Hidup Ini Terlalu Singkat Untuk Pilihan Yang Salah :-)

29.12.11 1 Comments A+ a-


Bismillahi Rahmani Rahim


Entri ini serius dan panjang sikit..
Tapi mohon semua baca dengan ceria ya:-) hehe


| Hidup Punya Pilihan |

“Jika mahu menjadi pohon besar bersiaplah diterpa angin dan badai. 
Jika tidak, jadilah rumput hidup dibawahnya. Namun bersiaplah diinjak orang.
Jika tidak, jadilah semak belukar. Namun bersedialah pula untuk ditebas …. “


Hidup adalah tentang pilihan. 
Diam dan tak buat apa2 pun adalah satu pilihan juga.
Dan kita adalah bertanggungjawab atas pilihan kita.


Orang yang bijaksana akan mengenal pilihan yang ada,
dan menilai pilihan yang tepat.
Lagi banyak pilihan, lagi banyak peluang untuk kita buat pilihan terbaik.


Jika malas buat pilihan, maka itu adalah PILIHAN kita.
Dan kita akan menanggung akibat dan hasil daripada apa yang telah kita dipilih

*****


| Kalkulator Pilihan |


1) Pilihan tipikal




baik -> berjaya



jahat-> jahanam



2) Pilihan untuk berubah 



jahat -> buat pilihan tepat -> insaf ->baik



baik -> silap pilihan -> terpengaruh -> jahanam


Kadang2 pilihan kita tepat..Kadang2 pilihan kita salah..
Tapi..salah memilih bukan bermakna kita bodoh..
Mungkin ia dah takdir supaya kita lebih matang dalam buat pilihan..
Bukan sedikit orang yang berjaya lepas mereka ambil pengajaran akibat daripada pilihan yang salah dan sebaliknya.. 


*****


| Ragam Pilihan |


Sebab tu semua orang berbeza2, sebab kita adalah apa yang kita pilih;-)


Walaupun kita berbeza fesyen rambut...



...berbeza pasukan bolasepak kegemaran..



...berbeza fahaman politik...



...berbeza sikap dan personaliti..



...berbeza amalan cara hidup (kahwin betul,kahwin songsang)..





...berbeza sambutan tahun baru 2012 (promote ni ya..hehe..;-)...


..pada saat akhirnya..


...ada 2 sahaja pilihan terakhir kita...



...iaitu...




...mana pilihan destinasi terakhir kita...

Jangan salahkan takdir kalau kita silap memilih dan gagal dalam hidup..
Mungkin kita yang salah? 
Sombong memohon petunjuk Yang Satu sebelum membuat pilihan ~

Syukurlah..sekurang2nya, kita masih berkesempatan untuk buat pembetulan...
Pastikan pilihan selepas ini adalah pilihan tepat yang diberkatiNya..


Kerana hidup ini terlalu singkat untuk dilalui dengan pilihan yang salah :-)








Ihsan idea daripada saudara ebal noctis :-)








p/s : sumber diolah daripada belog nuaeman dan ustaz emran :-) tqvm

1 komen:

Write komen
chanz
AUTHOR
December 30, 2011 at 6:18 AM delete

aku suka post ni..huhu

Reply
avatar