Tips Hilangkan Ngantuk Masa Meeting ?

3.7.12 2 Comments A+ a-


Bismillahi Rahmani Rahim


Disebabkan kerja saya banyak berkaitan dengan pengurusan, jadi antara agenda utama yang mengisi 
diari kerja seharian saya ialah meeting..ya, meeting..

Meeting adalah seronok..kita boleh berkongsi idea dan mencapai kesatuan bersama untuk menghasil keputusan yang tepat dan jitu demi masa depan semua kakitangan.....kot?

Meeting juga seronok kerana..medium ber-aircond yang menghawadinginkan keadaan bilik adalah medium terbaik untuk para syaitan membubuh celak dimata, lalu melahirkan bibit bibit mengantuk....huarghhhh!







Ini tidak bagus langsung kerana boleh merencatkan perkembangan produktiviti saya !
Apa guna pergi dapur panaskan air pagi2 dan membuat minuman bijirin oatmeal kalau ini hasilnya bukan?


Tapi...


Saya dah bersedia menghadapi kemungkinan ini..bila meeting mula je, telinga saya
mencapang untuk mendengar isi meeting, tangan kanan saya pula akan bergegas membuka penutup pen Unipin 0.1 berdakwat hitam basah untuk memulakan contengan..
Macam biasa, efek di belakang dengan bunyi "zingg!!" adalah wajib





Oh Tidak! Tidak! dan Tidak!
Ini tak termasuk mengular ya..setiap orang ada cara masing-masing tamao bagi ngantuk kan masa meeting..
Jadi ini cara saya..
(alasan nak menghalalkan saya gian menconteng?haha..well said..)







Seterusnya ialah hasil catatan minit lukisan saya sepanjang meeting..

Ini Wolverine versi Malaysia..Terserlah betul keJAWAannya..









Batman juga versi Malaysia..Dia memegang replika batman yang digunakan untuk lempar-lempar tu..









Ini Superman versi tak cukup sifat..Tangan malas nak lukis lantaran dah fedup lukis Logo "S" kat dada tak jadi-jadi..





Heh..Ini lukisan yang membuatkan saya rasa macam "Wah, awesome juga kalau macam ni"..
Keluang Man dan Si Montok!









Ini adalah wajah-wajah yang mengganggu fikiranku tiba-tiba terlintas di fikiran saya, dan diabadikan oleh tarian tangan saya..








Oh, saya diminta untuk merekacipta penanda buku sempena pameran keselamatan minggu depan..
Jadi, tempoh kemengantukkan ini tidak disia-siakan untuk mencari idea..
Boleh nanti balik ofis tacap2 sikit..hehehe..





Dan masa pun terus berlalu dengan saaaangat siput...






Di akhir meeting sebelum jamuan :
Kita fahamkan je isi meeting tu..kalau tak faham nanti boleh rujuk minit mesyuarat..
heh heh...bijak bukan?







p/s : Saya nak tegaskan yang saya pekerja cemerlang!:D

2 komen

Write komen
Aujinz
AUTHOR
July 4, 2012 at 3:11 AM delete

gahahahhaha... saya tak boleh nak menconteng masa meeting, sebab meja terlampau bulat.. kiri kanan ada mata yang mrlihat..koh koh koh

Reply
avatar
nazrul ali
AUTHOR
July 5, 2012 at 3:45 AM delete

cucuk mata orang sebelah kemudian sambung conteng dengan tanpa bersalah ok..:D

Reply
avatar