Review Komik Misi 10 A Plus

16.5.12 7 Comments A+ a-





Bismillahi Rahmani Rahim


Saya telah berkesempatan untuk ke PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR pada 28 April yang lalu bersama Cik Buahati <3..hehe

Gerai pertama yang saya pergi tak lain tak bukan ialah buku PTS...
fuu orang punyalah ramai gaban..boleh selisih-selisih hidung..

dan..

Buku pertama yang saya cari semestinya ialah MISI 10 A PLUS :) 

Walaupun saya nampak kelibat Safee Sali datang buat promo buku "Super Safee", ia langsung tak mengganggu tumpuan saya untuk mencari komik Misi 10 A Plus :D 

Ya tipu je, adalah saya telengkan kepala sikit tengok Safee..
Striker Malaysia tu..susah kot dia nak jumpa saya..hehe..

Setelah mata saya melilau ke sana sini, akhirnya, saya jumpa pun komik ini..waa seronoknyaaaaa !



-gaya saya jika seronok tak ingat-


Untuk makluman semua, komik ini ditulis dan dilukis oleh 
adik beradik yang sangat cergas berkarya iaitu 
Tuan Nazry Salam Feeqry dan Tuan Afiq Salam Feeqry.

Ia kesinambungan dari Misi 8A dan Misi 10 A. Saya dah baca dah semuanya:)

Secara tuntasnya:D, saya nak simpulkan bahawa semua siri komik Misi sangat menarik dan yang paling best among the best tentulah Misi 10 A Plus, kerana..


Jalan penceritaan yang padat tetapi plot-plotnya saling berhubung dengan baik..


Kesinambungan antara setiap babak juga sangat jelas dan senang nak faham..


Lukisan Afiq tak payah cakaplah, siapa yang ikuti dari misi 8A mesti dapat lihat betapa improve nya gaya lukisan beliau..teliti dan kemas..
dia punya garisan-garisan tu fuhhh...lagi halus dari lubang jarum..


dan yang paling penting sekali ialah pengajaran yang menyelit-nyelit disebalik helaian komik tersebut iaitu..


...erti persahabatan dan sayangkan sekolah!






Selain itu..nak ucap terima kasih pada Tuan Nazry yang sudi jemput saya lukis kartun sepetak..Walaupun sepetak je tapi, bila dapat tengok kartun sendiri keluar dalam komik, perasaan tu macam..




..aaahhhhh~wiiiii~wooo~seronoknyaaaa...teruja gila..hahaha


Cik Buahati pun perasan saya asyik tersengih sampai ke anak cucu telinga je masa bawa kereta..hahahaha..


Ini kartun saya yang tak seberapa:) kenalah beli komik ini kalau nak baca kartun saya:)



Wataknya diambil daripada buku siri conteng kolaborasi saya dan Tuan Nazry..
Insyallah akan keluar bila sampai masanya nanti..amin:)








  
Istimewa dan ekslusif
 Fan art untuk Komik Misi 10 A Plus :)






Jadi, komik ini ialah kategori komik WAJIBUN GHUNNAH untuk diBELI tahu !
Sila dapatkan dikedai-kedai buku berhampiran atau di BookCafe ini




p/s : ini antara buku paling laris hingga kena cetak ulang-ulang kali..saya doakan Tuan sentiasa berjaya dan aktif berkarya:)


Tahniah Tuan sebab dapat baby girl:)

Liga Inggeris Yang Epik

13.5.12 2 Comments A+ a-




Bismillahi Rahmani Rahim





Musim 2011/2012 ialah musim kejuaraan EPL paling epik

Hal ini adalah kerana jiran sebelah menyebelah iaitu Man Utd dan Man City tengah nak tentukan kejuaraan liga..fuuu..

Argh..memang epik habislah..


mana taknya..


Minit ke 90 + 3 (injury time)


Man Utd dah nampak macam nak menang je..tinggal nak pegang je cup tu..












.
.
.
.
.
.
Hinggalah...tragedi hitam yang menyayat qalbu itu berlaku...
.
.
.
.
.
.
Minit ke 90 + 5




Sobs..sobs..
Man Utd hanya 2 minit berselang untuk jadi CHAMP20N..

