Bolasepak Malaysia yang creepy..

20.12.13 9 Comments A+ a-




Bismillahi Rahmani Rahim





Sejak aku kecil sampailah aku besar panjang sekarang, aku ada satu kepercayaan pelik..
Kepercayaan yang agak karut..
Sebenarnya bukan kepercayaan kot..macam taksub sangat je bunyinya..kehkeh
Yang lebih tepat "berperasaan"..








Sejak kecik aku berperasaan, kalau aku tengok mana-mana match/game yang membabitkan pasukan atau individu yang aku minat secara live, mesti team yang aku sokong tu kalah..











Tapi, terhad untuk match yang besar-besarlah..
Macam sukan asia ke, sukan sea ke, olimpik ke..
Lepas tu terhad untuk semi-final dengan final je..
Tengok, kan mengarut tu..










Bila team yang aku sokong tu kalah, aku akan ada rasa bersalah...
bersalah sebab aku tengok game tu..
Aku rasa, aku punca kekalahan team tu..










Aku rasa, kalau aku tak tengok team yang aku sokong tu main, mesti dia orang menang..
mesti dia orang boleh buat lagi baik..











Semalam, game Malaysia vs Indonesia..
Aku malas nak tengok dengan harapan Malaysia akan menang..
Tapi masa nak balik kerja, aku singgah jap kedai nak beli barang..
Tiba-tiba orang-orang kat kedai mamak sebelah jerit-jerit cakap Malaysia gol..
Aku pun terus tumpang tengoklah kejap kat situ..
Punyalah teruja aku..lupa dunia kejap..
Lepas tv tunjukkan rewind goal Malaysia, aku terus balik rumah..










Malam tu aku tengoklah berita kat tv nak tahu menang ke kalah ke kan..
Tengok-tengok Malaysia kalah penalti..
Aku rasa kecewa jugaklah tengok result tu..
Harapan palsu..chess..










Dalam pada tu, aku rasa lega jugaklah sebab at least aku tak tengok game tu..
dan aku bukan punca Malaysia kalahlah kan..
Fuhh lega..










Tiba-tiba aku teringat yang aku tertengok kejap masa Malaysia score kat kedai mamak tadi..
Aku rasa macam..damn...










Aku rasa sikit down dan aku rasa aku antara penymbang punca Malaysia kalah semalam..
Mungkin sebab aku tengok rewind je, aku menyumbang dalam 0.5% punca kekalahan kot..





Creepy betullah perasaan macam ni..
Aku tak rasa aku boleh buang tabiat pelik ni..

T_T











9 komen

Write komen
Keri Ikhwan
AUTHOR
December 20, 2013 at 3:49 AM delete

rupanya ada jugak orng yg ada penyakit sama macam aku punya penyakit. kita senasib haha

Reply
avatar
plain83
AUTHOR
December 20, 2013 at 3:59 AM delete

apakahhhhh?? seriously bero?? masochist tahap cipan... hahah XD

Reply
avatar
Aujinz
AUTHOR
December 20, 2013 at 3:49 PM delete

patutlah Malaysia kalah Bero.. kah kah kah... ko tengok rupanya.. koh koh koh

Reply
avatar
Amir Khalis
AUTHOR
December 20, 2013 at 9:06 PM delete

kalau aku mood baik pasukan tu menang kalau sebaliknya ..... :P

Reply
avatar
cEro
AUTHOR
December 21, 2013 at 7:22 AM delete

Ooooh, rupanya ko laa penyebab Malaysia kalah...
Hahahah...
lek bro, lain kali cuba try sokong pihak lawan plak masa tgk game dkat tv. mana tau menang yg ko tak sokong plak nanti...

Reply
avatar
December 23, 2013 at 1:11 AM delete

Perasaan macam ni selalu menimpa pada fan bola sepak team yang tak berapa nak power macam Perak. Macam dulu aku ada kenal sorang pakcik ni yang gila punya fanatik, tapi time final dia tak pegi tengok. Dia percaya yang dia bawa bad luck pasukan kegemarannya kalau dia pergi tengok live kat stadium.

Tapi kalau dia dengar kat radio takpe. Sebab dia confident, kalau dia follow kat radio, team dia boleh menang.

Reply
avatar
maro rozalez
AUTHOR
May 19, 2014 at 9:47 PM delete

haha..aku pun sama.
kekadang malas nk tgk sebab stiap kali tgk mesti kalah. kalo xtgk...tggu result esk cakap menang plk. haha

Reply
avatar