Anda kena ''bahan'' ? La Tahzan:D hehe..

1.12.11 1 Comments A+ a-


Bismillahi Rahmani Rahim




Hai semua:) 
Pernah mem'bahan' atau kena 'bahan' tak?
Bukan yang Chef Wan cakap "Ya tuan puan, untuk memasak kentang putar ini, 
bahan-bahan yang diperlukan ialah asparagus bla bla"..
bukan,bukan bahan ini ya tuan puan..

..............

Mengejek la, mengejek..


Ya, akibat perkembangan tamadun manusia yang superpantas, 
perkataan 'bahan' telah mengambilalih tugas mengejek walaupun sebenarnya ia sinonim..
Hmm..mungkin sebab nama ini lagi catchy kot..hehe

Sekonyong-konyongnya, mesti hati anda terguris bila kena 'bahan
dengan perasaan bengang yang membuak-buak kan?
Jadi..apa anda buat bila kena 'bahan' ya?

.
.
.
.
.
.
.
1) Anda defensive - telan lonjong-lonjong semua 'bahan' yang dihamburkan kepada anda?
Ini bahaya, anda bakal memendam rasa yang sangat lama..
Ia akan terkumpul dan natijahnya, 
anda akan tarik muka pada si pembahan tadi..Oh tak best nya..

.
.
.
.
.
.
.
.
.
2) Anda counter 'bahan' balik pada si pem'bahan' tadi dengan 'bahan' yang sama level atau lebih hebat lagi
dengan menggunakan 'bahan' lama/sediada yang masih anda simpan dalam poket anda atau point yang baru bergantung pada kekreatifan anda..
Ini ekstrim, mungkin si pem'bahan' pula yang bakal memendam rasa dan tarik muka pada anda untuk beberapa purnama..

.
.
.
.
.
.
.
3) Anda bertindak proaktif dengan tak hiraukan 'bahan' yang disemburkan olehnya sambil mengimaginasikan si pem'bahan' tadi ibarat 
daun-daun layu di musim luruh atau 
unggas-unggas bunyian seperti cengkerik sambil anda pun berlalu pergi..
Ini bijak..dah lah anda rilek je, si pem'bahan' tadi pula yang bakal sentap dengan perlakuan anda..
Mohon hati-hati, mungkin si pem'bahan' akan twist sikit point tu sampai imaginasi anda pada dia hilang..puff..

.
.
.
.
.
.
.
4) Anda mengambil langkah drastik dengan bukan sahaja tidak membalas 'bahan' itu balik, malah anda berdoa...
''Ya Allah, jauhkanlah aku dari sakit hati dan menyakiti hati orang lain..
Aku berlindung kepadaMu daripada termasuk dalam golongan orang-orang yang syirik,fasik dan munafik
Kurniakanlah keampunan kepadaku dan orang-orang disekelilingku..
Masukkanlah kami ke dalam golongan orang-orang yang beriman dan ahli jannah..Amin Ya Rabb"
Ini cool...Aku pun terkesima ni..


Jadi, apa anda buat bila kena bahan?:) heheh..






p/s : aku pun mengingatkan diri aku juga

1 komen:

Write komen
Anonymous
AUTHOR
December 2, 2011 at 2:46 AM delete

kena bahan ke arini

Reply
avatar