Entri 2 - Pemenang GA Bagi Belah Kartunster #2

17.10.13 4 Comments A+ a-




Bismillahi Rahmani Rahim




Salam Eid Adha kepada semua:)
Harap tak ada yang melalui tragedi kena kejar lembu sempena raya haji ni..
Aku syukur, masih berpeluang melapah daging lembu..4 ekor kesemuanya..
Tapi bukan aku yang buat korban la..jiran2..
aku tolong pegang kaki lembu je..heh heh..


Jadi, Ini merupakan entri untuk pemenang top 3 GA Bagi Belah Kartunster #2 yang lalu..
Beliau ada melukis menggunakan paint semasa penyertaan entri tersebut..
ringkas..tapi entri tu memang menangkap..
Dan aku lukis balik dengan versi daripada kartunster..

Penama ialah Norazlin Nordin..dan anda boleh baca entri beliau di sini

Enjoice cerita beliau..


















Zaman aku berpuasa dan beraya masa kecik-kecik dulu best gila. 
Aku ingat lagi, masa tu aku cukup liat sangat nak bangun untuk sahur, kalau mak aku kejut aku bukan main payah lah aku nak bangun...










...bersahur dalam keadaan mamai, sampai kadang kadang time tengah sahur pon tertidoq jugak.










nak dipanjang kan cerita. satu malam di bulan ramadhan tu, mak aku suruh abang aku beli minyak tanah. yelah nak pasang pelita memang lah kena ada minyak tanah, kalau pakai minyak masak... hmm tak pernah try lagilah.









time tu incle kedai mamak tu memang supply minyak tanah dalam botol ayaq mineral.









pagi tu, time sahur. sesungguhnya aku masih di alam tidur kalau nak diikutkan. tapi sebab tak mau mak aku membebel aku gagah bangun jugak. jadi keadaan aku sangat mamai pada waktu tu, nak disedapkan lagi cerita, entah lenapa aku rasa pedas pulak lauk pagi tu. mungkin sebab mamai, tu yang bertambah pedas tu. :D 





















.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
ya, aku minum minyak tanah itu.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
ALHAMDULILLAH. i'm fine. :D


Pengalaman beliau unik..dan berani..walaupun tak sengaja..
Aku pasti tak ramai yang pernah cuba aksi ni..
Sebenarnya, aku pernah hadapi situasi macam ni jugak..
kalau kat kampung dulu-dulu, minyak tanah memang supply dalam botol lutsinar..
warna pulak clear macam air mineral..
dan anak jiran aku pun pernah tonggang minyak tanah tersebut selamba badaknya..
kecik-kecik dah berani buat aksi macam tu..oh dia tak sengaja sebenarnya..

Lepas tu muka dia merah, dan perutnya kembung..
mata dah merah dan berair2 lepas tu..

dan macam ending cerita ni, dia jugak fine alhamdulillah..
Lagi beso dan tinggi dari aku dah sekarang..

Terima kasih atas perkongsian ini:)








4 komen

Write komen
Aujinz
AUTHOR
October 17, 2013 at 7:03 AM delete

hahhahaha... nasib baik dia power... aku tak pernah minum minyak tanah.. alhamdulillah, aku okeyh.. koh koh koh

Reply
avatar
Keri
AUTHOR
October 17, 2013 at 9:01 AM delete

jangan minum clorox dah la... bahaya..
kalau minum petrol nanti jadi cyborg

Reply
avatar
plain83
AUTHOR
October 17, 2013 at 8:32 PM delete

paling gengster pun aku penah tengok member skolah rendah dulu gi amik pen biru, dan conteng atas lidah dia sendiri... pastu dia cakap "ahh pedasss!!"... lol, skang aku taktau apa jadi kat dia, mungkin dah jadi bapa mithali dah kot... hahah ^^

Reply
avatar
BiskOt
AUTHOR
October 18, 2013 at 8:53 PM delete

=3= kalau tak silap minyak tanah boleh menyembuhkan luka. maknanya memang boleh sebati dgn sel darah manusia. fuh~ teringat pula cerita X-Men & cicakman.. :D

Reply
avatar