pernah kerja kilang ayam..
Jadi selalu bawak balik anak ayam kecik-kecik yang kaler kuning keemasan ala-ala pingat emas Olimpik London 2012 tu..
Eh, tak boleh cakap pingat emas sebab semua tengah mood sedih eh? Maap maap..

Ok, aku sambung cerita balik eh..
Jadi, ayam kampung ni liar sikit..kalau puasa-puasa nak kejar ayam buat lauk memang tak dapeklah yop..
Kenalah kreatif sikit buat macam ni..barulah dapat makan buka ayam masak kicap kan..
Tengok, dari kecik lagi aku dah dididik dengan istilah "kita kena korbankan sesuatu untuk dapatkan sesuatu" tahu..sungguh bergaya matang bukan..hehe


Kamu semua pernah buat macam ni tak?





































*feel like a SIR*

Pernah buat tak? Tak pernah buat kan? Yela, budak bandar katakan..lol
Aku paham..kalau yang dok rumah pangsa 15 tingkat tu tak kan nak huloq tali dari ataih pulak kot kan..hehe

Ok, persoalannya, apa jadi kat ayam tu nanti? 
Jeng..jeng..jeng..jeng..
Nak tahu tak? nak tahu tak? Sila angguk sikit..
Kalau nak tahu, nantikan sambungannya di entri Misi Bulan Puasa #2 ya..:)


Request Yang Tak Disangka

5.8.12 21 Comments A+ a-


Bismillahi Rahmani Rahim


Salam semua:) 
Eh, kenapa ada yang nangis ni?
Dahlah, janganlah nangis lagi Datuk Lee Chong Wei tak dapat emas ok..
Oh, nangis sebab tak dapat makan Baskin Robben free rupanya..
..tak ikhlas betoi sokong...hahaha..
Ok ok, harap entri ini dapat menghilangkan kedukaan kamu semua ya:)

Hari tu saya ada buat entri 3 Tahun Perkenalan Terindah:)
Ingat tak ingat tak?:D
Sebenarnya, saya tak sangka pula ada yang berminat gaya penceritaan macam tu..
Jadi Puan Norina pun request untuk saya lukiskan cerita cinta beliau dan suaminya..
Katanya nak guna untuk kad hari rayanya nanti..


Alhamdulillah saya sempat juga siapkan..
Saya ada minta izin publish lukisan ini daripadanya untuk dikongsi dengan semua dan beliau setuju..
Jadi, inilah hasilnya yang tak seberapa itu..
Tulisan oleh beliau sendiri dan lukisan oleh saya..

Justeru, nikmatilah Baskin Robben entri ini:D cewah..haha






Ketika aku sedang berduka..tiba-tiba aku dapat kekuatan
 [kena kahwin by 2011 ni..tapi dengan siapa ye?]







Aku SMS kakngahku..





 ..nada sms tu agak desperate, tapi aku tak peduli.
[Ngah, ko ada kawan yang single lagi tak?]





 Tak sangka pulak terus dibalasnya..detail betul maklumat dia bagi.






Ya Allah. mudah mudahan ini permulaan yang baik







Bermesej dimuka buku sehingga 2 pagi





 2 bulan berkenalan tanpa mendengar suara..
[tak telefon langsung, cuma sms dan mesej diFB sahaja]





 Masa first date aku dah niat..
Ya Allah, kalau aku serasi dengannya maka aku akan teruskan dah mohon dipermudahkan..





 ..jika tidak, ini ialah pertama dan terakhir aku berjumpa dengannya





 Lepas 3 bulan dia ajak aku kahwin..aku senyap je tak bagitahu ibu abah aku

[aku kirim doa dimudahkan jodoh masa diorang pergi Mekah]





  Syukur tak terhingga sebab diorang bagi lampu hijau





 Walaupun kami banyak kelemahan, tapi saling belajar memahami





 Walaupun terpisah laut China Selatan tapi itu penguat cinta kami





Moga kami saling berkasih sayang sampai ke syurga..

Terima kasih atas perkongsian ini..
Harap beliau dan suaminya sentiasa bahagia..
Harap kamu kamu semua suka juga ya:)




p/s: Ada yang teringin nak tempah juga ke?hehe:)