Bertabahlah Selangor :(

31.1.13 18 Comments A+ a-



Bismillahi Rahmani Rahim


Reupload entry





Woha...Bestnye esokk!





























Esok cuti umum Hari Wilayah..
Boleh rehat-rehat, jalan-jalan, makan-makan, pergi sembahyang jumaat..eh?
Untunglah siapa kerja kat KieL keh keh keh..

Konspirasi Tempahan !

29.1.13 20 Comments A+ a-




Bismillahi Rahmani Rahim




Hai semua:)
Takdelah konspirasi sangat pun..
Saja guna kata kunci konspirasi sebab nanti untung2 sangkut kat googlesearch bila orang carik pasal teori konspirasi...
Kan orang Malaysia suka konspirasi2 ni..bijak bukan saya keh keh :D

Baik! Dalam entri sebelum ini, ada beberapa soalan menarik yang rakan-rakan pembaca tanya..
Jadi biar cikgu jawab semua soalan konspirasi itu ya..



Macam biasa, cikgu kenalah berdehem dulu..
Takkan nak tunggu buang air baru boleh berdehem..









1) Soalan pertama

Cikgu ada sebuah tablet berjenama Genius yang harganya sederhana mewah kalau tak silap..
Dibeli semasa ekonomi negara dalam keadaan menguncup tahun 2010..
Masa tu tengah berkobar2 darah muda cikgu nak lukis guna tablet..
Beli di Lowyat dengan kos RM2++ tak termasuk kos pengangkutan, kos makan dan lain-lain..
Cikgu lukis menggunakan software free GIMP..
Balik rumah, mata terasa bersinar sebab kagum impian nak lukis kat laptop tercapai..
Diri ini terasa jakun sangat dan terus eksplore cara penggunaan..
Plastik pun tak tanggalkan..punyalah sayang heh heh..

Ku sangkakan hujan sampai ke petang, rupanya panas terik di waktu maghrib..
Cikgu rasa sedikit buang masa lukis guna tablet..
Kalau 1jam lukis guna manual, cikgu boleh buat 2 muka surat komik, tapi dengan tablet tu 1jam baru siap outline luar je -___-

Makin lama, cikgu beralih kasih semula ke manual..
Tablet dimasukkan semula dalam kotaknya..
Tablet tu cuma guna kalau cikgu nak buat potret ke karikatur ke sahaja..

sampailah sekarang..
sedih kan kisah Tablet yang Genius ni..
Err, ada yang nak angkat tak genius tiri ni?:D
Masih baru lagi tahu..percuma signature cikgu bah hah hah..









2) Soalan kedua
Err..rasanya stroke encek fqemo lagi hebat rasanya..
Boleh klik blog vector encek fqemo yang ahsom ini kengkawan :)









3) Soalan ketiga..
(cikgu tak faham kenapa cikgu nak tulis "3)'' padahal memang merujuk ketiga pun)
Pelukis yang selalu dirujuk ialah Akira Toriyama dan Eiichiro Oda..
Akira minat sejak sebelum sekolah, Eiichiro minat sejak sekolah menengah..
Memek muka kartun mereka memang superb!








Ok, berhenti jadi cikgu..bertukar menjadi nazha semula!
Hiyapp!!
Saya ada menerima tempahan membuat kartun daripada rakan-rakan maya..
Bayangkan 2012 tempah, 2013 baru siap..setahun tu..
Dah lama pending baru sekarang ada masa nak buat..
Maaf ya kalian..




Pemenang untuk GA yang dibuat oleh Blog BuasirOtak









Encek Aizatza
Tempahan terus melalui emel









Blogger jawa !




Nasib baik guna manual..
Kalau pakai tablet tahun depan baru siap kot heh heh:D

Tutorial Kartun

24.1.13 21 Comments A+ a-



Bismillahi Rahmani Rahim



Entri ni dah lama nak buat..tapi asyik tergantung tak bertali je..
Tapi nasib baik gigih juga nak siapkan:) hoff hoff hoff..



Saya dapat beberapa komen dari kawan-kawan blogger yang hebat tentang macam mana saya lukis kartun dalam Klog ni..









Nak tunjukkan tutorial melukis macam tak berapa sesuai sebab kesedaran diri ini yang taklah terer mana pun:)
Tapi insyallah lain kali boleh je ajar nak lukis kartun ok..
Jadi hari ni, Cikgu Nazha nak tunjukkan macam mana entri dalam Klog ni dihasilkan..
Cikgu Nazha ok keh keh keh..Nak berangan kejap..
Sediakan pensil dan kertas untuk tulis resepi ni ya pelajar-pelajar sekalian :D lulz









1) Kena cari idea dulu nak lukis apa..tak perlu rushing..
Ambil sedikit mood kalau perlu supaya nanti idea tu datang ikut flow je ok :D









2) TING!!..
Buat gaya macam konon-konon ada mentol tengah menyala kat atas kepala bila dah dapat idea..
Jangan tanya cikgu kenapa perlu ada mentol..









3) Jangan teruja lebih-lebih..
Hati-hati dan tengok sekeliling dulu supaya tak terjadi kejadian yang tak diingini..









