Q : Kenapa saya tak macam orang lain?....A : Kenapa kamu nak jadi macam orang lain?

29.10.11 2 Comments A+ a-


Bismillahi Rahmani Rahim




Salam..hai semua ;-) minggu lepas terjumpa video ini di 
Yiutiup.com - perkongsian video terkemuka dunia. 
Sila klik kalau nak tengok..dijamin tak kan menjejaskan kesihatan rambut anda walaupun anda guna 
produk shampu yang lain.




  


Aku guna shampu ape?Tak payah tahulah..
tak ada signifikan pun kalau anda tahu..



Well..tersentuh tak tengok alkisah dalam video tu?
kalau tersentuh kenalah  nangis..tak nak nangis?
ceh,keras hati betul...
Gambar kartun atas ni tipu..mana ada aku nangis..




aku cuma kagum teresak-esak je sebab, dia pekak tapi tetap nak juga main violin..setakat boleh baca note tapi tak dengar memanglah kan payah nak hayati..Tapi ayah,eh pakcik yang tak dikenali tu punya motivasi memang thorbaik betul la..
Anda tengok tak video tu?kena tengok dulu baru faham ye murid-murid sekalian..Nak tau tak apa motivasi pakcik kacak tu?haishh,semua nak kena suap ;-D haha..annoying ke?maaflah,nama pun blog annoying kan..
baiklah,motivasinya adalah seperti berikut..
.

Motivasi 1 : Budak perempuan : Kenapa saya tak sama macam orang lain?
Pakcik Kachak : Kenapa nak jadi macam orang lain?
.
Dia jawab soalan budak ni dengan soalan balik,biar dia fikir..
sampai aku yang alhamdulilah tak pekak ni pun terfikir juga..

Motivasi 2 : Pakcik Kachak : Muzik adalah benda yang boleh nampak (visible) , tutup mata kamu..main je..

Aksi tangan dia buat isyarat tutup mata memang aku terpesonakesima..
Tapi,muzik mana boleh nampak pakcik..note muzik boleh la..em,mungkin maksud pakcik tu pejamkan mata,dan hayati gesekkan violin tu..aku rasa la..aku tak paham thai..
.
.
.
.









Kisah orang kuat upaya (OKU) ni mengingatkan aku masa aku makan kat kedai makan kat sunway masa zaman muda mudiku dulu..

Once upon a time....


Sepasang pakcik makcik warga tua (pakcik tu buta) jalan keliling kedai makan tu
Aku tau ni fenomena biasa kan..anda semua pun pernah alami kan?
.
.
.
.

Bila sampai meja aku,aku pun beri la sedikit rezeki Tuhan yang ada kat aku untuk dikongsi dengan pakcik ni..
Pakcik buta tu hulur sesuatu kat aku..aku cakap tak apa pakcik..its ok,its ok..chewah speaking bagai..tak pun sebenarnya..
.
.
.
mesti anda semua ingat tisu kan?kan?kan?..aku pun ingat tisu mula-mula..sebab tu aku tolak..


Tapi rupa-rupanya.....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..
.
.
.



Bookmark braille yang sangat awesome dan cantik..ada abjad A sampai Z dengan sign braille yang timbul sekali..jadi kita boleh pegang kat biji-biji timbul tu kalau nak tahu abjad apa..

Macam pakcik ni tau-tau je aku memang nak belajar huruf braille lepas terpengaruh tengok drama pasal orang buta kat TV3 dengan dokumentri pasal orang buta kat Malaysia yang gigih terbitkan AlQuran braille kat Majalah 3..

Fuh fuh fuh...kagum amat aku tengok mereka yang kurang upaya ni sebenarnya lebih berupaya dari kita manusia yang kekononnya sempurna ni kan?



Jadi, kalau ada orang kurang upaya kat sekeliling kita,jangan lah kita caci cerca keji nista umpat kutuk bagai ye..sebab mereka bukan nak pun jadi macam tu..
Kalau tak nak hulurkan barang seringgit 2, janganlah cakap belakang pula..sindiket itulah,sindiket inilah..ambil iktibar dan belajar tentang kemanusiaan dengan mereka..
Untuk ingatan bersama dan aku juga ;-)





p/s : susah jugak beb rupanya nak belajar braille..banyak kali test diri sendiri asyik tersesat je..

2 komen

Write komen
chanz
AUTHOR
October 29, 2011 at 8:01 PM delete

sindiket tu...semua ini konspirasi!

Reply
avatar
nazha anua
AUTHOR
October 30, 2011 at 12:23 AM delete

haha..yang betul2 tak mampu memang ada..tapi betul2 penipu pun banyak juga..sindiket ni pandai ambil kesempatan atas keOKUan mereka ni..

Reply
avatar