Pesanan Pak Cik
Bismillahi Rahmani Rahim
Aku ada ramai anak buah..
Dalam ramai-ramai tu aku nak cerita pasal 2 orang ni je..
Namanya Akmal dengan Daus..
Masa dia orang kecik dulu, dia orang sangat kecik..**memanglah kan
Sebab lahir selang beberapa bulan sebelum raya, jadi dia orang ni macam kembar la..
Tapi bila menginjak mumaiyiz, 2-2 dah tak macam kembar dah..
Yang Daus kecik dan kurus..
Memang kecik pendiaaam je..
Aku nak tegur pun dah terasa aura dinginnya sebelum tegur lagi..
Yang Akmal gemok gedempol..
Kalau dia tak pakai baju pun orang tak perasan sebab lipatan lemak kat perutnya dah macam lipatan baju..
Aku memang ejek dia - babat..babat..babat..babat..
Tapi lepas baligh, aku tak tahu dia orang makan apa sampai hormon pembesaran membuatkan mereka tinggi yang amat..
Yang Daus dah nais gud luking gai..
Baju kolear V fit badan dengan jeans berspek mata tebal je aku tengok..
Yang Akmal paling aku tak caya..tinggi yang amat dengan kurus persis model..lah sangat..
Lepas tu, aku pulak yang kena balik..ceh!
Tapi tak berkesan sebab apalah sangat dengan budak baru nak up berbanding kematangan aku:D
Tapi tu tak bermaksud aku pakcik sedara yang tak berapa nak baik..
Aku ejek-ejek gurau je sebenarnya..
Dengan harap kamu akan terbiasa dengan pancaroba masa akan datang yang lebih mencabar..
Jadi point aku cuma satu je..
Pak Cik yang hensem dan baik hati ni nak ucapkan..
SPM bukan penutup..
SPM cuma baru pintu ke alam dewasa je dik..
Semoga berjaya OK:)
Pak Cik dulu SPM masa bulan-bulan puasa nak raya tahu..rilek je..
Eh, aku dah terlewat sehari eh?hehheh