K-Drama : Sepasang Kasut Itu Part III

6.9.12 20 Comments A+ a-



Bismillahi Rahmani Rahim


Klik sini untuk episod sebelum ini..


kat tonton.com masih tiada lagi..
harap maklum:D



K-Drama | Sepasang Kasut Itu Part III



Umur sebayamu sepatutnya duduk di kelas Hayyan..
Belajar dan menuntut ilmu..
Conteng buku tulis kat mukasurat belakang dengan orang lidi..
Koyakkan buku lepas tu buat kapal terbang kertas..
Main Polis Sentri dengan kawan-kawan..
Bergelak ketawa bila diusik..



Bukan membanting tulang sayang..
Hayyan..
Maafkan akak ya..
Hayyan mesti kecewa dengan akak kan?




Akak sayangkan Hayyan..
Tak nak kau tertinggal dalam pelajaran..
Berat hati akak, tapi nak tak nak akak kena juga bagitau pada..



Seraya, tangan Hayyan direntap Ummi pulang..
Hayyan tunduk kecewa..
memandang kereta sorong dipenuhi pasir yang semakin menghilang daripada pandangan matanya..
Di rumah, aku lihat air mata Ummi bergenang..
mungkin kesal kerana Hayyan menipu Ummi..
Panjang ceramah Ummi masa tu..
Seperti biasa..Hayyan tiada reaksi..



Esoknya..
Bila aku ke bilik Hayyan untuk jemput sarapan..Aku pelik..
Lipat dilipat kemas..bantal disusun rapi.."pergi mana budak ni?'ujarku..
Puas aku cari sekeliling rumah..kelibat Hayyan masih tak kelihatan..
Aku gusar..yang amat..tiba-tiba aku terperasan..
Sepucuk surat diletak diatas bantal kesayangannya.. 
"Ummiii!!!" teriakku teresak-esak..
Aku pasrah..masa tu aku dah tahu Hayyan dah tiada..
Aku tergamam..



" Kepada Ayah, Ummi dan Kak Long :
Adik sayang semua..
Sebab tu Adik kena pergi..
Adik nak tolong Ummi cari duit..



Adik kasihan tengok Ummi ambik upah cuci kain kat rumah Wak Paisah..
Lepas tu cuci pinggan mangkuk kat gerai Wak Husin..



Halalkan makan minum Adik ya..
Adik tahu Adik jahat..Maafkan salah silap Adik selama ni..
Adik ingat pesan Ayah dan Ummi jangan tinggal solat..
Semua janganlah nangis..
Adik keluar kerja kejaap je..Adik janji kerja rajin-rajin..
Nanti Adik kirim duit bulan-bulan ek..

Asalamualaikum,

Adik "

Aku redha..empangan aku dah lama pecah bila ternampak surat tu..
Aku sentiasa doakan Hayyan selamat dan dilindungi Allah..Amin..



*****************************************************************************************************



Beberapa bulan telah berlalu sejak peristiwa itu..
Aku tak betah untuk menangis lagi..
Begitu juga Ummi..
Peperiksaan besar dah makin hampir..Aku mesti tabah!
Aku bertekad untuk cemerlang demi Hayyan yang dah banyak berkorban untukku..
Itu janji aku..
Begitu juga Hayyan..dia tak pernah mungkiri janji di suratnya..
Hujung bulan, mesti kelibat posmen datang untuk memberi kiriman wang pos kepada kami..
Aku tahu, itu hasil titik peluh Hayyan..



Alhamdulillah..
Syukur aku kerana berjaya dengan cemerlang..
Terim kasih Ummi, Ayah..
Semuanya berkat bantuan dan doa kalian..
Yang sentiasa menyokong Hanna..



Dan pengorbanan adikku Hayyan..

"Kak Long belajarlah sungguh-sungguh..
Dalam keluarga kita, Kak Long je yang pandai..
Adik bodoh!"

Masih terngiang-ngiang lagi kata-kata keramatnya di telingaku..
Terima kasih Hayyan..
Ini semua untuk Hayyan..
...
Akak rindukan Hayyan




bersambung...

