Bagi & Belah | Giveaway Kartunster yo'

30.7.12 47 Comments A+ a-


Bismillahi Rahmani Rahim

Bagi dan Belah | Giveaway #1
Kartunster


Hai hai hai semua:)
Sebelum nak buat Bagi & Belah ni, saya ada buat survey pada entri sebelum ini..
Setelah mengira survey dengan menggunakan method statistik yang rumit..
jadi saya mengumumkan blog Kartunser dengan rasa rendah hatinya akan mengadakan...
Yeah..tepuk..tepuk..
Aduyai..tertinggal huruf "N" la pulak..demit..
Ah..kejap lagi la edit..

***********************************************************************************************************

Nak kena buat apa?

Untuk pengetahuan semua, saya sedang menyiapkan projek komik strip mini bertajuk 
"tak LAWAK LORONG BELAKANG lah sangat"
Ini antara komik yang saya sangat semangat nak buat..Justeru saya nak sangat kawan-kawan sekalian terlibat sama dalam pembikinan komik strip ni:)

Jadi, yang anda kena buat senang je..

1) Download komik Lawak Lorong Belakang (LLB) #1 dibawah..
2) Tolong saya isikan belon-belon dialog untuk komik ini mengikut citarasa dan kreativiti anda masing-masing ya:)

Macam mana?susah tak susah tak?senang je kan..hehe

Buat dialog-dialog yang kelakar tak hengat ye..lol
Biarlah sampai orang yang baca tu nanti lupa asal-usulnya..
Biarlah orang yang baca tu nanti lupa dunia..
Janji tak lupa akhirot..hehe

***********************************************************************************************************


Syarot-syarotnya?


1) Buat 1 entri khas untuk  Bagi & Belah ni..nama ikutlah kreativiti anda
2) Bubuh gambar ini...backlink kan gambar ini ke entri kartunster.blogspot



3) Muatnaik/upload komik LLB#1 yang telah anda tulis dengan dialog tersebut
4) Ikut andalah nak tag kawan-kawan ke tak..hukumnya harusss je
5) Link kan post atau entri anda ke ruangan komen entri ini untuk dinilai oleh para juri  Bagi & Belah  #1 ini:)


Mudah kan?:)

***********************************************************************************************************

Hadiahnya apa weh?

Jujurnya, saya hanya pandai melukis..
Jadi, hadiahnya yang saya nak bagi kepada para pembaca yang baik sekalian berkaitan lukisan juga..mungkin tak lumayan, tapi saya rasa itulah cara terbaik untuk saya hargai anda semua:)



1) 5 keping kad raya istimewa handmade oleh my hand untuk 5 pemenang terbaik
(ini contoh)



2) 5 lukisan/karikatur yang customize untuk 5 pemenang saguhati
Apa yang anda nak saya lukis, saya akan lukiskan ok:)
(ini contoh)

***********************************************************************************************************

Barisan juri juga bukan main-main tahu..


Shingggg!!!

Jadi..
Berusahalah untuk membuat para juri ini ketawa ya semua:)
Terima kasih untuk yang sudi sertai:)


HaHaHaHaHaHa




**update: Tempoh expired 10 Ogos 2012 bersamaan 20 Ramadan 1433 Hijr
Sebab saya nak buat entri khas pengumuman siapa yang menang..
Serta takut nanti kad raya lambat sampai..

**update penyertaan setakat ini  :) terima kasih ya
1) Keri Ikhwan
2) Norinaomar
3) Kawaii Dysha
4) misz_eyza
5) nurdani
6) ayut
7) SiBudakKurus
8) Shida#39;R
9) C++ (nama paling pelik tapi unik setakat ni)
10) Cik Cip Puding
11) En Taufiking
12 ) Biskot

**update : telah luput:) terima ksih semua yang sudi join..saya akan buat entri khas untuk ini ya:)

KPI Kartunster Tercapai..lol

27.7.12 27 Comments A+ a-


Bismillahi Rahmani Rahim


Ramadhan ke 7 tahun 1433 Hijr menjadi saksi dan detik bersejarah untuk klog kartunster..
Sebabnya..





apakah??





