M Nasir | Suatu Masa | Versi Kartun

29.10.13 13 Comments A+ a-




Bismillahi Rahmani Rahim




Kalau perasan, kat bawaaah klog ni ada macam-macam label aku gunakan untuk kategorikan blog ni..
Antara label tu ialah "Muzikartun"..
Ia lebih kurang macam, aku dengar lagu apa yang aku suka..
Then aku pejam mata dan imaginasikan lirik lagu tu ikut sukahati aku..
Kalau lagu tu tacing tambah aku mood baik, aku ilustrasikanlah lagu tu..

Antara yang aku dah buat ialah :

Yuna | Terukir Di Bintang | Versi Kartun


So, lagu yang aku nak kartunkan untuk entri kali ni ialah lagu M.Nasir..
Tajuknya : Suatu Masa
Liriknya just indah..dan aku suka..







Klik dulu sini ok:-)











Bagaimanakan ku mula












Dan apakah kata-kata 
Yang indah untuk diabadikan 










Tiap wajah berkisah 
Tiap madah bererti 










Manakah ilhamku 










Cahaya di matamu 
Senyum di bibirmu 










Mengukir seribu tanda pertanyaan 









Mungkinkah kau jua dalam kerinduan 









Di saat begini aku merindukan 











Berpucuk-pucuk surat 
Terbiar di depanku 










Tak dapat aku utuskan 










Ku ramas semua 
Dan ku buangkan 
Jauh dari pandangan 











Lalu aku kesal 










Ku kumpul semula 
Tak dapat ku nyatakan apa yang ku rasa 










Andai engkau tahu gelora hatiku 









Mungkinkah kau sahut jeritan batinku 










Dengarkanlah 
Panggilanku 











Dengarkanlah lagu untukmu 











Oh angin lalu kau sampaikan 









Rasa rindu yang membara 
Kepadanya 











Warna-warna cintaku 
Kian pudar bersama 
Malam yang gelap gelita 










Entahkan kau rasakan 
Apa yang aku rasa 











Atau kau tak endah 










Tapi ku percaya 









Semua telah tertulis 









Dan niat suciku









 takkan dipersiakan 









Dan di suatu masa 
Di hari yang indah 











Ku hulur tanganku 










Lalu kau
Terima









Sori, link lagu Yuna, Astrid dengan Anuar Zain tu broken..
Gambar kena sampuk dengan alien

Nanti-nanti aku rajin kang aku upload balik..




Entri 3 - Pemenang GA Bagi Belah Kartunster #2

21.10.13 6 Comments A+ a-




Bismillahi Rahmani Rahim



Ini merupakan entri terkahir yang aku buat sempena penyertaan GA Bagi Belah Kartunster #2 yang lalu..
2 entri telah pun disiapkan sebelum ni...Boleh klik di sini untuk membaca :

Entri 2 - Pemenang GA Bagi Belah Kartunster #2


Entri ke 3 ni disumbangkan oleh Prince of Noob..
Beliau merupakan tukang merepek sepenuh masa di Buasir Otak blogspot..
Jujurnya, cerita beliau dekat dengan aku..dan aku rasa dengan semua2 yang baca entri ni jugak..













Sebelum tu, layan dulu lagu Okkusenman ni:)








Dipersilakan baca entri beliau yang hiba ini..










Zaman aku berpuasa dan beraya masa kecik-kecik dulu best gila. Aku ingat lagi, masa tu bila balik kampung rumah atuk, aku akan berjumpa dengan sepupu2 yang lebih kurang sebaya dengan aku. 









Walaupun jumpa mereka boleh dikatakan setahun sekali, tapi bila dah sekali berjumpa, gayanya seperti setiap hari berjumpa. Berborak pasal ultraman, ksatria baja hitam...









...main bola, mercun, bunga api...







































...tutup oren...









...berkongsi komik, menyakat orang, naik motor pusing keliling kampung...









...pergi beraya rumah orang yang tak kenal, semua dibuat bersama2 tidak kira yang lelaki mahupun perempuan. 









Kini aku masih lagi pulang ke kampung atuk sempena hari raya. Ada sepupu yang masih balik, ada juga yang sudah tidak balik lagi ke kampung.










 Walau aku masih berpeluang berjumpa dengan sepupu serta suami/isteri dan anak2 mereka bagi yang sudah bekeluarga, namun hubungan kami tidak lagi akrab seperti waktu kecil dahulu.









 Bila berbual terasa janggal, seperti berbual dengan orang yang baru dikenali. Tiada lagi gurau senda dan gelak tawa seperti kecil dahulu. 












Aku sedar jarak dan masa telah membuatkan kami semakin jauh.










 Namun...



















 ...semua kenangan sewaktu kecil yang kini hanya secebis memori dalam ingatanku... 









...akan aku simpan dan hargai sampai bila2,... 









...kerana aku tahu ia tidak akan dapat diulang lagi buat selama2nya.


Thanks Prince of Noob atas perkongsian ni..
Serius, aku pun sedih jugak masa lukis untuk entri ni..
Budak 80'an mesti tau perasaan ni..


Well, rindunya kat masa lalu..sobs

Nak makan jajan dengan cekedis sambil tengok power rangers balik..