Gong Xi Fatt Chai
Bismillahi Rahmani Rahim
Antara kenangan yang membenak dalam fikiran aku adalah masa aku kerja part time dulu..
Masa tu lepas SPM..
Sementara menunggu panggilan PLKN, aku telah ditawarkan disuruh abah untuk kerja kat stesen minyak kat pekan Parit Sulong..
Ia terletak dalam 10 minit perjalanan naik motor honda ex5 abah dengan kelajuan 60km/j..
Ia kepunyaan sepasang suami isteri bangsa cina..
Aku hairan sebab, mereka naik motor dengan kereta cabuk je..tapi ada stesen minyak..
Wow!
Shift aku bermula dari pukul 7 pagi sampai 3 petang..
Pekerjaan sebagai atendan pam minyak telah mengajar deria2 aku supaya lebih sensitif setanding ejen 007 dengan kehadiran kenderaan yang nak isi minyak..
Shinnngggg!!!
Aku juga selalu ditegur oleh Encek Supervisor aku supaya jangan berangan James Bond masa bekerja..Ah, teringat aku dengan wajah jawanya yang hitam manis tu..
Selain daripada mengepam minyak, job description aku yang lain ialah sapu sampah..
Area aku tepi stesen minyak sampai longkang kat depan jalan raya..
Nak dijadikan cerita, hari tu tahun baru cina..
Aku tak cuti sebab gaji double oh masa tu..sayang oh..
Selaku lepasan SPM yang tiada duit, gaji double adalah mahal pada aku..takkan aku persiakan..
Masa aku tengah dedikasi sapu sampah, aku telah ditegur oleh Encek Taukeh..
Wajahnya ketat sedikit..macam marah pun ada aku tengok..
Tiba2 dia tak bagi aku sapu sampah!
Aku macam blur..Takkan aku nak sepahkan balik sampah ni..
Mana boleh aku tak sapu sampah..ni dah melanggar job description aku ni..
Aku pun tanya, kenapa tak boleh sapu sampah?
Dia kata...
Aku bertambah blur..Konsep apakah ini?
Apa kaitan tak sapu sampah dengan ONG?
Aku dah terbayang, kalaulah hari2 adalah Tahun Baru Cina macam mana agaknya jadi kat stesen minyak tu..
Bayangan aku terhenti kat situ..tak smpai 5 saat pun aku terbayang..
Lantaklah, bukan stesen minyak aku pun keh keh keh..
Apapun, aku hormati pendirian Encek Taukeh..
Mungkin dah tradisi orang cina macam tu..
Bila aku nak belah, Encek Taukeh kata "belenti belenti"..
Dia keluarkan sesuatu dari koceknya..
Oh wah Ang Pow liow!!!
dan
Limau pun ada!!!
Bukak2 sampul angpow aku nampak 2 keping not RM10..
Ohohoho murah rezeki aku dan Encek Supervisor hari tu:)
Limau sekotak Encek Taukeh bagi..
Mau sebu usus aku makan semua buahan berasid tu sampai habis..
Apapun...
Kita sayang sama u Taukeh..
Selamat Tahun Ular
Gong Xi Fatt Chai!!
20 komen
Write komencool story bro
Replyaku pon ex-pump attendant
memang seronok bila teringat balik zaman dulu2 haha
penah sekali tertembak petrol tu ke muka aku haha
mc sehari sakit mata
time raya adilfitri aku keja, raya cina aku keja gak haha
gila sungguh waktu tu
aku start keja masa lepas pmr lagi
lepas tu tiap kali aku cuti sekolah, cuti sem, cuti midterm tokey stesen minyak slalu offer aku kalau2 free mai la keja hehe
dia tau aku keja macam mana
sampai hari ni kami masih kontek, dia dah beranak pinak dah
dalam byk2 chinese dia lah antara yg aku paling rapat
best tuh dapat angpow tuuu... btw, nice artwork!:)
Replybtw, encik nazha anua, jom tengok kartun deno lukis? hehe, nak minta komen dari anda.. hihik^^ tapi deno lukis dalam sketch book je.. kalau rajin jom ke link ni : http://dayangdeno.blogspot.com/2013/02/kalau-dah-jodoh.html
a'ah.. pernah gak dengar pantang larang dorang ni. xleh sapu rumah time tahun baru.
Replysyiok la dapat makan limau mandarin tu. nak pulak yang manis2.. ;D
x pernah ada experience keje pam minyak..
tengah khusyuk2 semangat membaca. blur jap diperenggan ..naik motor 'dengan' kereta cabuk.. (kepala dah fikir lain. baca 2,3 kali ow baru faham) XD
Replytak pernah juga ada pengalaman kerja pam2 ni. ngilu. sb setiap kali jejak kaki di pam minyak, mesti terfikir, andai stesen minyak ni meletop..celah mana nak lari. kalau boleh sapa2 yg isi minyak tu nak perhambat dorg, suh blah cpat selamatkan diri. gelabah =.=''''
sayang lebih bila dia bagi bonus 1 bulan..tapi paling x best bila lepas dpt bonus boleh mara sesuka hati..rasa nk bagi semula aja duit bonus tu..bahahahha..apa pon cuti lama..mahu pegi jenjalan.. =P
Replytahun baru cina perayaan untuk kaum cina... baru aku sedar tiada perayaan khusus untuk kaum melayu, sbb kita merayakan perayaan untuk agama Islam sahaja.
Replyahahah comel je lukisan
Replyhmm melayu tak sebok nak buat tahun sendiri pulak yek dulu, kalo ada la agaknya sempena apa yek... binatang jugak ke? atau bunga... cempaka, anggerik, mawar, melur... :p
Replybaguih la korang ni ada pengalaman kerja kat stesen minyak dulu.. aku cuma ada pengalaman isi minyak kereta sendiri jer, takda oil pump attendant nak tolong isikan... ahaha
Replywah.. bestnya dpt tokey camtu.. ^_^ sangat baik lor...
Replysalam
ReplyPengalaman yg menarik.tq.share
hehe..saya pernah sekali kerja bertaukekan cina lepas abis belajar dulu..
ReplyAku pun ada cerita.
ReplyCeritanya:
aku tak pernah dapat angpow masa hari raya cina
Sekian...
*sedih di hujung penjuru bilik*
Harap2 cerita ni mnjadi motovasi buat semua pekerja pam mnyk sdunia.
ReplyAk x prnh keje pm mnyk. Pasr raya je
aku pn penah keje stesen minyak shell..tp masa form 4 punya cuti sem..sebab nk cari duit yuran spm
ReplyNoob sebab bangsa cina bangsa yang mempunyai peradaban dan teknologi tinggi berkurun lamanya sampai ada kalendar sendiri.
ReplyBangsa melayu? hanya raya puasa tu pun sebab ISlam dan nak kata Islam pun tak guna kalendar Islam.. Zaman kegemilangan ISlam tamadun Islam guna kalendar Islam dan Jumaat hari yang cukup mulia.
hoh ho ho..
Aku tak pernah kerja stesen minyak.... dan aku tak pernah dapat ang pow.... wahhh.... kesiannyaaaaaa... ~
Replytu pantang org cina dulu2x kan..xleh sapu smpah...tp smpi stesen myk pon takleh lg bgus ma...keje tarak.. :p
Replyparit sulongg haha kampung ak, umah atuk ak depan bangunan oren tu je(klu je hehe), haha ad gak jumpa org bp jugak haha2
Replyklo keje kt station myk,ade x tmpt nk solat?
Reply