Entri 3 - Pemenang GA Bagi Belah Kartunster #2
Bismillahi Rahmani Rahim
Ini merupakan entri terkahir yang aku buat sempena penyertaan GA Bagi Belah Kartunster #2 yang lalu..
2 entri telah pun disiapkan sebelum ni...Boleh klik di sini untuk membaca :
Entri 2 - Pemenang GA Bagi Belah Kartunster #2
Entri ke 3 ni disumbangkan oleh Prince of Noob..
Beliau merupakan tukang merepek sepenuh masa di Buasir Otak blogspot..
Jujurnya, cerita beliau dekat dengan aku..dan aku rasa dengan semua2 yang baca entri ni jugak..
Beliau merupakan tukang merepek sepenuh masa di Buasir Otak blogspot..
Jujurnya, cerita beliau dekat dengan aku..dan aku rasa dengan semua2 yang baca entri ni jugak..
Sebelum tu, layan dulu lagu Okkusenman ni:)
Dipersilakan baca entri beliau yang hiba ini..
Zaman aku berpuasa dan beraya masa kecik-kecik dulu best gila. Aku ingat lagi, masa tu bila balik kampung rumah atuk, aku akan berjumpa dengan sepupu2 yang lebih kurang sebaya dengan aku.
Walaupun jumpa mereka boleh dikatakan setahun sekali, tapi bila dah sekali berjumpa, gayanya seperti setiap hari berjumpa. Berborak pasal ultraman, ksatria baja hitam...
...main bola, mercun, bunga api...
...tutup oren...
...berkongsi komik, menyakat orang, naik motor pusing keliling kampung...
...pergi beraya rumah orang yang tak kenal, semua dibuat bersama2 tidak kira yang lelaki mahupun perempuan.
Kini aku masih lagi pulang ke kampung atuk sempena hari raya. Ada sepupu yang masih balik, ada juga yang sudah tidak balik lagi ke kampung.
Walau aku masih berpeluang berjumpa dengan sepupu serta suami/isteri dan anak2 mereka bagi yang sudah bekeluarga, namun hubungan kami tidak lagi akrab seperti waktu kecil dahulu.
Bila berbual terasa janggal, seperti berbual dengan orang yang baru dikenali. Tiada lagi gurau senda dan gelak tawa seperti kecil dahulu.
Aku sedar jarak dan masa telah membuatkan kami semakin jauh.
Namun...
...semua kenangan sewaktu kecil yang kini hanya secebis memori dalam ingatanku...
...akan aku simpan dan hargai sampai bila2,...
...kerana aku tahu ia tidak akan dapat diulang lagi buat selama2nya.
Thanks Prince of Noob atas perkongsian ni..
Serius, aku pun sedih jugak masa lukis untuk entri ni..
Budak 80'an mesti tau perasaan ni..
Well, rindunya kat masa lalu..sobs
Nak makan jajan dengan cekedis sambil tengok power rangers balik..
6 komen
Write komenhaha comelnye lukisan. geram tengok.. cerita dia pun best. masa raya, memang slalu jumpa sedara main sama2. best..sampai sekrg jumpa pun mcm gila jugak jadinya..hehe
Replyouu~ rutoroman..ou~ wutoroman.. dengar 5x sambil pejam mata terasa hiba..(Hujan-Hiba) terimakasih share video itu. moment. mg terasa gak jauhh~ sgt dgn kazen.
Reply(camna la tetua esok..nak ke cerita kt cucu2, dulu2 ada blog XD)
dem u nazha, y must u make me feel so sad... wuwuuu~ (ノД`)・゜・。
Replytq nazha... emosi komik tu memang buat aku sangat terharu. nanti aku nak masukkan kartun ni untuk raya tahun akan datang, insya Allah.
Replyterbaik la cara ko olah cerita ni.. tiap kali borak2 ngan membe mesti imbas kenangan time kecik.. best woo
Replysangat dekat dengan aku juga... sob sob sob
Reply