Tutorial Kartun

24.1.13 21 Comments A+ a-



Bismillahi Rahmani Rahim



Entri ni dah lama nak buat..tapi asyik tergantung tak bertali je..
Tapi nasib baik gigih juga nak siapkan:) hoff hoff hoff..



Saya dapat beberapa komen dari kawan-kawan blogger yang hebat tentang macam mana saya lukis kartun dalam Klog ni..









Nak tunjukkan tutorial melukis macam tak berapa sesuai sebab kesedaran diri ini yang taklah terer mana pun:)
Tapi insyallah lain kali boleh je ajar nak lukis kartun ok..
Jadi hari ni, Cikgu Nazha nak tunjukkan macam mana entri dalam Klog ni dihasilkan..
Cikgu Nazha ok keh keh keh..Nak berangan kejap..
Sediakan pensil dan kertas untuk tulis resepi ni ya pelajar-pelajar sekalian :D lulz









1) Kena cari idea dulu nak lukis apa..tak perlu rushing..
Ambil sedikit mood kalau perlu supaya nanti idea tu datang ikut flow je ok :D









2) TING!!..
Buat gaya macam konon-konon ada mentol tengah menyala kat atas kepala bila dah dapat idea..
Jangan tanya cikgu kenapa perlu ada mentol..









3) Jangan teruja lebih-lebih..
Hati-hati dan tengok sekeliling dulu supaya tak terjadi kejadian yang tak diingini..









4) Cikgu lagi suka gunakan kertas A4 yang terpakai supaya tak membazir..
Statistik perhutanan menunjukkan, >15000 pokok ditebang setiap hari untuk kegunaan kertas kita..
Ia boleh menjejaskan sistem oksigen!
Macam mana kita nak bernafas nanti kalau pokok-pokok banyak ditebang?!!!
......
Ah, maaf cikgu terberangan jadi cikgu sains pula.." " 










5) Anak-anak lukis guna pen apa?
Ni koleksi pen yang cikgu wajib bawak ke mana-mana..
- pensil picit-picit PENTEL SHARPLET 0.5
- Pen DR PILOT 0.1
- Pen UniPin 0.3 
- Pemadam Stabilo kaler hitam









6) Kemudian, lukis apa yang kita imaginasikan tadi atas kertas tersebut..
Tak payah poyo sangat macam cikgu ya:D









7) Lihat figura dibawah dari kiri ke kanan
- Mula-mula lukis guna pensil Pentel
- Lukis balik guna Pen DR PILOT 0.1..Ya, cikgu suka mata halus-halus..
- Padam guna STABILO hitam tersebut..
- Shading balik guna pensil dan Pen Unipin 0.3..
Cikgu suka pakai pensil je, jimat dakwat keh keh..









8) Bolehlah scan lepas tu..
Dan sekali lagi tak perlu poyo sangat masa scan..
Maafkan cikgu kerana teruja sangat..









9) Proses mengedit
Cikgu guna software paling canggih untuk edit kartun-kartun ni iaitu Paint..
Ya, paint biasa je..nak guna photoshop, paint tool sai semua memang cikgu punya otak tak cukup RAM lagi..









10) Muatnaik
Cikgu gunakan IMGUR.com untuk muatnaik kartun-kartun tersebut..
Sebelum ni pernah guna Picasa tapi lepas kena buatan orang terus tak guna lagi..


11) Akhir sekali, cikgu akan muatnaik gambar tersebut dalam Klog ini dan tulis merepek-repek sebelum entri diterbitkan:)



Jadi, tu je yang cikgu nak kongsi, nak cikgu bagi homework ke?
Tak payahlah ek..Penat cikgu nak rait nak bagi bintang semua nanti heh heh heh..
Kalau ada soalan boleh tanya cikgu kat bawah ok..
Harap perkongsian ni bermanfaat untuk cikgu dan anak-anak sekalian..





























Kesian tablet Genius ni dianaktirikan..
Maafkan daku..sarangeoh..eh..?

21 komen

Write komen
January 24, 2013 at 11:41 PM delete

wah.. hebat la chekgu ni.. bertambah ilmu saya pasal klog. trimas chekgu nazha.. ;D

dah ada tab tapi masih guna cara traditional?? apehal tab tersebut dianaktirikan chekgu..???

Reply
avatar
C++
AUTHOR
January 25, 2013 at 12:04 AM delete

Bhai NaZha...


Cikgu suka melukis .. Hari-hari cikgu suka melukis...
Cikgu suka melukis .. Hari-hari cikgu suka melukis...
Cikgu suka melukis .. Hari-hari cikgu suka melukis...

Cikgu sudah tido... mari kita main.... hahahaha


Reply
avatar
January 25, 2013 at 12:15 AM delete

bro,pelukis mana yg jadi idola & paling banyak dirujuk?

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
January 25, 2013 at 12:49 AM delete

Hahaha comel la cikgu ni..

