Winter Sonata

2.12.13 9 Comments A+ a-




 Bismillahi Rahmani Rahim









 Aku seorang yang senang terpengaruh..
Pengaruh kuat aku masa kecik ialah sebuah TV..
Hari nii aku nak mengimbau berkaitan dengan cuaca..
Aku pelik kenapa kat dalam cerita kat tv, tempat lain ada salji tapi kat kampung aku tak ada salji..



Aku pelik kenapa kampung aku cuma ada panas..









dengan hujan je..









musim panas, bunga dengan luruh semua aku boleh jumpa.. 
tapi..
..mana salji mana?










 dengan kekudusan yang ada, pada suatu petang aku pergi kat laman rumah..
aku tatap langit yan terbentang luas..
aku tadah tangan..
..dan aku berdoa..
"Mintak-mintaklah kejap lagi ada salji turun..aminn"









Penunjuk kejayaan aku adalah sebatang pokok kat laman rumah..
Aku tengok pokok tu..
Aku tunggu punya tunggu..tapi salji tak turun jugak..









 Beberapa hari kemudian, aku tengok daun kat pokok tu dah mula luruh..
Aku bersorak gembira..
Sebab aku ingat tak lama lagi salji nak turun..
Aku tak tahu kenapa aku kaitkan daun luruh dengan salji..
Aku cuma boleh rasa, "lepas musim luruh ni mesti ada salji turun punya.."









 Tak lama lepas tu , aku tengok pokok tu lama-lama togel habis..
daun semua dah luruh dah..
Aku dah teruja gila..
Tak sabar weh nak main salji..
Kepala hotak aku dah fikir nak buat bola-bola salji, buat igloo..
nak buat ABC kepal..
Kah kah kah..









Aku sangkakan salji sampai ke petang, tapi harapan palsu ditengahari..
Berbulan aku tunggu..
Tapi..
Salji tak turun pun..
Aku hampa..eksperimen aku gagal.. 
Angan-angan ABC kepalku punah..









 Masa aku naik darjah 4, ada subjek Kajian Tempatan..
Barulah aku tahu kenapa Malaysia especially kampung aku tak ada salji..









 Rupanya-rupanya sebab kampung aku terletak berhampiran garisan khatulistiwa yang paling banyak menerima cahaya matahari rupanya..
Sebab tu tak ada salji..
 Tapi timbul persoalan baru..
Siapa yang buat garisan khatulistiwa tu?
Pakai pensil ke pen?tak penat ke nak buat garisan tu..panjang kot..
Dan imaginasi aku tak berakhir kat situ..









 Persoalan garisan khatulistiwa ni dah lama aku lupakan..
Sampailah minggu lepas aku teringat balik..









Jadi, persoalannya..






















Kah kah kah..gila punya JAMBU..

Maaf kalau ending tak semenggah:)

9 komen

Write komen
C++
AUTHOR
December 2, 2013 at 4:22 AM delete

Bhai NaZha Anua...

Hahaha.... lawak siot.. gua ingat ader penyelesaian... tapi hampeh... hahahah

Wei.. Garisan Khatulistiwa tue diorang lukis kat globe jer la... Tapi gua sendiri pon tak pernah jumpa garisan tue... walaupun gua pernah berada dikawasan tue... Hahahaha

Mana... Mana....

Hahahaha

Reply
avatar
cEro
AUTHOR
December 2, 2013 at 4:27 AM delete

Kecik dulu, aku ada tanya pasal salji dgn cikgu aku...
Dia cerita habis dr garis khatulistiwa, iklim, smpai laa ke solstice equinox segala bagai...
Dah habis cerita aku tanya...


"Iklim tu yg nyanyi lagu Suci Dalam Debu tu ke?"

Sejak hari tu, cikgu tu mengelak dari jumpa aku setiap kali nak berselisih dekat koridor sekolah...

Reply
avatar
shada wentz
AUTHOR
December 2, 2013 at 4:35 AM delete

ilmiahnya hangpa masa kecik. aku dulu tertanya2 pasal zaman hitam putih mcm dlm cita pramlee ja ;p

Reply
avatar
plain83
AUTHOR
December 2, 2013 at 5:06 AM delete

lawak la ko bero masa kecik2... kekeke XD

Reply
avatar
December 2, 2013 at 1:21 PM delete

KENAPA??
minum susu iklan Wardina tu dak?? (>.<)

Reply
avatar
December 2, 2013 at 6:20 PM delete

kalau tukar dengan matawang langkawi, berapa?

Reply
avatar
Taufik Naaim
AUTHOR
December 2, 2013 at 6:24 PM delete

aku dulu masa kecik2 ingatkan semua rancangan dalam tv live
so aku heran sebab apa cahaya lampu depa terang nampak macam siang
walhal time tengah malam

Reply
avatar
Aujinz
AUTHOR
December 3, 2013 at 8:10 PM delete

kakakkaka.... harapan palsu yang hang dapat bero bertabahlah...

Jambu memang power.. diorang punya lawak memang luar kotak.. kakakaka

Reply
avatar
Keri Ikhwan
AUTHOR
December 18, 2013 at 9:44 AM delete

aku dulu bayang salji macam ais ketul. jatuh seketul2 atas kepala boleh benjol

Reply
avatar