Review Komik Misi 10 A Plus

16.5.12 7 Comments A+ a-





Bismillahi Rahmani Rahim


Saya telah berkesempatan untuk ke PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR pada 28 April yang lalu bersama Cik Buahati <3..hehe

Gerai pertama yang saya pergi tak lain tak bukan ialah buku PTS...
fuu orang punyalah ramai gaban..boleh selisih-selisih hidung..

dan..

Buku pertama yang saya cari semestinya ialah MISI 10 A PLUS :) 

Walaupun saya nampak kelibat Safee Sali datang buat promo buku "Super Safee", ia langsung tak mengganggu tumpuan saya untuk mencari komik Misi 10 A Plus :D 

Ya tipu je, adalah saya telengkan kepala sikit tengok Safee..
Striker Malaysia tu..susah kot dia nak jumpa saya..hehe..

Setelah mata saya melilau ke sana sini, akhirnya, saya jumpa pun komik ini..waa seronoknyaaaaa !



-gaya saya jika seronok tak ingat-


Untuk makluman semua, komik ini ditulis dan dilukis oleh 
adik beradik yang sangat cergas berkarya iaitu 
Tuan Nazry Salam Feeqry dan Tuan Afiq Salam Feeqry.

Ia kesinambungan dari Misi 8A dan Misi 10 A. Saya dah baca dah semuanya:)

Secara tuntasnya:D, saya nak simpulkan bahawa semua siri komik Misi sangat menarik dan yang paling best among the best tentulah Misi 10 A Plus, kerana..


Jalan penceritaan yang padat tetapi plot-plotnya saling berhubung dengan baik..


Kesinambungan antara setiap babak juga sangat jelas dan senang nak faham..


Lukisan Afiq tak payah cakaplah, siapa yang ikuti dari misi 8A mesti dapat lihat betapa improve nya gaya lukisan beliau..teliti dan kemas..
dia punya garisan-garisan tu fuhhh...lagi halus dari lubang jarum..


dan yang paling penting sekali ialah pengajaran yang menyelit-nyelit disebalik helaian komik tersebut iaitu..


...erti persahabatan dan sayangkan sekolah!






Selain itu..nak ucap terima kasih pada Tuan Nazry yang sudi jemput saya lukis kartun sepetak..Walaupun sepetak je tapi, bila dapat tengok kartun sendiri keluar dalam komik, perasaan tu macam..




..aaahhhhh~wiiiii~wooo~seronoknyaaaa...teruja gila..hahaha


Cik Buahati pun perasan saya asyik tersengih sampai ke anak cucu telinga je masa bawa kereta..hahahaha..


Ini kartun saya yang tak seberapa:) kenalah beli komik ini kalau nak baca kartun saya:)



Wataknya diambil daripada buku siri conteng kolaborasi saya dan Tuan Nazry..
Insyallah akan keluar bila sampai masanya nanti..amin:)








  
Istimewa dan ekslusif
 Fan art untuk Komik Misi 10 A Plus :)






Jadi, komik ini ialah kategori komik WAJIBUN GHUNNAH untuk diBELI tahu !
Sila dapatkan dikedai-kedai buku berhampiran atau di BookCafe ini




p/s : ini antara buku paling laris hingga kena cetak ulang-ulang kali..saya doakan Tuan sentiasa berjaya dan aktif berkarya:)


Tahniah Tuan sebab dapat baby girl:)

7 komen

Write komen
FEEQRY
AUTHOR
May 21, 2012 at 5:48 AM delete

Yahoo, terima kasih kerana sudi tulis review komik Misi 10A Plus! Terbaiklah! :)

Reply
avatar
Aujinz
AUTHOR
May 27, 2012 at 9:49 PM delete

oooo.. kenapa saya tak tahu pasal nie?.. baiklah.. nanti saya cari.. XD

Reply
avatar
nazrul ali
AUTHOR
May 27, 2012 at 10:27 PM delete

Best bro komik ni..edisi kena remabt cepat-cepat ni..hehe

Reply
avatar
June 12, 2012 at 5:49 PM delete

hebat2 la lukisan bro nih... ok kalau bro ada apa2 komik yg sengal pasal masyarakat malaysia, politik, artis, etc boleh email kat saya princeofnoob[at]gmail[dot]com. nanti saya akan publishkan kat buasir otak sekali dgn backlink ke blog bro.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
January 6, 2013 at 4:39 PM delete

aku dah lama carik komek ni..tapi x jumpa-2 gak..kalau korang tau,kat mane nak carik buku ni ek?!!

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
January 6, 2013 at 4:43 PM delete

and..lagi satu.boleh x tuliskan sinopsis cerita MISI 10A+?!!harap maklum..

Reply
avatar