Reply
avatar
The Sharkox
AUTHOR
January 25, 2013 at 1:52 AM delete

cikgu kenapa cikgu anak tirikan pen cikgu yang sangat genius tu?

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
January 25, 2013 at 2:13 AM delete

Terima kasih cikgu

Maaf mencelah sekdar berkongsi tips dari saya :
Kalau takda scanner tak payah poyo sangat nak scan sampai ke cafe atau jabatan kerajaan lol. boleh aje guna camera korang je.. tapi dapatkan pandangan atau shot sebaik yang mungkin ditempat cerah dan elakan guna flash kemudian edit dalam perisian yang biasa kamu gunakan. Guna Paint pun boleh.

Reply
avatar
||aLeaSaRa||
AUTHOR
January 25, 2013 at 5:51 AM delete

slm akk mmg suka bc entri kartun sbb mls nk bc ayat pjg lebar,baik bc srt khbr hehe..Akk mmg suka melukis tp x reti nk buat doodle mata bulat2 bersinar.mcm tu gak adik lelaki akk,gaya lukisan mcm bro.Kdg2 dia scan kdg2 dia lukis kat bamboo(sy nk pjm kedekut yg amat).sapa xda scanner,mmg snap jelah guna handphone,sy suka juga edit guna sai,pscape,tp lbh suka guna excel sbb sng nk letak background ^^

#blog ni mmg wajib sy terjah sbb anak2 pun suka tmpg baca ^^

Reply
avatar
plain83
AUTHOR
January 25, 2013 at 8:05 AM delete

haha nice cikgu...

lebih kurang mcm style aku kecuali tang software, aku guna arcsoft photostudios... art tablet pun dah lama aku anak-tirikan juga, kertas n pen/pensel juga yg dicari...hohoho~

Reply
avatar
Aujinz
AUTHOR
January 25, 2013 at 4:35 PM delete

dah ada tablet kenapa tak guna cikgu?.. koh koh koh

Reply
avatar
deaday
AUTHOR
January 25, 2013 at 8:04 PM delete

Bravo cikgu sangat bergaya.. tumpang lalu sat cekgu.. saya lukis pakai tablet. Payah dan renyah lukis biasa nk kena scan bagai. Kalau silap inking takleh undo lak tu. Tapi kalau dah kena pakai cara tradisional memang saya ikut resepi yang cekgu bagi ni la. Terima kaseh cekgu.. terima kaseh cekgu *sayup-sayup dari belakang pintu bilik guru*

Reply
avatar
Keri
AUTHOR
January 26, 2013 at 8:22 AM delete

saya pun lukis dulu pakai pensel. kalau rajin saya tekap balik guna Paint Tool SAI pastu kaler.
Tapi..tapi.. kenapa cikgu mensia-siakan tablet tu?
jenama mende? saiz brape? harga? rasa macam nak beli jugakla, tp xtau kat mana jual menatang tu

Reply
avatar
Keri
AUTHOR
January 26, 2013 at 8:23 AM delete

Patutla shading tu nmpk lain macam stylonya. pakai pensel rupanya. kalau nk jimat kaler pakai photoshop. Paint pn boleh stakat kaler hitam tu. haha

Reply
avatar
fqemo
AUTHOR
January 26, 2013 at 10:25 PM delete

owwhh.. macam tu ke? lepas ni boleh la saye praktikkan kat blog saye..
boleh tak cikgu??

Reply
avatar
January 27, 2013 at 1:01 AM delete

waaaa...kalau yg sengal abadi melukis..mmg xder kreatif nk buat nih semua kan..

Reply
avatar
cci
AUTHOR
January 27, 2013 at 7:00 AM delete

wah.. ada tutor.. ehehe.. bila nak lukis guna digital lak..

Reply
avatar
Lee-kun
AUTHOR
January 27, 2013 at 8:04 PM delete

cekgu..tablet yg dianaktirikan tuh bagi saya jela, bleh sy menganakemaskan dia..hehe..XP

Reply
avatar
January 28, 2013 at 1:45 AM delete

aku dah lama tak melukis pakai pen, sekarang ni pakai galaxy note je. malas nak scan transfer kat pc. tapi stroke ko memang cantik dan kemas, tq untuk tutorial nih... jom join contest hehehe

Reply
avatar
BiskOt
AUTHOR
January 28, 2013 at 6:14 PM delete

klo org mcm cikgu ni..kena beli cintiq terus,yg pen tablet live kat screen.. baru biasa kot. ye ?? XD, apa2 pun caranya mg bergaya.

Reply
avatar
January 28, 2013 at 7:20 PM delete

tak reti lukisssssss.. tgan keras bak kayu balak

Reply
avatar
TiranaAduka
AUTHOR
February 13, 2013 at 1:53 AM delete

nice hehehehe
Ada gambar terbaru.kalau tak keberatan thanks.

Reply
avatar