Harimau Malaya Kalah Style
Bismillahi Rahmani Rahim
"Ha Ha Ha..Harimau Malaya Kalah Style.."
Ok maaf..S
Saya tahu semua dah annoying dengan parodi Oppa Gangnam..hehe
Wah, dah lama betul tak tulis entri pasal bola..
FYI, saya seorang agak fanatik bola..
Kalau masa makan ada bola, bila ref tiup wisel penamat tu
ngam-ngam je dengan timing saya habis makan..
Kan Cik Buahati saya kan?hehe..
Ok cukup..malam semalam tengok Malaysia VS Vietnam..
Malaysia punya permainan Ya Rabbi Ya Karim..Kuss semangat saya tengok..
Sempatlah jugak buat sikit analisis pasal game Malaysia
Mohon Datuk Rajagobal ambil perhatian serius point-point daripada peminat tegar Harimau Malaya ini..
1. Marking pemain lawan
Bola belum sampai lagi kat boot pemain Malaysia,
pemain Vietnam dah siap-siap marking belakang dah..
Tak bagi can punya..
Tapi bila pemain Vietnam dapat bola..
Oh Mak Kau pemain Malaysia punya marking saya tengok hak alah..
Baik marking kat hujung corner je..
Bukan main luas lagi ruang kau bagi..
2. Kerjasama berpasukan
Pemain Vietnam kalau bawak bola, dari yang penyerang sampai lah pertahanan semua naik atas tolong member..
Keeper pun kalau boleh naik memang dah naik dah rasanya..
Midfield memang pemain Vietnam tapau..
Tapi pemain Malaysia bila member bawak bola,
nak tunggu midfield lain naik, sayap naik macam apa ntah..
Kasihan betul tengok Azamudin Akil dengan Kunanlan penat-penat lari kat sayap tapi takda member nak passing..Bengang betul..
3. Passing
Pemain Vietnam dah macam setail Barcelona dah bila saya amati..
Konfiden pegang bola, main semua short pass je..tapi laju..
Pertahanan Malaysia yang jaga sayap asyik kantoi je..
Tak mengaku pulak..Sapa lagi,awaklah Azmi Muslim..
Pemain Malaysia Ya Rabbi pantang dapat bola..
Semua nak loooooooooooong pass..tak ada orang pun looong pass jugak..
Serius saya tak paham apasal nak main macam tu..bukan nak counter attack pun masa tu..
Kalau short pass pun entah sesape je dia bagi..
4. Kawalan bola
Pemain Malaysia bila nak rampas bola dari Vietnam bukan main payah tahap apa celop bro..
Tapi pemain Vietnam rilek rilek je dapat bola dari Malaysia..
Kadang-kadang tak payah rampah pemain Malaysia sukarela bagi bola dengan hati terbuka..
5. Pertahanan
Serius teruk betul pertahanan semalam..
Jaga pemain Vietnam yang bawak bola je..
Yang 2,3 orang kat belah belakang takda sapa pun jaga..
6. Leka
Ni saya rasa tabiat/hobi pemain malaysia kot..
Kadang-kadang dah leading 2-0 pun kantoi jugak masa 10 minit terakhir..
Sadisnya..
Well, famous quote from FAM as usual..
Walapun 2nd half nampak Malaysia dah ok sikit tapi masih lagi ketinggalan dari segi taktikal/passing etc..
Saya peminat..Mungkin analisa saya nampak noob sangat berbanding hasbullah Awang..
tapi saya meluahkan teguran untuk kebaikan Pasukan Kesayangan Malaysia ni..
Harap ada manfaat untuk Harimau Malaya
Meow..eh, silap..
Aummm!!!
23 komen
Write komensesiapa pun boleh kritik. tapi nak ke diorang dengar ek?
Replysepenaraya.blogspot.com
hahaha. aku ni tak suka bola, tapi bila tengok cara permainan ni, rasa geram pulak.huhu
Replyaku terlepas nak tgklah... huhuhuhuhu...
Replymalaysian futball... what to expect... ada la 10 syafie yg menunggang pun...
