Entri Untuk Emak
Bismillahi Rahmani Rahim
Entri Reupload
Masa kecik, aku sangat kecik..
Tapi aku tak suka diperkecikkan..
Sebab tu aku buli yang lagi kecik bahaha..
Ok, gambar hiasan semata :D
Antara masalah utama masa aku dulu ialah selalu lupa kat mana aku letak semua barang aku..
(Sekarang pun ada masalah ni mungkin?)
Sebab aku genius, petik jari je dah dapat penyelesaiannya..
Tanya kat mak..settle :)
Kehebatan mak ialah mempunyai tahap accuracy atau ketepatan yang tinggi kedudukan semua barang yang ada kat rumah...
biasanya ketepatan dan kejituan mak tak boleh dipertikaikan..
Aku selalu tertanya-tanya betul ke mak ada kuasa mistik yang boleh tahu kat mana barang disorokkan?
Sebabnya aku khuatir mak tahu aku dah kebumikan pinggan jenama arcopal kesayangannya yang aku terpecahkan kat jamban belakang..
"Oh no!" ujarku dalam bahasa Inggeris..
Kuasa ajaib mak tak berakhir disitu...
Semua adik beradik aku mesti akan merujuk kepada emak kalau tak tahu letak barang kat mana..
Mak tak pernah mintak pelembut mahupun pengeras..
Ayat saja cari pasal masa kecik dulu wajib ada:D
Sebab aku anak mak, jadi aku mestilah mewarisi sikit-sikit kuasa mak tu..
Dengan iktiqad (qolqolah disitu ya) yang tinggi, aku berazam untuk mengingati semua barang-barang yang ada kat rumah agar dapat memberi saingan yang sihat kepada emak..
Tapi...
Azam tinggal azam...
Sampai sekarang mak sentiasa menjadi rujukan untuk kes-kes terpencil macam ni..
(terpencilkah?haha)
Justeru
Kerana melahirkan saya....terima kasih emak
Kerana membesarkan saya....terima kasih emak..
Kerana mendidik saya....terima kasih emak..
Untuk segala2nya....terima kasih emak
Dunia Akhirat saya sayangkan emak..
Dedikasi kepada :
Bonda Hajah Sairah Haji Amin
27 komen
Write komensedihnya...
Replyhahahaha. betul. hebatkan ibu kita ni. segala benda boleh setelkan
Replysweet la entri ni
likeeee !! ibu adalah insan yg paling hebat !! :)
Replyhaha..comel je entry ni..emak mmg superwoman.. semua benda dia tahu.. ;)
Replysayang ibu sgtttttt..serius..tanpa diaa..memang sy x blh hidup..uhuk..=/
ReplyBhai NaZha...
ReplyArtikel lu menyebabkan gua rindu kat emak gua la....
Emm..best kan emak ni..so pada yang masih ada mak, gi tipon dia cepat..lagi bagus weekend ni balik la jenguk dia..n jangan lupa doakan ibu bapak kita..kerana itu adalah pintu rezeki..(ada orang cakap ni hadis sahih, WA)..
Replyyang dah xde mak n bapak macam aku, kita kirimkan doa je lah..tu je yang diorang tunggu kat 'sana'..
p/s:lukisan mak yang ko lukis macam muka mak aku..hohoho
tiba-tiba lagu aris ariwatan 1~2~3~ berkumandang... T^T isk. eh. huuu =3=
Replymungkin mak aku yang kes terpencil kot.. haha. tapi beliau tetap jadi tempat tumpuan kitorang 1 family untuk kes-kes lain. ;D
Reply* jangan sampai terlambat untuk cakap kita sayangkan mak kita. waktu tu, tak berguna dah air mata yang mengalir.. ;)
yang kau tulis semuanya lebih kurang sama dengan pengalaman aku
ReplyIbu kita adalah segala2nya..sila lah dtg ke blog sy..http://ajax85.blogspot.com
ReplyRasanya mak2 di Malaysia diorang bertapa 7 hari 7 malam bawah air jatuh tu yg dapat superpower macam ni. wahhh bila baca ni rasa rindu dengan mak :') Hahaha
Replyskrg mak aku dah xmcm ni..
Replyahaa..
hari ni memang hari rindu emak semalaysia:)
Replyvery heartwarming la story ni..ahuhuhu..
Replymeg sampai sekarang absent minded,brg slalu hilang =.=''
Serious dude, aku tersentuh. thanks mak.
ReplySungguh. Tidak ada ganjaran yang mampu dibayar buat ummi/mak/ibu/ bonda mukminah melainkan terus menerus mendoakan kesejahteraan untuknya.Semoga Allah menyayangi nya dalam payungan inayah dan teduhan keampunan yang berpanjangan.
Reply..Dan semoga awak juga perolehi kekuatan sehebat ibu awak dalam hidup ini. =) amin. insyallah...
nazha, kau bukan sahaja dilahirkan dengan bakat melukis semulajadi, tapi sangat berbakat untuk membuatkan orang lain tersentuh... keep it up bro
Replymak adalah segala-galanya kan... btw, kratif la lukisan awak tu.. suka sangat! :)
Replynice ^^
Replyrumah tradisional ko lukis smat ah, simple tapi sempoi ^^
selamat hari ibu sedunia ^^
1 kasih nan abadi tiada tandingi kasihnya ibuu..
Replyok,lagu meleleh:) btw thanks semua
wlupun reupload sy ttp baca...hahaha.mak ni ad kuasa tu sbb dia yg jg kawasan tu.dia yg kemas.dia yg bersihkan.tu yg semua brg dia tahu kat mana..sama la dgn arwah mak dulu...skrg dh bsar ckit bru pham...nape seorg mak blh ingt semua bnda :)
Replyaku terus call mak aku... hahahaha... XD
Replyhuwaaa.. mcm nak menangis plak....
Replysuke entri nie.. teringat mak kat kampung...
ReplyStyle lukisan mmng cun... tp style penceritaan tu lagi gempak!
Replymenyentuh jantung..
Awwww sweeet!
ReplyMak aku pon sama..selalu tahu benda ada kat mana...
Akurasa, siapa jadii mak, memang akan dikurnia kuasa istimewa kot..
Hidup Emak!