 Saya seakan tak percaya..
Semuanya terjadi terlalu pantas dan tanpa diduga..
tangan terasa berat nak menekan kekunci keyboard..





 Hati terbuai-buai dek lamunan erkk..
Ok tak perlu nak sastera macam skrip slot Akasia : Dejavu Di Kinabalu sangatlah rasanya..
Eh,kejap..kejap..
Mood : Dejavu Di Kinabalu sat..
ok dah..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Drum roll please..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tattadataaa!!
.
.
.
.
.
Klik sini untuk dapatkan feeling muzik latar belakang..

Setelah beroperasi selama hampir setahun bermula 27 Okt 2011
Dengan entri sebanyak 64 (termasuk yang tak keluar gambar sebab crash..arghh..feras!)
akhirnya...
Kartunster dah mencapai 100 follower dah..heh heh heh
Alhamdulillah..syukur..syukuur..





Saya juga ingin menujuk...erkk..
(Abang Nas??)





Ahahaha...
Walaupun hanya 100 sahaja buat masa ni, ketahuilah bahawasanya saya amat amat dan amat menghargai masa yang kamu semua luangkan untuk membaca entri saya..
Harap ada juga sikit manfaat dari entri yang saya tulis untuk kamu semua..
Insyallah Klog ni akan makin berkembang dan makin gemuk baik perkongsiannya..aminn:)
Rilek la..tak kan nanges kot..hehe






Sempena dah ada 100 follower ni, saya bercadang nak buat "bagi & belah" (giveaway)..
Cuma sangsi lah pulak takut-takut tak ada siapa nak join kan..hehe..
Jadi, saya nak buat survey dulu ada tak nak saya buat "bagi & belah" ni..
Kalau ada lebih 10 yang setuju, saya buatlah..
Kalau tak ada..saya simpan tunggu follower 100000 baru buat kot...hehe..
Kalau sekejap ada sekejap tak ada...erk, tak eh?
Mohon berikan persetujuan di halaman komen ya:) terima kasih



Baik, itu sahaja setakat ni..terima kasih ataih sokongan semua pembaca:) 
fuu macam artis..







p/s : gembira..









Oh, ana nak share blog yang selalu kupas pelbagai isu semasa dari sudut yang berbeza ni..
Santai tulisannya dan neutral juga..
Kredit : Blog BuasirOtak
Setail tak kartun Patrick versi kartunster?:)

Tahu-tahu je

25.7.12 15 Comments A+ a-


Bismillahi Rahmani Rahim


Macam biasa bila bulan puasa..




duit kereta duit rumah duit kad kredit duit astro duit topap duit api elektrik duit raya anak buah bla bla bla...
gaji dan bonus adalah untuk perkara diatas..

kisah benar orang gomen..hehe

Memori Puasa : Saya dan Kentong

23.7.12 16 Comments A+ a-


Bismillahi Rahmani Rahim



Abah saya seorang bilal kampung..





Dulu masa kecil, bila masuk bulan puasa, selalu ikut temankan abah buka kat surau..
Surau tak jauh pun..kat depan rumah je..





Kat surau ada instrumen bernama "kentong"@ "beduk".
Kentong ni digantung kat sebelah tempat wuduk..
Kat tengah-tengah "kentong" ada lubang besor..
Dalam lubang ni ada pulak pemukulnya atau nama komersialnya anak "kentong"
Rupanya, sebab dulu-dulu tiada mic, jadi abah selalu guna "kentong" untuk maklumkan dah masuk waktu berbuka..





Bunyi "kentong" kuat..Satu kampung boleh dengar..
Kira dah boleh korek hidung la kalau dengar bunyi "kentong"..





Dulu saya tak berani main dengan "kentong" ni..
Sebab bila saya ketuk, abah cakap ketukkan "kentong" saya tu bukan nak bagitahu orang dah masuk waktu buka, tapi nak maklumkan ada orang mati..hehe
Kenapa dipanggil  "kentong" ? Entah..orang jawa memang panggil macam tu kot..

Lepas tu, saya dan abah akan buka sama-sama..
Bahagia kan keluarga saya?

Ya, selamat berbuka semua:)












Al-Fatihah untuk Abah

Babai Syaithon!

