Entri Untuk Emak : Tepung Goreng Sambal Tumis

13.7.12 5 Comments A+ a-


Bismillahi Rahmani Rahim


Hai semua:)

Saya suka balik kampung sebab balik kampung adalah sangat seronok. 
Balik kampung lagi 2-ronok kalau adik beradik dan anak buah yang ramai-ramai pun turut serta balik kampung. 
Ya, saya tak salah tulis ramai-ramai, sebab memanglah tersangat ramai pun keluargaku.
Dan balik kampung laaagi beronok-ronok kalau cuti yang diluluskan oleh ketua jabatan  diambil lebih lama.. 

Alhamdulillah, minggu lepas saya dapat meluangkan masa (tak payah bajet bizi sangat boleh?) untuk balik ke kampung terechentha. 


Kampung saya sangat maju dan berdaya saing, rakyat hidup dengan aman makmur bersatu padu seia sekata sehati sejiwa. Perjalanan balik amat mengasyikkan. Jem di seremban dan di Nilai tak henti-henti menggamit perasaan ini. Terima kasih Plus kerana menaja perjalanan yang tak dapat dilupakan selama ini. 
Kat area Ayer Keroh ada lubang kat lorong memandu perlahan, mohon PLUS ambil maklum.





Sobs sobs..
Terubat rindu di jiwa bila dapat memeluk ibunda tercinta setibanya diteratak usang ini.
Ya, kat rumah memang saya cakap jawa English London.





 Selain itu, saya dapat menikmati tiupan angin yang mendamaikan dari kebun getah dan pokok sawit belakang rumah.
Oh, harum mewangi baunya. Saya suka. Saya memang membesar dengan bauan ini.
Nama dari kiri ke kanan : saya dan beruk





Main futsal depan rumah dengan anak jiran sebelah dan anak buah memang suatu kemestian.
Kaki saya sering menjadi mangsa tendangan mereka. Tak pasti kenapa. 
Mungkin teknik gelecekan saya membuatkan mereka "jaki" agaknya.
Menonton soccerkid telah membuatkan skill saya makin improve




Tapi..




Yang paling best...




bila balik kampung...




ialah...




Tak lain tak bukan...




Sarapan kegemaran saya..










Goreng tepung VS Sambal Tumis buatan aslii emak 
...adunan doh dari tepung gandum cap kapal sauh asli..

Di campur dengan hirisan bawang dan ketulan kentang segar dipotong empat segi yang dibeli dari kedai Mat Noh

Diuli bersama-sama ikan bilis yang telah dibuang tahinya..dan kepalanya juga..

Di goreng rangupp dengan minyak masak cap buruh 5L

Dicecah dengan sambal tumis merah bertelur puyuh..

Pasti menggamit pengeluaran saliva anda.

Terima kasih emak atas tajaan sarapan yang sedap itu. Masih terbayang-bayang lagi ni emak..hehe




p/s : Ibu mithali ibu yang sejati



5 komen

Write komen
ParkAir
AUTHOR
July 13, 2012 at 11:20 PM delete

Ayat macam iklan McD haha. Masakan mak la paling best, lepas tu bini hehe.

Reply
avatar
Aujinz
AUTHOR
July 14, 2012 at 7:34 AM delete

Goreng tepung tue apa?.. jejemput ker bro?.. hua hua hua

Reply
avatar
nazha anua
AUTHOR
July 14, 2012 at 7:46 AM delete

lepas bini bro?mamak ya?haha

Reply
avatar
nazha anua
AUTHOR
July 14, 2012 at 7:47 AM delete

haah bro, tempat wa panggil goreng tepung..ikut kamus DBP katakan..hehe

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 17, 2012 at 11:51 PM delete

Perghhh sdapnye jemput2...mesti smpai menjilat jari

Reply
avatar