Kenangan Ramadhan, Raya dan Aku

31.7.13 22 Comments A+ a-




Bismillahi Rahmani Rahim




Yang ni versi aku punya:











Zaman aku berpuasa dengan raya masa kecik-kecik dulu best gila..
Aku ingat lagi mase tu, aku pergi kedai Cik Yah kat depan rumah..











Makcik yang berusia separuh abad ni sangat garang..









Masa nak raya, kedai dia ade buat promosi..
Kontest tikam nombor untuk bebudak kecik..









Aku berjimat duit 40sen waktu sekolah untuk menikam nombor..
Hadiah mercun weh..thunderclap, thunderking, mercun gasing..
Pergh! aku bernafsu mercun..
1 tikam = 10 sen..










Aku beli dengan abang aku..
Sebab aku tak pernah bertuah sangat, aku tikam dengan berhati-hati..









Aku gagal..
Abang aku dapat tikam thunderclap..
Kenapa?
Kenapa orang nakal macam abang aku selalu bertuah..









Rahmat ramadhan..setan kena rantai..
Begitu juga le"setan"an beliau..
Aku diajak main sama wuhuu..









Kami main bersama kawan lain kat court takraw depan rumah..









dan aku ya..
amik masa untuk biasakan diri main mercun..











Akhirnya sumbu pun menyala selepas beberapa kali hidup segan mati tak mahu..









Lagi sekali..
Budak baik mana pernah bertuah..
Thunderclap tu pergi betul2 kat jalanraya..
Sebijik kereta yang lalu menjadi mangsa kerakusannya..











Abang aku dan kawan yang lain mengambil tindakan awal menghadapai situasi luar jangka ni..
Aku je yang macam...









Nasib baik kereta tu tak patah balik..
Kalau tak..mungkin aku beraya tahun tu dengan bunga tayar kat muka..
Lepas tu, aku main tuju kat bulan..
At least, dia tinggi..kalau jerit WOOIII pun aku tak dengar..

Memori..memang..
Selalu manis..










Panjang perkataan : 175
Haish..patut aku tulis 200 patah perkataan..

Apapun, aku akan baiki kesilapan ini..

SELAMAT HARI RAYA in advance
MAAF ZAHIR sahaja..:)



Ramadhan Yang Hilang

29.7.13 19 Comments A+ a-




Bismillahi Rahmani Rahim






Seingat aku, kali terakhir kasut aku hilang kena curik adalah kat surau mase sekolah asrama dulu..
Terpaksa aku pinjam terompah kat surau sebab nak balik asrama..
Malu kejap dengan bunyi ketekak ketekuk ketekak sandal kayu tu..




Tak sangka pulak lepas berbelas-belas tahun benda yang sama jadik balik lepas aku terawih kelmarin..
Sebulan lebih je kot aku guna sandal tu..sobs






















Malam tu terus pegi downtown beli capal..
Sebab capal memang alltime faveret sandle aku..
Tapi..
Tak sangka pulak hayat capal tu lagi kejap..
Semayang maghrib tak sampai 10 minit pun..










27 Julai - 28 Julai 2013..ye typo..








1 hari je?Nope, 19 jam je sebenarnya..
19 jam je capal tu sempat berkhidmat untuk kaki aku?
Tu pun belum tolak 7 jam tidur..
Kenapa?
Why?
Kalau aku dapat ko pencurik, aku akan buat macam kat bawah ni..




Astaghfirullhalazim...
Sabar bero sabar..puasa ni..


Ya, tajuk entri memang tak ada kaitan dengan drama Ramadhan Yang Hilang kt TV3..
Saja nak tarik SEO..






Ombak Rindu

25.7.13 6 Comments A+ a-



Bismillahi Rahmani Rahim

















































8 jam sebelum kejadian..






Berhati-hatilah kalau tidur lepas sahur..
Dia punya bunyi tu, lain macam perginya..

:)

Oh, Give Away|Beli Belah Kartunster #2 dah nak abes esok..
Kalau nak masuk sempat lagi..











Give Away | Bagi Belah Kartunster #2

18.7.13 24 Comments A+ a-




Bismillahi Rahmani Rahim







Hai pembaca kartunster semua:-)


Memori berpuasa dan berhari raya semasa kanak-kanak adalah antara memori manis yang mengisi sisi hidup kita..dan ia berlaku HANYA sekali je sepanjang hayat kita..
sobs sobs..
Walaupun kita kini telah dewasa, banyak kenangan dan pengalaman yang sweet-sweet sour ni tetap terakam dalam ingatan kita bukan..
Kalau nak cerita biasanya kena tunggu bila ada adik beradik masa malam raya atau bila lepak dengan kawan-kawan masa nak buka baru kita story kan..
Nah, sekarang ada cara baru..bukan setakat cerita2 kosong tahu, siap ada hadiah lagi..
Kartunster nak ajak semua pembaca dan followers untuk kita sama-sama berkongsi pengalaman pahit, manis, masam, kelat dan payau yang pernah kita lalui dulu dalam 
Give Away | Bagi Belah Kartunster #2..