20.7.12 7 Comments A+ a-


Bismillahi Rahmani Rahim


Maghrib | 7.24 pm | 30 Syaaban 1433 H


























Selamat Berpuasa ya semua :-)

Ilham Berangan

19.7.12 6 Comments A+ a-


Bismillahi Rahmani Rahim


Nak tahu tak?
Saya ada sejenis tabiat yang istimewa..
iaitu bila err..Apa?!!

.
.
.
.
.
.
.
.
.
Anda kena tahu yang saya tak peduli anda nak tahu ke tak..
jadi saya mohon sambung balik ya..hehe..
Ok, saya bila saya nampak lukisan yang cantik2..
atau terbayang idea untuk melukis kan..





 ..saya mesti..















Saya akan lukis atas angin dengan jari telunjuk..ikut gaya lukisan tu..
Tak tahu kenapa, tapi saya rasa ia membantu skill melukis saya..
Dari segi apa ia membantu saya kurang pastilah kan..
Tapi syok..rasa feelingnya..hehe















Kadang2 tak perasan pulak ada orang perhati..
" I'm not insane, my mother had me tested! "









p/s : berangan itu seni - Prof Anon Nymus

Entri Untuk Emak : Tepung Goreng Sambal Tumis

13.7.12 5 Comments A+ a-


Bismillahi Rahmani Rahim


Hai semua:)

Saya suka balik kampung sebab balik kampung adalah sangat seronok. 
Balik kampung lagi 2-ronok kalau adik beradik dan anak buah yang ramai-ramai pun turut serta balik kampung. 
Ya, saya tak salah tulis ramai-ramai, sebab memanglah tersangat ramai pun keluargaku.
Dan balik kampung laaagi beronok-ronok kalau cuti yang diluluskan oleh ketua jabatan  diambil lebih lama.. 

Alhamdulillah, minggu lepas saya dapat meluangkan masa (tak payah bajet bizi sangat boleh?) untuk balik ke kampung terechentha. 


Kampung saya sangat maju dan berdaya saing, rakyat hidup dengan aman makmur bersatu padu seia sekata sehati sejiwa. Perjalanan balik amat mengasyikkan. Jem di seremban dan di Nilai tak henti-henti menggamit perasaan ini. Terima kasih Plus kerana menaja perjalanan yang tak dapat dilupakan selama ini. 
Kat area Ayer Keroh ada lubang kat lorong memandu perlahan, mohon PLUS ambil maklum.





Sobs sobs..
Terubat rindu di jiwa bila dapat memeluk ibunda tercinta setibanya diteratak usang ini.
Ya, kat rumah memang saya cakap jawa English London.





 Selain itu, saya dapat menikmati tiupan angin yang mendamaikan dari kebun getah dan pokok sawit belakang rumah.
Oh, harum mewangi baunya. Saya suka. Saya memang membesar dengan bauan ini.
Nama dari kiri ke kanan : saya dan beruk





Main futsal depan rumah dengan anak jiran sebelah dan anak buah memang suatu kemestian.
Kaki saya sering menjadi mangsa tendangan mereka. Tak pasti kenapa. 
Mungkin teknik gelecekan saya membuatkan mereka "jaki" agaknya.
Menonton soccerkid telah membuatkan skill saya makin improve




Tapi..




Yang paling best...




bila balik kampung...




ialah...




Tak lain tak bukan...




Sarapan kegemaran saya..










Goreng tepung VS Sambal Tumis buatan aslii emak 
...adunan doh dari tepung gandum cap kapal sauh asli..

Di campur dengan hirisan bawang dan ketulan kentang segar dipotong empat segi yang dibeli dari kedai Mat Noh

Diuli bersama-sama ikan bilis yang telah dibuang tahinya..dan kepalanya juga..

Di goreng rangupp dengan minyak masak cap buruh 5L

Dicecah dengan sambal tumis merah bertelur puyuh..

Pasti menggamit pengeluaran saliva anda.

Terima kasih emak atas tajaan sarapan yang sedap itu. Masih terbayang-bayang lagi ni emak..hehe




p/s : Ibu mithali ibu yang sejati



Y U No Hatrick Yesterday Rozaimi ?

