Konspirasi Tempahan !
Bismillahi Rahmani Rahim
Hai semua:)
Takdelah konspirasi sangat pun..
Saja guna kata kunci konspirasi sebab nanti untung2 sangkut kat googlesearch bila orang carik pasal teori konspirasi...
Kan orang Malaysia suka konspirasi2 ni..bijak bukan saya keh keh :D
Baik! Dalam entri sebelum ini, ada beberapa soalan menarik yang rakan-rakan pembaca tanya..
Jadi biar cikgu jawab semua soalan konspirasi itu ya..
Macam biasa, cikgu kenalah berdehem dulu..
Takkan nak tunggu buang air baru boleh berdehem..
1) Soalan pertama
Cikgu ada sebuah tablet berjenama Genius yang harganya sederhana mewah kalau tak silap..
Dibeli semasa ekonomi negara dalam keadaan menguncup tahun 2010..
Masa tu tengah berkobar2 darah muda cikgu nak lukis guna tablet..
Beli di Lowyat dengan kos RM2++ tak termasuk kos pengangkutan, kos makan dan lain-lain..
Cikgu lukis menggunakan software free GIMP..
Balik rumah, mata terasa bersinar sebab kagum impian nak lukis kat laptop tercapai..
Diri ini terasa jakun sangat dan terus eksplore cara penggunaan..
Plastik pun tak tanggalkan..punyalah sayang heh heh..
Ku sangkakan hujan sampai ke petang, rupanya panas terik di waktu maghrib..
Cikgu rasa sedikit buang masa lukis guna tablet..
Kalau 1jam lukis guna manual, cikgu boleh buat 2 muka surat komik, tapi dengan tablet tu 1jam baru siap outline luar je -___-
Makin lama, cikgu beralih kasih semula ke manual..
Tablet dimasukkan semula dalam kotaknya..
Tablet tu cuma guna kalau cikgu nak buat potret ke karikatur ke sahaja..
sampailah sekarang..
sedih kan kisah Tablet yang Genius ni..
Err, ada yang nak angkat tak genius tiri ni?:D
Masih baru lagi tahu..percuma signature cikgu bah hah hah..
2) Soalan kedua
Err..rasanya stroke encek fqemo lagi hebat rasanya..
Boleh klik blog vector encek fqemo yang ahsom ini kengkawan :)
3) Soalan ketiga..
(cikgu tak faham kenapa cikgu nak tulis "3)'' padahal memang merujuk ketiga pun)
Pelukis yang selalu dirujuk ialah Akira Toriyama dan Eiichiro Oda..
Akira minat sejak sebelum sekolah, Eiichiro minat sejak sekolah menengah..
Memek muka kartun mereka memang superb!
Ok, berhenti jadi cikgu..bertukar menjadi nazha semula!
Hiyapp!!
Saya ada menerima tempahan membuat kartun daripada rakan-rakan maya..
Bayangkan 2012 tempah, 2013 baru siap..setahun tu..
Dah lama pending baru sekarang ada masa nak buat..
Maaf ya kalian..
Pemenang untuk GA yang dibuat oleh Blog BuasirOtak
Encek Aizatza
Tempahan terus melalui emel
Blogger jawa !
Nasib baik guna manual..
Kalau pakai tablet tahun depan baru siap kot heh heh:D
20 komen
Write komenmantap2....sy pon ada tablet yang di hadiahkan oleh adik n bakal..huhuhu...seronok tgok hasil kerja org berseni ni...jeles..pinjam tgn tgok... =p
ReplyBhai NaZha...
ReplyProjek yang untuk novel gua tue... tunggu dalam bulan Mac kot... nanti gua citer..
penin2
Replynampak sangat lama dah aku tak masuk sini haha
bro..trimas jawab soalan aku,hehe..apapun aku suka lukisan & karya ko.kipidap..
Replyerkk..konspirasi apa ni? hehe
Replypergh.. mmg sgt ohsem lukiasn2 tu.. deno pun teringin tuu.. deno teringan nak pakai bamboo.. tapi harganya.. erk.. nak meninggal deno nengoknya... haha... nanti ada rezeki nak pakai jugak.. hihi^^
ReplyHahaha... aih.. amnual jugak yg best. ada feel..
Replyowhh adik sy kan,bamboo pun akhirnya tersadai di tepian sungai eh eh tepian katil.dia dulu adalah gak share lukisannya di blog tp skrg sdg proses tkr ke wordpress,mmg mta dia update lukisan,tp dia byk share kat devian art.dia sdri ckp "letihlah lukis gn bamboo,baik lukis kt paper,scan n edit je guna apa2 software kt laptop."
Replymmg terbukti kuasa lukisan gunakan pensel lg sempoi mcm yg bro Nazha buat.TWO THUMBS UP!!!
lukis karikatur pun cun. sbb tu sesetengah org kata, manual still the best. dan aku masih lagi suka pakai kereta manual dari automatik
Replyuiih mantap style karikatur hang nazha... kemaih (kemas) dan ada ciri2 kemelayuan yg original, keep up the style man ^^
Replypatut la traffic tinggi semalam, rupanya dapat publisiti kat sini.. :D
Replymeh nak angkat tablet tu. boleh buat sewa2. ceywah XD. tp mg 'penat' guna tablet kalau tak tahu nk kendalikannya. lenguhnya mcm menconteng 500 helaian kertas dgn cermat = 1 karya berwarna. peh.
ReplyDimana borang tempahan tu?
Replysila lelong tablet cekgu yang genius tuh..hehehe..XP
Replynak beli tablet gak tp bile pk akan guna/tak guna, leceh/tak leceh terus was2..huu..
Akira ToriyamA dan Oiichiro oda! sama..
Replylagi Hiro Mashima dan Masashi Kishimoto.
tapi akira toriyama plg best!
Takpe Nazha....Kita Geng....Aku ada tablet tak guna pun.Buat simpan sebab kalau aku lukis guna tablet ni lambat sikit dari manual.ahahaha
ReplyMANUAL IS THE BEST!
suka tengok hasil kerja cikgu, arigato!!
Replyaku tgh fikir nak beli gak ni tablet or apa wacom ke org panggil..apa yg buat lambat? senang tak pakai app dia, software dia?
Replybiasa orang guna wacom bamboo dengan genius..genius lagi murah dari wacom..kalau tak biasa, memang akan lambat sangat bila lukis guna tablet ni..app dengan software semua boleh guna, photoshop, gimp, paint tool sai..ia sama macam mouse cuma dalam bentuk pen je..
Replysalam....
Replylawatan petang ..
membalas kunjungan walau tak tinggal jejak di tempat TiranaAduka
Terima kasih atas lawatan
From TiranaAduka.....: Sakitnya dan Pedih selepas pembedahan