90 Minit Game | 80 Minit Kuasai Game | 6 Minit Yang Bencana :(

28.11.11 4 Comments A+ a-


Bismillahi Rahmani Rahim









"Info Sukan TV1 bersama saya Nurul Fatehah..Kita mulakan info sukan tengahari ini dengan perlawanan Kelayakan Olimpik 2012 yang menyaksikan pasukan Harimau Muda tewas mengejut 2-3 kepada Bahrain..."
.
.
.
.
PRANGGGG!!!!(bunyi pinggan kaca berjenama terkenal pecah)
Pandanganku gelap seketika...
Hatiku remuk bagai digelek stemroll..
Begitulah perasaanku bila buat kesekian kalinya mendengar berita kekalahan Harimau Muda kepada Bahrain..Semalam dah dengar..tapi tadi saja nak dengar lagi, bajet da lali,
tapi makin pedih rupanya hati ini..huuu..



Aku tau semua peminat dan penyokong sedih Malaysia kalah mengejut..
1Malaysia macam tiba-tiba blackout je..



Kalau orang kata putus cinta itu sedih dan rasa ngilu macam luka yang dibubuh cuka...

.
.
.
.
Kalah bolasepak adalah 100x lagi ngilu dan down rasanya tahu..
macam badan kena ikat kat pokok lepas tu kerengga gigit-gigit..



Berapa ramai peminat yang mimpi basah malam tadi lantaran ngerinya "6 minit" yang bencana itu..



Berapa ramai peminat yang mandi tak basah dek kerana mogok lepas menyaksikan  gol ke-3 Bahrain itu..



Tak kurang juga yang bingung bingung dan blur blur seolah-olah tak dapat terima kenyataan kekalahan yang mengBZZZZTTTTkan ini..macam kena letrik..BZZZTTTT!!!


Aku pun tak terkecuali dari sindrom-sindrom itu..
Tapi tak la severe macam anda semua kan :) hehe..

Tapi!!

Aku harap..rakan-rakan peminat semua sedar akan erti kekalahan ini..
Mungkin Allah nak uji sejauh mana teguhnya kita para peminat semua menyokong pasukan Harimau kita..Adakah kita betul-betul berada di belakang mereka tika kalah dan menang?
Mungkin ini masanya nak membezakan yang mana peminat lalang yang mana peminat cemerlang..



Mungkin Allah nak uji coach kesayangan kita bahawa usah alpha dan leka dengan kemenangan yang kita kecapi selama ini...



Mungkin ada terdetik walau sikit di hati kita para peminat atau para pemain bahawa kita akan confirm menang game semalam??Latas menyebabkan kita overconfident?
Justeru, Allah nak kita dan pemain kesayangan kita agar sedar dan usah terbuai dengan kefofularan, kemasyhuran, kekayaan dan pujian melambung yang diterima dengan mengejut selama ini..


Ayuh peminat dan penyokong Harimau Malaya yang ASLI..



Sedarlah, bolasepak adalah permainan yang kejam..
Kita bermain dengan sangat-sangat baik selama 80 minit..
Kita menguasai permainan dengan pendahuluan 2-0..
Kita bermain dengan kelebihan seorang pemain...
Tapi andai anda alpha , hilang fokus dan tumpuan , terdetik perasaan sangat selesa dengan bekalan 2-0 itu..

Kunfayakun!

6 MINIT sahaja sudah cukup untuk menghukum kita!!

INGAT!!

Kerana bolasepak ialah permainan 90MINIT!!..
Selagi wisel belum ditiup..Selagi pengadil masih berlari..Selagi bola di pihak lawan..
Jangan pernah terdetik riak dan perasaan selesa confirm menang di hati kita..
Selagi itu kita jangan hilang fokus dan teruskan berjuang!!!



Bak kata Shebby Singh...
"Harimau Muda telah menunjukkan betapa jurang permainan antara kita 
dengan negara-negara arab tidak lagi jauh"...
malam tadi mungkin kita tidak menang, tapi kita dah tunjukkkan bahawa tak mustahil Asia pun mampu kita takluk! sipi-sipi je beb nak menang :)

Malaysia Boleh bak kataku dalam postku yang lalu DISINI!! 
Jangan pernah berhenti menyokong wahai sahabatku !
Tanah Tumpah Darahku! 






p/s : Masa Champion League dulu, AC Milan mendahului 3-0 masa separuh masa pertama, tapi Liverpool yang jadi juara..bola memang kejam kan?:)

4 komen

Write komen
GOKU
AUTHOR
November 28, 2011 at 5:05 PM delete

Striker msia sume sengal tak main peranan.. nak harapkan nazmi gak yg skor.. puii

Reply
avatar
nazrul ali
AUTHOR
November 28, 2011 at 5:34 PM delete

Yup..striker memang....(tatau nak kata apa dah)..
Kalah lepas leading 2-0 memang..(tatau nak kata apa dah)..

tapi apa nak buat..aku rasa macam semua dah ada perasaan selesa dengan overkonfiden confirm menang masa tu..jadi semua jadi hilang fokus..sedih beb..

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
November 28, 2011 at 11:53 PM delete

bukan rezeki lah 2...xpe, team kita x berakhir disini je, byk lg game yg menunggu kita..harap2 harimau muda lebih mantap akan datang, InsyaAllah...

Reply
avatar
nazrul ali
AUTHOR
November 29, 2011 at 4:10 PM delete

Amin Ya Rabb :) Go Malaysia..hehe

Reply
avatar