Tema : Kenangan Ramadan, Raya & Aku











Syaratnya :

0) Buat tajuk Give Away seperti kat atas. Copy paste kan gambar ilustrasi kat atas dan backlink ke kartunster.blogspot.com.





 1) Like di sini
 




2) Jom jadi Awesome Kartuners di sini :






 3) Ni paling penting sekali..
Buat ringkasan memori ramadan & raya anda dengan menggunakan ayat di bawah :

Zaman aku berpuasa dan beraya masa kecik-kecik dulu best gila. 
Aku ingat lagi, masa tu .................(sambungkan tak lebih daripada 100 patah perkataan)





4) Sila gunakan ayat bahasa melayu standard yang senang difahami..jangan guna bahasa alien (cth : itew, sayew, larh, sangad dan yang seangkatan..tak perlulah aku listkan kat sini..muntah aku..)..aku annoying dengan bahasa macam ni..
**update : loghat orang Malaysia yang difahami pun boleh..





5) Dah siap? Copy link anda kat komen dibawah..senang aku nak update peserta





6) Tarikh tutup :  26 haribulan Julai 2013










 Hadiah :


1) 3X pemenang dapat handmade kad raya + aku KARTUNkan + PUBLISHkan cerita beliau di klog ini..

2) 12X pemenang dapat kad raya handmade..









Aku tau hadiah tak berapa menarik..
"eleh kad raya je"..mungkin ada yang mengujar macam tu..
Well, hehe..tu je yang mampu bero..yang penting kan ikhlossss..

Cerita yang paling ROTFLMAO, yang paling humor, yang paling sadis, yang paling tacing hati dan perasaan, cerah jadik pemenang..

Keputusan adalah muktamad ok :-) 

Terima kasih dan selamat berpuasa 


**update peserta :



Sori lambat umumkan ye..

Pemenang GA|Bagi Belah Kartunster #2

3X kad raya + kartun publish di kartunster : BiskOtNorazlin NordinBuasirOtak


Terima kasih atas penyertaan semua..
Aku terharu..
Semua bercerita dengan penuh jujur dan santai..
Walaupun hanya dalam lingkungan 100 patah perkataan..

Aku harap semua sudi join lagi bila aku buat ye:)






300 yang istimewa

11.7.13 14 Comments A+ a-





Bismillahi Rahmani Rahim






















































yang ke 300 ialah tengku butang




















Hai semua:-)
Aku rasa macam dejavu pulak..
Tahun lepas, sehari sebelum puasa, follower kartunster cecah 100..
Aku rasa agak jakun..
Yelah, gila kau ada 100 orang yang sudi nak tengok dan baca tulisan dan kartun aku..
Sejurus lepas kejutan tu, terus aku buat Give away | Bagi dan Belah #1..
Ok, link tu semua dah tak ada gambar sebab link gambar dah broken..
dan aku agak maleh sikit nak upload balik..

 Jadi, bila puasa kali ni follower cecah 300, 
jadi aku rasa agak special sikit..hehehe..

Em, untuk menghargai para pembaca kartunster, aku berniat nak buat 
Give away | Bagi dan Belah #2

Agak-agak kau orang nak join tak?
Tolong jawab kat ruangan komen macam ni boleh, pilihan jawapan dalam bahasa jawa ni :

a) Aku kepingin arek join
b) Aku orak gelem join
c) Aku entok opo nek aku join?

Lepas jawab, sapa boleh translate dengan tepat aku reservekan hadiah 1..
boleh?


update : reserve hadiah dah ada yang menang..


















Tanda-tanda datangnya Bulan Ramadhan

9.7.13 14 Comments A+ a-

 
 
 
Bismillahi Rahmani Rahim





Kartunster telah berjaya mengumpulkan data-data penting berkaitan bulan Ramadhan pada tahun lepas..
Melalui kajian tersebut, pihak kami telah dapat mengenalpasti beberapa tanda-tanda penting untuk mengetahui bila datangnya bulan Ramadhan..















1) Bila mana artis-artis dan selebriti berjanji dalam paper-paper dan TV nak berubah kepada pakaian yang sopan..

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 2) Bilamana tester2 kuih raya giat diagihkan untuk tempahan..

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 3) Bilamana kembalinya iklan-iklan yang familiar...


Lawak je ok:-) hehehe
 
 
 
 
 
 
 
 
 
  
Justeru, aku ingin memohon ampun maaf jika sepanjang aku melukis dan menulis di Klog ni, ada perkara-perkara yang menyinggung hati dan perasaan mana-mana pihak ok..
Terima kasih juga kepada semua yang sudi membaca dan menyokong Klog aku:-)
 
Selamat berpesta Ibadah semua..