4.7.12 10 Comments A+ a-


Bismillahi Rahmani Rahim



Sila klik lagu ini untuk penghayatan penuh sebelum memulakan pembacaan.
Lirik yang di BOLD kan adalah lirik yang berkaitan dengan entri, selebihnya sila abaikan.


Kuterima semua ini
Sudah kehendak takdir Ilahi

Berakhirlah semua kini
Episod cinta ini...
Menjadi sebuah memori

Dan jangan ada benci
Tika kesal menggamit hati
Tika segan menyentuh jiwa
Anggaplah lumrah dunia


EPISOD CINTA - boboy





Sedih beb..sedih..hati saya luluh lepas dengar berita :






 Perasaannya macam (takdelah macam ni sangat pun sebenarnya..heh)

















Alahai la poyo..tak adalah sampai nangis pun..tak kacak betul..hahaha..
Tapi..
Sedih la Harimau Muda kalah semalam..
Mintak2 la Malaysia lepas jugak dapat jadi team ke-3 terbaik untuk qualified..



p/s : Y U No Score hatrick yesterday Rozaimi?

Tips Hilangkan Ngantuk Masa Meeting ?

3.7.12 2 Comments A+ a-


Bismillahi Rahmani Rahim


Disebabkan kerja saya banyak berkaitan dengan pengurusan, jadi antara agenda utama yang mengisi 
diari kerja seharian saya ialah meeting..ya, meeting..

Meeting adalah seronok..kita boleh berkongsi idea dan mencapai kesatuan bersama untuk menghasil keputusan yang tepat dan jitu demi masa depan semua kakitangan.....kot?

Meeting juga seronok kerana..medium ber-aircond yang menghawadinginkan keadaan bilik adalah medium terbaik untuk para syaitan membubuh celak dimata, lalu melahirkan bibit bibit mengantuk....huarghhhh!







Ini tidak bagus langsung kerana boleh merencatkan perkembangan produktiviti saya !
Apa guna pergi dapur panaskan air pagi2 dan membuat minuman bijirin oatmeal kalau ini hasilnya bukan?


Tapi...


Saya dah bersedia menghadapi kemungkinan ini..bila meeting mula je, telinga saya
mencapang untuk mendengar isi meeting, tangan kanan saya pula akan bergegas membuka penutup pen Unipin 0.1 berdakwat hitam basah untuk memulakan contengan..
Macam biasa, efek di belakang dengan bunyi "zingg!!" adalah wajib





Oh Tidak! Tidak! dan Tidak!
Ini tak termasuk mengular ya..setiap orang ada cara masing-masing tamao bagi ngantuk kan masa meeting..
Jadi ini cara saya..
(alasan nak menghalalkan saya gian menconteng?haha..well said..)







Seterusnya ialah hasil catatan minit lukisan saya sepanjang meeting..

Ini Wolverine versi Malaysia..Terserlah betul keJAWAannya..









Batman juga versi Malaysia..Dia memegang replika batman yang digunakan untuk lempar-lempar tu..









Ini Superman versi tak cukup sifat..Tangan malas nak lukis lantaran dah fedup lukis Logo "S" kat dada tak jadi-jadi..





Heh..Ini lukisan yang membuatkan saya rasa macam "Wah, awesome juga kalau macam ni"..
Keluang Man dan Si Montok!









Ini adalah wajah-wajah yang mengganggu fikiranku tiba-tiba terlintas di fikiran saya, dan diabadikan oleh tarian tangan saya..








Oh, saya diminta untuk merekacipta penanda buku sempena pameran keselamatan minggu depan..
Jadi, tempoh kemengantukkan ini tidak disia-siakan untuk mencari idea..
Boleh nanti balik ofis tacap2 sikit..hehehe..





Dan masa pun terus berlalu dengan saaaangat siput...






Di akhir meeting sebelum jamuan :
Kita fahamkan je isi meeting tu..kalau tak faham nanti boleh rujuk minit mesyuarat..
heh heh...bijak bukan?







p/s : Saya nak tegaskan yang saya pekerja cemerlang!:D