K-Drama | Sepasang Kasut Itu Part IV
Bismillhi Rahmani Rahim
Lama tak bersambung K-Drama ni sebab kartunster dijangkiti "virus" tanda seruan di setiap gambarnya..
Cuma K-Drama je yang rajin di upload balik..
Yang lain karang-karang la ok :)
Klik untuk episod sebelum ini
seperti yang dijanjikan :
K-Drama | Sepasang Kasut Itu Part IV
Alhamdulillah..
Aku ditawarkan ke sekolah asrama penuh atas keputusan yang cemerlang..
Asrama penuh?Wah, tak pernah terfikir berjauhan dengan Ummi dan Ayah..
Aku tak nak..Siapa nak jaga mereka?
Tapi Ummi suruh pergi..dia kata kalau tak kerana diri sendiri, pergilah demi Hayyan..
Ummi ni..tahu-tahu je aku ni lemah kalau dengar nama Hayyan :(
Jadi, aku pergi jugak ke sekolah tu..
Aku tekad nak belajar sungguh-sungguh..amik exam cepat-cepat..
lulus cemerlang..masuk U..kerja gaji besar-besar..tolong keluarga..
Pagi tu, lepas gotong-royong bersihkan asrama, aku tersentak bila..
Aku bersiap untuk jumpa tetamu tu..
Tapi aku terpinga-pinga..
Siapakah?
Aku tersentak..
Mata ku genyeh-genyeh untuk memastikan aku tak ngigau..
Aku cam susuk tubuh yang semakin mengurus tu..
Susuk tubuh yang ku rindui sekian lama..
"Tahniah Kak Long dapat masuk asrama:)" ujarnya..
Aku terpana..
Wah!! betapa aku merinduinya..
"Hayyan tengah comot ni, kalau nak peluk peluklah biar kita kotor sama-sama" ujar Hayyan
Berderai hilai tawa kami..
Hari tu memang bahagia..
Hayyan banyak bercerita pengalamannya..
Aku jadi tukang bunyikan "hahaha" je..
Tapi..Aku masih tenggelam dalam lamunan..
Tak percaya Hayyan datang melawat..
"Err..Hayyan bila nak balik"..aku memecah celoteh Hayyan..
Dia membisu..
Aku tunduk serba salah..
Macam tak kena je timing soalan aku..
Tiba-tiba Hayyan bersuara semula..
Topik yang tiada kaitan langsung dengan soalanku..
"Hayyan tengok ramai perempuan pakai yang macam ni sekarang..
Trend kot..Jadi, Hayyan belikanlah" sapanya..
"Selamat Hari Jadi ya Kak Long"
Aku rasa macam dipetir melihat pin rama-rama comel merah jambu tu..Sebab..
Luluh hati aku tengok tangan yang berparut, luka-luka dan pelaster tu..
Aku tak sedar entah bila..
Aku mendakapnya erat-erat..
Aku tak hirau orang lalu-lalang yang pelik tengok aku peluk budak comot..
Terima kasih Hayyan..
bersambung atau dalam englishnya to be continue..