Sopan Santun BerFacebook / Berinternet

30.10.11 2 Comments A+ a-

Bismillahi Rahmani Rahim


Kebebasan Mutlak??Mana ada!!


Hehe..terkejut ke?Aku bukan marah ye..tu pernyataan je tapi berbentuk amaran..
Annoying eh?maap maap maap - bak kata Nabil..

Ya, siapa tak kenal FB kan..Web paling hot masa kini..
:- FB ialah Tab WAJIB BUKA dalam banyak2 tab yang dibuka oleh pengguna..
Fakta ni beb..Kalau tak percaya cuba baca Kosmo ruangan luar negara 
mesti ada cerita menarik pasal FB hari2..
(aku bukan pembaca tegar,aku beli sebab murah - RM1 je)..hehe

Sejauh mana FB bermanfaat - bergantung kepada cara penggunannya lah kan..
Aku ingat lagi ada ustaz cakap masa ceramah - "TIADA kebebasan yang Mutlak dan Abadi di dunia ini..kerana kita dilingkungi oleh nilai Akhlak dan Adab"
Walaupun kita BEBAS bagi pendapat dan pandangan, kritikan dan hebahan, kita masih lagi tertakluk dengan 
nilai akhlak, adab dan etika tahu..

Bila semua pakat main langgar je lingkungan akhlak dan adab ni konon2 
hak asasi manusialah, kebebasan bersuaralah, suka hati aku nak tulis apalah - yang pada aku terlampau dan ekstrim sangat - mulalah jadi macam2 kes negatif yang melibatkan FB macam
:- fitnah , tipu, provokasi, rogol, cerai berai bla bla bla (banyak, malas nak tulis..sila rujuk Harian Metro)

Jadi, sila beradab macam contoh kat bawah ni bila berFB dan berinternet ye kawan2..
tak rugi pun..lagi mak mertua suka adalah..hehe
.
.
.
.
.
Dont dont dont
.
1.Racism


Kan kita dijadikan berbangsa2 dan bersuku2 untuk saling mengenali dan memahami antara satu sama lain...
Bukan bezakan warna kulit, bahasa, pakaian, kelentikkan bulu mata ya kawan2..
Jadi, buangkan segala perbezaan..cari titik persamaan antara kita dan hargainya..
kerana tu lah yang  mengikat kita ;-)



2.Upload gambar yang jelas kurang kesenonohannya


Err..korek hidung ni borderline ye antara senonoh dengan tak..susah nak beza ;D
Gambar tak senonoh tu gambar yang aib la..aibkan diri sendiri mahupun orang lain...
Bubuh je gambar tayar motor kalau susah sangat..yang ada bunga la,jangan yang botak..



3. Provokasi yang tak agak-agak


Bebas bagi pandangan kat FB bukan lesen untuk kita provokasi secara terlampau..
darjah kesensitifan manusia adalah berbeza2..
mungkin pada kita macam ok, tapi tidak pada orang yang diprovokasi tu lantaran dia mempunyai threshold sensitif yang sangat rendah..ramai je yang tak nak kawan (unfriend) lagi pasal benda ni..kan tak best tu kalau tiada kawan..tiada duit tak apa lagi - yeke? hehe..



4. Caci Maki saja diriku


Fuh mentangla dalam internet/FB tak muka ke muka (face to face),  sesedap rasa je nak caci maki kutuk hina cerca keji carut carut orang lain ye..ikut nafsu betul..
Kita tak dapat apa pun..cuma dapat dosa percuma dengan perasaan puas hati bersifat sementara je..
dah hilang puas hati tu karang nak carut lagi..kan tak best tu..
Tambahan pula, ia cuma cerminan mentaliti kita yang teruk je sebenarnya..



5. Palsukan orang lain dengan buat akaun konon-konon kaulah orang itu..


Manusia genus dan spesies macam ni pun ada juga..
Palsukan akaun guna gambar orang lain lepas tu berlagak jadi orang tu dengan niat nak jatuhkan nama orang tu..fuuuhh,terbaik betul modus operandi ni kan?eh suka pula..ni bukan compliment weh, ni sarcasm ni..
Busuk cagu tau tak orang yang kau dah palsukan tu..Biasa artislah atau individu famous ammos la yang kena..
Hish, keji betul perangai ni..hidap sindrom Bipolar ke apa..



6. Kongsi cerita dalam kain batik dan pelikat kat FB


Cerita dalam baju singlet bagai semua dah kongsi kat FB ada lagi perasaan tak malu kata - "tolonglah jangan kacau privacy saya"..Apa neraka?
Benda2 sulit yang tak nak umum tahu tak payahlah nak update kat FB pandai..
jerawat tumbuh celah ketiak pun nak bagi tahu...
lepas tu dah bagi no telefon dalam FB lagi nak marah2 orang kacau kamu..
guna je mesej inbox atau sms/jumpa kan senang..ha?baru terfikir? =_="



7. Bertemujanji dengan orang tak kenal..



Tak perlu hurai..baca je Muka depan Harian Metro dengan Kosmo kalau nak tau natijah kalau tak dengar nasihat ni..hari2 ada jawapannya..siap font besar dengan bold lagi tajuk2 utama suratkhabar tu..hehe

Sebenarnya,semua ni common sense je..budak baru mumaiyyiz pun tau nak bezakan yang baik dan yang tak baik punya ( gaya ziffi) langsung..atas ni sebahagian besar je dari banyak2 yang anda semua pun tahu..
kat sini ada lagi banyak..bacalah..tak nak?dah agak dah..tak bagi harapan pun..=_=''



p/s : Annoying betul kan?Emm..aku ada klik like kat page "FAM Bangsat" hari tu...didorong nafsu amarah betul masa tu...dah siapa suruh naikkan tiket RM50?ceh, teremosional pula..hehe

2 komen

Write komen
Anonymous
AUTHOR
December 12, 2011 at 7:48 AM delete

adehla kau. lawak jugak! RMP

Reply
avatar