Replytu pasai malas nak tgok malaysia main.. inilah sebabnya.. buat tambah dosa maki hamun aje.. hubby saya pun peminat bola.. saya hanya penyokong beliau saja.. beliau fan barca so sy ank beranak pun ikut la skali..huhu
ReplyBila komen tu silalah membina skit macam si Nazha buat ni dalam ruangan entry nya itu,kalau menang dan jadi juara.."OH! sy peminat harimau malaya! aummmm! syabas harimau malaya!Proud jadi anak MALAYSIA! " tipikal komen klise oksi moron orang yang tidak berpendirian.
ReplyBila dah kalah,"hmmmm..pemain Malaysia,apa yg boleh diharapkan(Ko pandai ke main bola sembang JOHN sangat?",,"ermmm,sebab itu sy tidak suka tengok pemain malaysia main,cam hampeh!bek tgk mencester united(si juara kampung,keluar dari KG,jadi santapan pasukan negara lain".. dan pelbagai komen usang pesimis yg boleh dijangka.
Pokoknya disini,suatu rombakkan pemikiran rakyat Malaysia harus dirombak agar mereka tidak menjadi "LALANG" pemikirannya.
Berbalik kepada topik,aku setuju dengan semua point Nazha..tapi siapa tahu ini adalah taktik psikologi rajagopal menjelang AFF suzuki dengan sengaja buat pasukan kebangsaan kalah?
p/s..aku bukan peminat bola,satu2nya sukan yg aku tonton hanyalah game bola when melibatkan pasukan kebangsaan main dgn pasukan negeri.(kalau dorang tengah on top lah)..sebenarnya aku lebih suka mengkritik gaya pemikiran rakyat malaysia apabila berfikir dari isu sebenar sesuatu entry..hhiihihhihi
Dari aspek bentuk analisa n lukisan, boleh nmpak kefanatikan bolasepak mu wahai nazha..aku bukan peminat mahupon penyokong game bolasepak, tapi masih boleh layan kalau ada geng. Btw nice drawings as usual, keep it up ^^
Replyp/s: zack, sesi kasi para komenter butthurt..diteruskan juga tanpa ragu2 selagi hayat dikandung badan..trololoo >;D
Bhai NaZha...
ReplyGua tak tengok bola... gua tak minat bola... gua cuma tengok awek jer... dan gua cuma minat awek jer...
So... gua tabley nak komen mender... komen pasai awek boleh lar... hahahahaa
haha bek saya tgk katun bro dari tgk bola ari tuh
Replyyg pasti game malam tu, aku x tgk..
Replytido..
TERBAIK punya analisa!! ;D
ReplyAku rasa aku nak share link entri kau ni dekat fb FAM. Kau sokong tak? paling kurang dia 'dengar' suara peminat tegar Harimau Malaya.. kan.
betul buat kajian ni..ahahaha
Replyrajin betul siap ulasan bergambar lg tu.
Replyhari tu tengok kejap je. ada keje lain tak sempat tengok habis
Hehehe kalau macam tu aku share dekat fb aku je la..
ReplyTerima kasih sudi singgah ke blog picisan aku. Kalau kau sudi tinggalkan komen/ nasihat/ pendapat lagilah aku gembira.. ;D
aku tak tengok sebab bizi prepare kerja.. tapi aku baca ko punya entri pon dah okeyh.. koh koh koh
ReplyNtah laa..
ReplyAku rasa team kita pantang dipuji..
Menang sekali muka depan paper..
Esok dengar balik, terus kalah 7 kali berturut2..
Agak2, patut asingkan diorg semua dgn media mcam akademi fantasia buat, baru boleh naik kot?
COOLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLL!!!
Replyhamboihhh.. pakar bola kau ni.. ko layak jd penasihat team malaysia utk masa akn dtg..
Replymenariknya katun ni.. aduh.. kelakar weeeeh.. harap benda ni sampai ke FAM
ReplyKah3 terbaik! Aku pun tak berani nk kutuk kaw2 mcm ni haha.
Replyade org FAM terbaca ke? hehe!
Replyheee...sy x minat bola..dan x tgok bola.. kira nih betul2 minat nih..siap buat kajian..hee..
Replyok komen yang begitu membina....
Reply