Panggilan Tugas Moden Tambang Perang

9.9.12 19 Comments A+ a-


Bismillahi Rahmani Rahim



Apa hal pelik sangat tajuk entri?
Baca sampai habis untuk tahu kesudahannya..

2 minggu lepas baru saya berkesempatan nak hantar kad raya kepada pemenang
Bagi & Belah Kartunster #1
Minta maaf la kalau terlewat hantar..
Kamu semua dah dapat ke belum ya?

Jadi nak kongsi sikit macam mana rupa bentuk kad raya tu..
Kot kot ada iras iras Ramli MS ke..Ceh tak lawak langsung.. 



Pemenang utama seramai 13 orang dapat kad yang muka depannya macam ni :
Konon konon macam beraya kat oversea la..konon konon la kan..
Kalau bukan gambar ni, maknanya bukan saya yang hantar..



dan sekeping setiker sebegini rupa :
Eksklusif woo setiker ni:) Import dari Jawa..
Ok, sebenarnya import dari orang Jawa..
Saya dah lekatkan setiker ni kat buku idea saya..
Kamu semua pula lekatkan kat mana?



Klik sini..
Untuk tempahan pelekat awesome dengan encek yusof..
sebab saya tak reti nak backlink kat banner tu..



..dan tak lupa kepada pemenang khas juri, iaitu seperti penama di bawah, 
mendapat lukisan customize dari saya..
Nampak? Encek Z kata gaya "nazha anua style"..
Dia dah cakap dulu dah benda ni, tapi saya tak paham kenapa "Oppa Gangnam Style" lagi glamour dulu dari "nazha anua style"..

Ok abaikan, kembali ke bisnes..
Penama ini nak lukisan watak perang Call of Duty Modern Warfare iaitu 

En Hantu (Ghost)

En Kapten Harga (Captain Price)

dan Encik Sabun Mak Tak Abis (Soap Mac Tavish)

Saya tak minat main game ni..jadi saya google untuk tahu rupa paras watak jejaka diatas..
Lepas tu, saya lukislah ikut imaginasi saya..
FYI, saya lemah kalau nak lukis senjata, kenderaan dan semua mecha things..
Jadi, harap encek Z suka la lukisan saya yang tak seberapa ni..


Jeng Jeng Jeng..
Cuba teka yang mana 1 nama watak watak ni:)
sebab itulah tajuk entri seperti yang tertera:)


Ok, terima kasih kepada semua yang sudi masuk Bagi & Belah Kartunster#1 tanda sokongan..
Terima kasih juga kepada yang sudi buat entri khas untuk kad raya tersebut:)
 Nanti saya buat Bagi & Belah nak masuk lagi tak? 
Jangan serik ya..






19 komen

Write komen
C++
AUTHOR
September 9, 2012 at 12:32 AM delete

Bhai NaZha...

Hahaha... patut aaa pelik gaban tajuk entri lu... direct translate guna Google Translate... hahahaha....

Reply
avatar
norinaomar
AUTHOR
September 9, 2012 at 12:38 AM delete

hahaha..berkerut2 baca tajuk..dah sampai nazha cuma tak sempat dilihat sebab saya dah balik serawak..

thanks again

Reply
avatar
nurdani
AUTHOR
September 9, 2012 at 12:42 AM delete

wah...smartnya lukisan tu.
saya kalau lukis senjata, memang fail

Reply
avatar
Aujinz
AUTHOR
September 9, 2012 at 12:50 AM delete

cehh.. direct translate wakaakakaka..

Reply
avatar
BiskOt
AUTHOR
September 9, 2012 at 1:31 AM delete

menci main game tu, so kenal Mr.Ghost shaja.. xD

*terimakasih. kad dh smpai mggu lepas, lawa tulisan tangan, lg satu, dlm lukisan obersea tu, sy suka lakaran kesan tapak kaki smpai rasa nk kaji, dr arah mana kemunculan 2 mnusia tu, dpn ke blkang, >e<"""" pmainan ilustrasi tjd*

Reply
avatar
Taufik
AUTHOR
September 9, 2012 at 3:32 AM delete

aku pon nak belajau melukis la :D

Reply
avatar
September 9, 2012 at 4:34 AM delete

gila babi smart sial kartun panggilan tugas moden tambang perang tu... very talented la kau nazha... curi aura sikit bzzzzzzzzzzzz

Reply
avatar
September 9, 2012 at 6:55 AM delete

tak tahu pasai game tp artwok tu meme cantik n thats is nazha anua style

Reply
avatar
cEro
AUTHOR
September 9, 2012 at 9:11 AM delete

Captain Price kegemaran aku..
Aku main game ni dulu, pinjam PC kawan aku..hehehe

Boleh request sikit?
Kalau senang, cerita laa cara2 ko hasilkan lukisan kt blog ni..
Start dr idea, pastu lakaran atas kertas ke, pakai pen ape, pakai pensel ape, atau pakai tablet ke, atau ukir kat batu ke..
Saaaaaaaampai laa ke waktu ko mempublish artwork ni..

Mesti byk aku dpat belaja dari ko..

Reply
avatar
shidaR
AUTHOR
September 9, 2012 at 9:13 AM delete

shida lekat kat lappy terus kat sini hehee > http://www.duniashida.com/2012/09/review-kad-raya-dari-blogger-part-4.html

Reply
avatar
Abu Huzaifah
AUTHOR
September 9, 2012 at 5:42 PM delete

pelik pulak bhsa inggeris dalam bhsa melaysia... haha

Reply
avatar
Yousof
AUTHOR
September 9, 2012 at 7:06 PM delete

Keren (Kool)!! orang jawa/ indo cakap ;D
Terlupa aku nak mintak kad raya spesel dari kau sebelum raya hari tu huhu

Kalau tengok tapak kaki tu nampak macam diaorang berjalan secara mengundur.. kan? hehe


Terima kasih promosinya bro.. Jangan serik untuk menempah lagi. Lepas ni kalau ada peluang aku nak join jugak la Bagi & Belah kau.

Reply
avatar
misz_eyza
AUTHOR
September 9, 2012 at 7:13 PM delete

hehe tajuk cik google ker...patutlah kemain panjang...

btw, thanx nazha utk kiriman kad raya dan sticker yang sangat ohsem itu. cantik!

Reply
avatar
merahitujambu
AUTHOR
September 9, 2012 at 11:31 PM delete

sama2..jgn jemu bekarya jugak ya

Reply
avatar
Tengku Puteri
AUTHOR
September 10, 2012 at 6:52 AM delete

buat la lagi..kot2 nanti sy bleh masuk jugak...hehehe

Reply
avatar
keri ikhwan
AUTHOR
September 10, 2012 at 8:18 PM delete

saya dah dapat. smart kad raya tu
lukisan panggilan tugas tu pun cool giler

Reply
avatar
zack
AUTHOR
September 11, 2012 at 2:04 AM delete

Oh man! im out of spoken!!!! betul2 menepati jangkaan aku dan langsung tidak mengecewakan aku! ko ni betul2 OHSEM lah bro!!!

Tabik lah bro!!! karya yang terbaik!

Thats really "NAZHA ANUA" style!!!! opp opp opp opp opah ko! hahahahahha

BEST!

Reply
avatar
zack
AUTHOR
September 11, 2012 at 2:06 AM delete

Aku nak buat lukisan ko jadi wallpaper desktop aku! yehaaaaaaa!

Reply
avatar