K-Drama : Sepasang Kasut Itu Part II
Bismillahi Rahmani Rahim
Klik sini untuk membaca Sepasang kasut itu Part 1
Saya upload cepat sebab dah buat beberapa siri kat kampung:)
K-Drama : Sepasang Kasut Itu Part II
Sejak hari itu dialah yang sentiasa menjadi tempat Ayah melepaskan geram..
Kesemua kesalahan mesti Ayah tuduh Hayyan..
Walaupun aku yang buat..Tetap semuanya dibahu Hayyan..
Maafkan akak sayang..
Tapi..sedikiit pun..
Hayyan tak pernah membantah bila dimarahi..
Tak pernah sekali pun Hayyan mencebik, merungut, meninggikan suara..
Apatah lagi merotan Ayah diam-diam masa Ayah tengah tidur..
Berbanding dengan akak, kau sebenarnya anak yang baik Hayyan..
Aku ingat lagi..
Bila suatu hari, Ayah kemalangan ditempat kerja..
Doktor sahkan ayah tak dapat bekerja seperti biasa..
Kami sekeluarga menangis..Tapi Hayyan tak..
Tapi jauh disudut hati..
Aku tahu..Hayyan bukan tak nangis sebab tak sayang Ayah..
Tapi Hayyan tak nangis sebab terlalu sayangkan Ayah..
Kau penipu Hayyan..kau penipu!!
Kita pergi sekolah jalan kaki sama-sama..
Tapi..
"Hayyan ponteng sekolah setengah hari sebab nak tolong kita sekeluarga kan?..
Kawan-kawan yang bagitahu akak.." marahku..
Bila aku berkeras ingin menyuruhnya jangan ponteng, Hayyan marah..
Dalam keluarga kita, Kak Long je yang pandai..
Adik bodoh!"..ujarnya..
Manik manik di mataku berjurai lagi..
Semua kerja Hayyan buat..
Dari angkat kotak kat Kedai Runcit Cik Yah, bersihkan semak belakang rumah Kak Som,
sampailah petik kelapa kat kebun Wak Abon sebab monyetnya demam semua kau buat..
Kau terlalu muda untuk buat semua ni Hayyan..Tapi kau mengerti..
Duit upah tak sesen pun Hayyan pegang..
Semua kau bagi kat Ummi..
Dari dalam bilik aku terdengar kau kata..
Kau penipu Hayyan:(
Dengan duit itulah Ummi guna untuk belanja rumah dan belanja ubat Ayah
yang semakin uzur..
Dengan duit itulah kau gunakan untuk belanja sekolah akak..
Kenapa aku tak sekuat dan setabah kau Hayyan?
Bersambung...