20 komen

Write komen
aKuLanGit
AUTHOR
September 6, 2012 at 5:04 AM delete

1st....lol..
sila sambung dengan kelajuan cahaya :D

Reply
avatar
nurdani
AUTHOR
September 6, 2012 at 5:16 AM delete

pengorbanan hayyan dah buat empangan aku pulak pecah. :(

Reply
avatar
plain83
AUTHOR
September 6, 2012 at 5:38 AM delete

hayyan..jaga diri bebaik hayya..sob sob TTATT

Reply
avatar
September 6, 2012 at 6:46 AM delete

First time tengok hayyan nanges hehehe

Reply
avatar
Aujinz
AUTHOR
September 6, 2012 at 7:00 AM delete

bertabahlah... bertabahlah... (pujuk diri sendiri)

Reply
avatar
September 6, 2012 at 8:21 AM delete

hayyan meh la tolong kak dysha jg baby2..nti kak bg upah, tak yah dok keje kontrak2 tu..

Reply
avatar
ary_lee
AUTHOR
September 6, 2012 at 9:47 AM delete

citer lu nih memang sedeyh..
tapi pesal lak si dani tu yang macam over?
HahahahahahahahahhahahaXD

Reply
avatar
norinaomar
AUTHOR
September 6, 2012 at 5:06 PM delete

alahai hayyan..kenapa kau sungguh baik hati..sedihnya

Reply
avatar
keri ikhwan
AUTHOR
September 6, 2012 at 5:59 PM delete

nasib baik aku dah standby tisu siap2..
mungkinkah masih ramai hayyan yg wujud kat dunia ni?

Reply
avatar
September 6, 2012 at 6:59 PM delete

baik gila hayyan... tapi mungkinkah sambungan cerita ini, hayyan yg pergi bekerja di ibu kota meninggalkan keluarga di kampung rupa2nya telah dipaksa bekerja dgn sindiket haram yang merekrut budak2 sbg ahli2nya dan setelah setahun, dia telah menjadi ketua gangster muda di kl. namun 1 hari hayyan telah terkantoi dgn kakaknya menyebabkan kakak dan ibunya merasa sangat sedih dgn hayyan yg telah berubah...

nantikan sambungannya di part 4 nanti hehehe

Reply
avatar
rAIHan
AUTHOR
September 6, 2012 at 10:19 PM delete

sedihnya cerita nie..nanges..isk iskk..

Reply
avatar
BiskOt
AUTHOR
September 7, 2012 at 12:59 AM delete

berkarya menggunakan hati. bila jujur semuanya menjadi. mgkin tak k-drama ni bkn skadr drama,err tp di adaptasi dr kisah sbenar? mcm kisah benar je..:=.=: err.. terimakasih krn bekongsi. (dh episod ke3, belum jmpe lg 'sepasang kasut itu' xD)

Reply
avatar
cEro
AUTHOR
September 7, 2012 at 7:25 AM delete

'Lipat dilipat kemas'
tak pasti typo ataupun aku tak cukup pandai nak faham.
Tapi best citer ni, aku harap David Teoh boleh baca dan terbitkan drama macam ni..
Sure boleh lawan NurKasih..
Best oo..Best ooo.....

Reply
avatar
plain83
AUTHOR
September 7, 2012 at 1:38 PM delete

NurKasih? amende tu? sejenis makanan atau kuih raye ke? kahkahkah XD

Reply
avatar
azhafikah
AUTHOR
September 8, 2012 at 6:30 PM delete

gud job, ko buat aku menangis.

Reply
avatar
misz_eyza
AUTHOR
September 8, 2012 at 8:16 PM delete

nextt... simpan air mata utk episod last hihi..

Reply
avatar
Yousof
AUTHOR
September 9, 2012 at 7:58 PM delete

Kenap menyentuh sangat K-Drama kau ni? Tak sabar nak tunggu sambungan dia..



"Lipat dilipat kemas" tu adakah selimut dilipat kemas? Normal la tu bila ada sedkit typo. Apa pun drama ni menang baik punya!

Reply
avatar