Diari Suami Isteri 1

24.3.16 9 Comments A+ a-






Bismillahi Rahmani Rahim



Hai semua :)

Lama betul tak menulis. Rasa macam segan-segan pulak huhu..
Banyak aku nak cerita ni tapi aku buat entri lain-lain la nanti ye..
Sebab banyak benda yang jadi, aku tak tahu nak mula update daripada mana..

Hmmmm...Ok, aku tahu dah nak mula dari mana!
Aku nak update dengan mintak maaf. Kenapa?
Aku rasa bersalah betul..
Nak dijadikan cerita, aku hari tu up 1 entri masa 29 Februari 2016.



Sebab tahun lompat sangat rare, jadi aku rasa ada satu keperluan untuk aku abadikan satu entri.
Si Cero kalau benda2 rare macam ni memang dia suka..











Tapi, yang jadinya...


...aku rasa macam ter prank orang la pulak..kehkeh
Jadi, maaf la ye
Lain kali aku akan buat entri full tak sangkut-sangkut lagi macam tadi..














Ok, update seterusnya, aku nak bagitahu yang aku dah kahwin hujung tahun lepas:)
Yeahoo!
Alhamdulillahh syukur aku sangat-sangat sebab puzzle dalam hati dah complete..
Masih lagi dalam mood suwit-suwit lagi ni kehkeh..
Buat brader Cero, Aujinz, Ankel Jonni dan yang lain-lain tu gua nasihatkan lu semua kahwinlah..
Confirm lu orang akan rasa damai je jiwa..wohaa...

Tapi, walaupun dah kahwin, aku dengan isteri cuma dapat jumpa hujung minggu je..
Sebab tempat kerja yang berbeza, aku dengan isteri berhubung secara PJJ..
Ok, time ni memang jiwa tak damai langsung! Memberontak, meront-ronta manja semua ada..
Fuhh seksa woo PJJ ni..
Kalau setakat panas EL-Nino ni aku boleh rilek jalan tengahari panas-panas..
Kalau setakat lapar aku boleh pergi kafe beli nasik dengan sayur kalau ayam dah habis..
Kalau PJJ ni azab dia Masya-Allah..Sobs sobs..
Sedih beb..
Ah, yang tu nanti aku update entri lain jugaklah haha..










Ok, ada satu hari masa dating, puan isteri menghadiahi aku satu buku sketches..
Daripada buku tu, aku bercadang nak buat diari bergambo tentang kami..
Yela, nak jumpa pun susah, jadi aku nak abadikan waktu-waktu dengan dia dalam diari tu..
Sebagai tanda aku sangat-sangat-sangat dan sangat menghargai masa kami bersama..

Dan sebab aku pun tak ada masa nak lukis lawa-lawa untuk entri kat sini, 
aku cadang nak upload je apa yang aku lukis dalam diari tu kat sini..
Sekurang-kurangnya, ada soft copy kalau diari tu hilang..


Jadi, kisah dalam diari ni bermula bila kami pergi ke AEON Klebang Perak..

(klik untuk tumbesaan)

Sebenarnya, diari ni pasal apa yang aku dan puan isteri buat je haha..
Apa pun, insyallah lah aku akan istiqomah update ye..

Untuk semua kawan-kawan blogger dan Klogger lain, 
terima kasih sudi singgah dan baca tulisan aku..
Aku mintak maaf jarang-jarang dapat jenguk klog korang sebab masa tak cukup..

Untuk puan isteri, walaupun kita PJJ, ketahuilah yang 
kejauhan inilah yang buat cinta dan rinduku padamu makin mekar..
kejauhan inilah yang buat kita makin appreciate masa kita bersama..
dan kalau kita sabar dan redha, insyallah Dia akan permudahkan kita untuk bersama nanti..
Amin Ya Rabb :' |










9 komen

Write komen
Anonymous
AUTHOR
March 24, 2016 at 5:11 AM delete

Awww comelnya, manisnya. Rajin2 update lepas ni, suka baca :D

Saya pun dulu buat diari lukis2 apa saya buat dengan late husband. Tiap minggu bagi dia macam surat la konon. Kalau tak buat, dituntut sampai sudah. Haha. Sekarang pun buat, ada juga post dekat blog, tapi untuk comfortkan hati sendiri je la, lepas tu sendu sorang2 tepi dinding. Lolol. Have a great wedding life bruh :)

*ce teka aku dari blog mana satu. Kehkehkeh*

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 24, 2016 at 5:15 AM delete

*married life. Duhh

Reply
avatar
Zyra Roxx
AUTHOR
March 24, 2016 at 7:45 AM delete

Sweetnyaaaaa *duduk merenung lantai*

Reply
avatar
deaday
AUTHOR
March 24, 2016 at 6:33 PM delete

Ya allah kyotnya.. Tapi aku masih meremang bulu roma baca ayat jiwang. HuuuuuUuuu..

Selamat pengantin baharu, naz..

Reply
avatar
aku_ein
AUTHOR
March 26, 2016 at 10:18 PM delete

Selamat Pengantin Baru bai..

Jauh ke ko dengan bini ko..pengalaman aku cuma stakat 3 tahun je PJJ..Muar/Melaka - Kelate..huhu

Reply
avatar
cEro
AUTHOR
March 28, 2016 at 4:13 AM delete

Aaaaaaahhhhhhh!!!
Nak kawen jugak nak kawen jugak!!!
Rerajin laa update, bruh. Dan rerajin laa contact Ojin sbb kita ada project. Hehe.

Oh, btw Singapore tu walaupun adalah negara, tapi capital city dia adalah Singapore tu sendiri sbb Singapore kecik. So technically tak ada yang pelik dlm tulisan capital cities tu. Hehehe.

Satu soalan,
adakah kau dah tak guna nama Nazha Anua?

Reply
avatar
nazrul ali
AUTHOR
March 28, 2016 at 5:34 PM delete

Hi all

1. Tima kasih untuk ucapan selamat pengantin baru tu.

2. aku tahu Cero akan tolong jawabkan pasal ibu negara singapore ni sebab dia suka fakta2 rare macam ni haha..

3. haah, aku tak guna nama nazha anua tu sebab susah nak sebut + orang selalu salah tulis..jadi guna nama sebenor la lagi senang bero..huhu

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
March 29, 2016 at 5:36 PM delete

tahniah..semoga berkekalan bahagia hingga akhir hayat...dikurniakan anak2 yg comel2 dan sihat2...dpt duduk sama2 cepat2....semoga semua yg baik2 la utk hgpa laki bini.

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
July 16, 2018 at 6:54 PM delete

Dik..kawen tak jemput.. Akak pun tetibe terlupe pasal awak.. Tapi tetibe td teringat plak.. Trus cek blog.

Alhamdulillah ..tahniah.. Semoga berbahagia selaluu.Nti roger akak ye, no tepon akak kt fb akak.. Hehe.

Kak bila.

Reply
avatar