12 Perkara Yang DILARANG dilakukan Semasa Sukan SEA!!
Bismilllahi Rahmani Rahim
Hai semua ;) lama tak update blog annoying ni..hehe..
Hasil daripada mesyuarat Jawatankuasa Annoying Malaysia berdasarkan analisa sepanjang sukan SEA berlangsung, jadi aku nak kongsikan 12 perkara annoying yang dilarang dilakukan semasa sukan SEA pada anda semua..enjoy..:)
1 ) DILARANG menaikkan bendera Malaysia yang kurang jalurnya..tak belajar lukis bendera masa subjek Kajian Tempatan ke?..
2. DILARANG mengejek, menghina dan menge BOOOO lagu Negaraku
pasukan yang bertanding...
pasukan yang bertanding...
It is just disrespectful..Pe'el (perangai) siapa kau ikut ni?..
3. Pesilat Indonesia DILARANG mem flying kick jurulatih silat Vietnam yang sedang mengemukakan bantahan kepada para Wasit yang buta mata hati..
4. Pesilat Indonesia DILARANG mencuri2 gigit bahu pesilat Thailand pada perlawanan akhir silat kategori 50kg..
Yang ini memang aksi yang patut dicaruti..
Yang ini memang aksi yang patut dicaruti..
5. Pesilat Indonesia DILARANG bermain nyorok2 di belakang Wasit dari Singapura walaupun anda mendahului kutipan mata...Kau salah kategori kot..ini silat la..bukan hide & seek ..
6. Penyokong fanatik Indonesia DILARANG membakar kaunter tiket yang kehabisan tiket perlawanan final bolasepak yang membabitkan perlawanan antara Malaysia dan Indonesia...Kalau bakar kaunter boleh dapat tiket ke?..Ini pun aksi yang patut dicaruti..
7. Penyokong Indonesia DILARANG membakar bendera pasukan Malaysia selepas pasukan Malaysia menang ke atas pasukan Indonesia...Bakarlah bendera Indonesia, dah TIMNAS kau yang kalah..
8. Penyokong Indonesia DILARANG menghalang laluan bas yang membawa penyokong dan pemain Malaysia yang dalam perjalanan ke Stadium Bung Karno...Langgar je encik driver..
9. Pasukan keselamatan Indonesia DILARANG untuk menghalang Ong Kim Swee berhubung dengan pembantu jurulatih pasukan Malaysia di bangku pemain sama ada melalui walkie talkie, telefon mahupun nota latih tubi..Kesian sikit dengan tukang urut pasukan Malaysia yang menjadi Posmen selam 90 minit..Jenuh nak turun tangga stadium tu tahu..Dah dia kena urut diri sendiri..Abang memang macho la masa turun tangga tu :)
10. Pasukan keselamatan Indonesia DILARANG menghalang Ong Kim Swee meraikan kejayaan anak buahnya yang menundukkan Myanmar 1-0 pada separuh akhir bola sepak sukan sea...Kan dah habis game, jadi penggantungan pun habis la..ini provokasi tahap tak matang namanya..
11. Pasukan Doping Control DILARANG untuk mengambil sampel air kencing random pemain Malaysia yang sedang meraikan kejayaan membuat sup garuda masak stim di Stadium Gelora Bung Karno...Kau dah habis idea nak provoke, lagi nak buat macam ni..pasukan Indonesia lagi patut kena doping test..laju semacam je wing dia tu..
12. Pasukan Keselamatan Indonesia DILARANG menyediakan Barracuda untuk pengangkutan pergi dan balik pasukan bolasepak Malaysia dari Hotel Sutan ke Stadium...Kalu ada aircond dalam Barracuda tak apalah juga..Panas kau tahu tak dalam tu..
Apapun...........................................Terima Kasih Indonesia..
Cacian, maki hamunan, hinaan, cercaan, ejekan tanpa penat dan berbelah bahagi para penyokong tanpa tamadun Indonesia telah menjadi minyak petrol dalam tangki pasukan bolasepak kami..Kami tak annoying pun;D haha..Kan doa orang teraniay didengari Allah:)
Tahniah sangat pasukan Malaysia..bukan mudah nak dapat 2 kali johan berturut2..
TANAH TUMPAH DARAHKU...ORIGINAL MADE FROM 1MALAYSIA..
p/s : respect the game
12 komen
Write komenhahaha..tersangat la lawak..:P
Replyberkenaan point no7 tu, rasanya pernah terjadi gak kejadian bakar membakar ni kat malaysia tahun lepas, bukan perlawanan antarabangsa tapi perlawanan antara pasukan dalam negara...
Replytak bertamadun langsung.
yup..antara pasukan negeri pun ada yang saling bakar bendera..sangat tak hormat pada game ok..yang kalah kenalah terima hakikat..dan perbaiki..bukan bikin panas line..tak kena cara tu :)cool man..~
ReplyAs Salam bro Nuar, CLOG bro semakin mantap. Tak sangka. Tahniah & semoga terus BERJAYA :-)
ReplyDJ IDRIS ~ fb/IDRIS.DJ
As Salam Bro Idris..thanks for viewing my CLOG:)semoga bro berjaya juga~
Replysentap gua baca entry nii... haha.. pape pun game best tuh
Replymemang best... dan mcm betul je ..hehehe ... jgn bakar rumah aku cukup ...
Replygua pun sentap jugak bila baca balik:D hahaha..tulah,kau janganlah nyorokkan tiket bola dalam rumah..kang diorang dengar,kena bakar nti:D
ReplyHHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!!!!! SUMPAH LAWAK GILER!! XD
Reply:) semua pun dari fakta yang berlaku masa sukan SEA:) hehe..
Replymemang dajjal level max r...
Replymaen kotor...
aku geram time bola aritu...
wisel foul dah dibunyikan, tapi player indo still tackle pemain kita, xde kena kad lak tu...
ish, susah sgt tmbah lgi satu syarat. pemain indonesia tidak dibenarkan mghadiri apa2 kejohanan yg berlangsung di malaysia dan pemain malaysia berhak memboikot mana2 kejohanan di indonesia. full stop. peace 4 mlysia, hell 2 indon :)
Reply