4) Cikgu lagi suka gunakan kertas A4 yang terpakai supaya tak membazir..
Statistik perhutanan menunjukkan, >15000 pokok ditebang setiap hari untuk kegunaan kertas kita..
Ia boleh menjejaskan sistem oksigen!
Macam mana kita nak bernafas nanti kalau pokok-pokok banyak ditebang?!!!
......
Ah, maaf cikgu terberangan jadi cikgu sains pula.." " 










5) Anak-anak lukis guna pen apa?
Ni koleksi pen yang cikgu wajib bawak ke mana-mana..
- pensil picit-picit PENTEL SHARPLET 0.5
- Pen DR PILOT 0.1
- Pen UniPin 0.3 
- Pemadam Stabilo kaler hitam









6) Kemudian, lukis apa yang kita imaginasikan tadi atas kertas tersebut..
Tak payah poyo sangat macam cikgu ya:D









7) Lihat figura dibawah dari kiri ke kanan
- Mula-mula lukis guna pensil Pentel
- Lukis balik guna Pen DR PILOT 0.1..Ya, cikgu suka mata halus-halus..
- Padam guna STABILO hitam tersebut..
- Shading balik guna pensil dan Pen Unipin 0.3..
Cikgu suka pakai pensil je, jimat dakwat keh keh..









8) Bolehlah scan lepas tu..
Dan sekali lagi tak perlu poyo sangat masa scan..
Maafkan cikgu kerana teruja sangat..









9) Proses mengedit
Cikgu guna software paling canggih untuk edit kartun-kartun ni iaitu Paint..
Ya, paint biasa je..nak guna photoshop, paint tool sai semua memang cikgu punya otak tak cukup RAM lagi..









10) Muatnaik
Cikgu gunakan IMGUR.com untuk muatnaik kartun-kartun tersebut..
Sebelum ni pernah guna Picasa tapi lepas kena buatan orang terus tak guna lagi..


11) Akhir sekali, cikgu akan muatnaik gambar tersebut dalam Klog ini dan tulis merepek-repek sebelum entri diterbitkan:)



Jadi, tu je yang cikgu nak kongsi, nak cikgu bagi homework ke?
Tak payahlah ek..Penat cikgu nak rait nak bagi bintang semua nanti heh heh heh..
Kalau ada soalan boleh tanya cikgu kat bawah ok..
Harap perkongsian ni bermanfaat untuk cikgu dan anak-anak sekalian..





























Kesian tablet Genius ni dianaktirikan..
Maafkan daku..sarangeoh..eh..?

Nabi Anak Yatim

22.1.13 12 Comments A+ a-



Bismillahi Rahmani Rahim




                  


Masa kecik, saya sekolah agama waktu petang..
Cikgu yang ajar sirah ialah cikgu paling garang masa tu iaitu Cikgu Mahmud
Mukanya nampak kudus tapi kalau kita buat spoil, dia akan bubuh signaturenya kat tepi pusat kita tanpa sebarang keraguan..fuhhhffuu

Satu hari, beliau cerita tentang Nabi Muhammad yang yatim piatu sejak kecil..
Saya dan seisi kelas rasa macam..



Kalau dengar lagu Al-Mizan yang bernada kasihan tu lagilah bertambah-tambah kasihan:(
Cikgu Mahmud pun ajar kami cara berselawat ke atas nabi..
Banyak manfaatnya rupanya tahu selawat ni:)




Salam Maulidur Rasul
Jom banyakkan selawat ok..
Entri respon dari blog Peti Harta Karut






Seni 20 Sen

17.1.13 22 Comments A+ a-




Bismillahi Rahmani Rahim




Budak zaman internet segera listen listen listen let me speak sekarang sangat kerek..
Bila nampak duit syiling bersepah mereka akan pun buat dek..
Kalau bagi duit raya seringgit dua, biasanya dibalas dengan cebikkan berbanding terima kasih..
Aku masa kecil sangatlah tak dimanjakan dengan duit berbanding rotan..
Kalau nak beli aiskrim kena cari pendapatan sendiri..
Aku pergi bawah rumah dan melakukan aktiviti korek-korek dan kuis-kuis tanah..
Mana tahu untung-untung jumpa dua posen abang aku punya yang jatuh dalam lubang kayu tapi malas nak ambik..boleh beli aiskrim batang kat kedai Cik Yah tahu..
Masa tu, dua posen rasa sangat kaya dan mewah:)
boleh 2 batang eskrem..atau 5 bijik gula-gula..atau roti bun kaya..






2 posen juga boleh jadi hasil seni menarik setaraf picasso kalau kita bijak..
Aku sedih sebab seni ni makin pupus:(

Cara-caranya.. 

1) sediakan kertas kosong - muka tengah buku latihan matematik adalah digalakkan..









2) Pensil gambo kartun-kartun yang diasah dengan pisau lipat hingga tajam









3) Tindihkan kertas atas duit 2 posen








4) Lorekkan hingga sekata sambil goyang-goyang kaki









5) Kembangkan serombong hidung









Tadaa:)



Esoknya boleh tunjuk kat cikgu pendidikan seni :)
Kalau tunjuk kat cikgu matematik, masak aku..


Google Doodle

16.1.13 14 Comments A+ a-




Bismillahi Rahmani Rahim


























































Manusia makin tua..
Tapi game tak pernah tua:) rindu zaman-zaman main contra heh heh..

Google ada buat game ala lego sempena kelahiran Frank Zamboni - pembuat Ice resurfer dari US..
Berkat jasanya, kandang tempat main ice skating boleh menjadi licin semula dengan pantas tahu..
Try lah..hari ni je kot boleh main..
Ada syok ma:)






Kalaulah...

15.1.13 9 Comments A+ a-


Bismillahi Rahmani Rahim



Reupload oldskoool entry







Kalaulah...



























































Kalaulah mesin ATM ada perasaan..



Aku jengkel betul orang yang buang sampah merata-rata..