Request Yang Tak Disangka
Bismillahi Rahmani Rahim
Salam semua:)
Eh, kenapa ada yang nangis ni?
Dahlah, janganlah nangis lagi Datuk Lee Chong Wei tak dapat emas ok..
Oh, nangis sebab tak dapat makan Baskin Robben free rupanya..
..tak ikhlas betoi sokong...hahaha..
Ok ok, harap entri ini dapat menghilangkan kedukaan kamu semua ya:)
Hari tu saya ada buat entri 3 Tahun Perkenalan Terindah:)
Ingat tak ingat tak?:D
Sebenarnya, saya tak sangka pula ada yang berminat gaya penceritaan macam tu..
Jadi Puan Norina pun request untuk saya lukiskan cerita cinta beliau dan suaminya..
Katanya nak guna untuk kad hari rayanya nanti..
Alhamdulillah saya sempat juga siapkan..
Saya ada minta izin publish lukisan ini daripadanya untuk dikongsi dengan semua dan beliau setuju..
Jadi, inilah hasilnya yang tak seberapa itu..
Tulisan oleh beliau sendiri dan lukisan oleh saya..
Justeru, nikmatilah Baskin Robben entri ini:D cewah..haha
Ketika aku sedang berduka..tiba-tiba aku dapat kekuatan
[kena kahwin by 2011 ni..tapi dengan siapa ye?]
Aku SMS kakngahku..
..nada sms tu agak desperate, tapi aku tak peduli.
[Ngah, ko ada kawan yang single lagi tak?]
Tak sangka pulak terus dibalasnya..detail betul maklumat dia bagi.
Ya Allah. mudah mudahan ini permulaan yang baik
Bermesej dimuka buku sehingga 2 pagi
2 bulan berkenalan tanpa mendengar suara..
[tak telefon langsung, cuma sms dan mesej diFB sahaja]
Masa first date aku dah niat..
Ya Allah, kalau aku serasi dengannya maka aku akan teruskan dah mohon dipermudahkan..
..jika tidak, ini ialah pertama dan terakhir aku berjumpa dengannya
Lepas 3 bulan dia ajak aku kahwin..aku senyap je tak bagitahu ibu abah aku
[aku kirim doa dimudahkan jodoh masa diorang pergi Mekah]
Syukur tak terhingga sebab diorang bagi lampu hijau
Walaupun kami banyak kelemahan, tapi saling belajar memahami
Walaupun terpisah laut China Selatan tapi itu penguat cinta kami
Moga kami saling berkasih sayang sampai ke syurga..
Terima kasih atas perkongsian ini..
Harap beliau dan suaminya sentiasa bahagia..
Harap kamu kamu semua suka juga ya:)
Harap kamu kamu semua suka juga ya:)
p/s: Ada yang teringin nak tempah juga ke?hehe:)
21 komen
Write komenwaaa.. da boleh bt story book untuk org kawen ne tp versi katun.. ermm rasanya xda org bt lg kot
Replyhahah boleh buat satu bisnes ni bro ^_^
Replywah sangat sweet... mohon buatkan aku satu kisah percintaan aku dgn neelofa... btw tahniah puan norina omar semoga puan kekal bahagia bersama suami tercinta sehingga ke syurga
Replywow. best la buat macam ni. leka kejap tengok jalan penceritaan. so sweet. semoga berbahagia diorang berdua.
Replynanti nak tempah jugak la. ihik ihik
Bhai NaZha....
ReplyAmeen... best baca citer tue... hahaha.... ini bisnes baek nih bhai... aper lagi... grab lar...
Gua nak gak cadang mintak lu buatkan... cuma... gua storyline sudah lupa aaa... sudah 14 tahun.... hahahaha
Alhamdulillah, bersykur kepada Allah kerana mengurniakan bakat dan ilham kepada Nazha..terima kasih sekali lagi Nazha..=)
ReplyAmin, thanks noob..
Replytempah tak nak free nak..keh..keh..XD..igt kirah cinta kamu tadi..XD..moga berkekalan ya
Replysweet sweet.. hohohohoho.. XD
Replyterbaik ar bro...
Reply& tahniah puan norina omar semoga puan kekal bahagia bersama suami tercinta ...
Wah, Anzalna ente ank letak mana encek Noob?:D hehe
ReplyAmin juga untuk Puan:)
mangaih..dah 14 tahun encek C++?
Replyhebat..*tepuk tepuk*..haha
14 tahun mesti ada yang suwit suwit kan..bak mai saya lukihkan sini:) hehe
welcome puan:)
Replysweetnya
Replykawan 3 bulan ja?
jelez pulak aku hehe
*kisah
Replypergh.. smart ar
Replysimple tapi rempah ratusnya cukup rasa :P
Serius manis sungguh entri ni semanis Baskin Robbin! ;)
ReplyAku rasa Puan Norina mesti tersengih lebarrrr baca entri ni.. hihi
Bhai NaZha...
ReplyHahaha... banyak yang berperang ala combat dari yang suwit... hahaha... stendet la... tapi hero hindustan kalah dulu.... hehehe
OMG... gua sudah tua la bhai... hahaha.... tapi hati masih muda.... muda belia.... hahaha
amboi..yang suwit2 brader hiddenkan eh..hehe
Replyhehe..kena cepat bertindak bro..
Replyhilang sudah images. wuuwuu
Reply