Apapun..Tahniahlah Man City..

Jangan perang saudara sudah..hehe




p/s : damn u aguero kun :D haha

Entri Untuk Emak

9.5.12 7 Comments A+ a-


Bismillahi Rahmani Rahim



Semasa kecil, saya sangat kecil...
Tetapi itu bukan sebab untuk saya diperkecil-kecilkan!


Buktinya, seperti kanak-kanak lain, 
saya adalah seorang budak yang aktif dan proaktif,
membesar dengan sihat bagaikan johan..









Disebabkan keaktifan yang melampau berbanding usia saya yang masih hijau, saya sering terlupa dimana saya letakkan barang2 permainan 
(sekarang pun sama..?)

Nasib baik saya genius, jadi sekejap je dah dapat cari penyelesaian.
.
.
.
.
.
.
.


Tanya kat emak..settle..hehe











Dan biasanya, kat mana yang emak cakap, memang kat tempat tulah permainan saya menyembunyikan diri..



 Saya selalu terfikir yang emak ada kuasa ajaib boleh tahu kat mana saya terlupa/sorokkan barang..









entah-entah mak tahu saya dah sorokkan cawan yang saya terpecah kat belakang tandas??gulp..










Kuasa ajaib mak tak berakhir disitu, bila abah ke abang ke akak ke adik ke terlupa barang mesti merujuk kat mak..










 "cari pakai mata ke pakai hidung?" ayat saja saya cari pasal..hehe






Sejak peristiwa itu, saya pun berazam nak ingat semua barang yang ada kat semua penjuru rumah biar saya dapat kagumkan adik beradik saya memberi saingan sihat pada emak..hehe








Tapi...












azam tinggal azam..



Sampai laaa ni emak menjadi rujukan saya..kadang-kadang je la..hehe





Justeru..






Kerana melahirkan saya....terima kasih emak


Kerana membesarkan saya....terima kasih emak..


Kerana mendidik saya....terima kasih emak..


Untuk segala2nya....terima kasih emak




Dunia Akhirat saya sayangkan emak..





Selamat Hari Ibu untuk Emak tersayang <3


Bonda Hajah Sairah Haji Amin





Kemalasan Tahap 6

7.5.12 3 Comments A+ a-



Bismillahi Rahmani Rahim



Hidup ni umpama roda, kejap malas kejap rajin :-D

Sehubungan dengan itu, seminggu dua ni saya rasa kemalasan yang kritikal..

Macam ada batu yang super berat je kat belakang badan ni..






T__T




*&^%^%$^%#$$#



 nak alihkan tak kuat..



Justeru, kenalah kuat semangat dan baca doa penghalau malas!



" اللَّÙ‡ُÙ…َّ Ø¥ِÙ†ِّÙŠ Ø£َعُوذُ بِÙƒَ Ù…ِÙ†ْ الْÙƒَسَÙ„ِ ÙˆَØ£َعُوذُ بِÙƒَ Ù…ِÙ†ْ الْجُبْÙ†ِ ÙˆَØ£َعُوذُ بِÙƒَ Ù…ِÙ†ْ الْÙ‡َرَÙ…ِ ÙˆَØ£َعُوذُ بِÙƒَ Ù…ِÙ†ْ الْبُØ®ْÙ„ِ "
Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari malas, dan aku berlindung dari sifat penakut, dan aku berlindung dari pikun, dan aku berlindung dari Bakhil. (HR. 19/465)




bertukar mode saiya !!! ZINGGG !! 







fuuuuu...hoppp!!! Hiarghhh!!
(hancurkan batu kat belakang badan dengan keganasan)


fuh dahsyat..ada letrik2 bagai..





Ok, habis berangan dan bermalasan..
mari sambung bekerja :) hehe
















p/s : malas balik ;-(

Wordless Wednesday | Think Out Of The Box

2.5.12 4 Comments A+ a-



Bismillahi Rahmani Rahim




Think out of the box..































p/s : Kadang-kadang benda yang susah tu jadi senang bila kita tengok dari sudut yang berbeza..kan? ^^