Diari Suami Isteri 5




Bismillahi Rahmani Rahim













Serius orang lain semua tak pakai payung, padahal panas terik..
Kulit diorang memang dah evolusi lagi tebal sikit kot..
Ke kami yang puteri lilin tak boleh kena panas..

Apa pun, aku sangka baik..mungkin diorang kurang Vitamin D..

Macam-macam betul ragam suami isteri baru kawin ni..hehe




Diari Suami Isteri 4







Bismillahi Rahmani Rahim


So, cerita ni berlaku masa sebelum Ramadhan hari tu..






Bukan sahaja SSF, Ikea juga telah menjadi rumah ke 2 kami..
Itulah sikit2 kisah suami isteri hahaha


Perutusan Raya Kartunster



Bismillahi Rahmani Rahim

Hi guys,
Sebab dah lama tak update, aku rasa kekok gila nak buat entri..
Dan sebab dah lama tak lukis, bila pegang pen rasa macam nak belajar ABC balik pulak haha..

Tahun ni tahun pertama aku berpuasa dan beraya sebagai seorang suami dengan isteri disisi..
Raya berdua beb haha..

Tahun depan Insyallah bertiga pulak aminn :)

Jadi, aku mintak maaf kalau sepanjang berblog ada salah silap dengan rakan-rakan blog kartun dan pembaca kartunster yang lain..
Terutamanya kepada Boss Noob (Buasirotak) dan Aujinz (lanun Ranggi) sebab selalu langgar dateline komik huhu..

Dan mintak maaf juga kalau loading time blog ni lama sangat, maklumlah baru tukar template hihi..

Akhir kata, bawak kereta leklok semua
Jangan menambah statistik sedia ada, baca doa naik kenderaan jangan lupa ok..
Ada masa kita berjumpa lagi dalam blog ni lepas raya :)

Assalamualaikum






Diari Suami Isteri 3






Bismillahi Rahmani Rahim
























































Aku dan Puan isteri dulu belajar kat sebuah universiti tempatan cawangan kelantan 
Universiti tu mutakhir ni glamor sebab masuk Malaysia book of record sebab berjaya susun payung membentuk perkataan LOVE..

Sebab zaman student adalah zaman ikat perut, nasi bajet yang kami selalu makan ialah Nasik Berlauk Kak Wok..
Jadi, sebab area tempat tinggal isteri ada jual nasi dengan tema yang sama, kami pun cubalah dengan harapan ia sedap macam yang kat Kelantan punya..

Tapi, walaupun nasi ni tak sedap macam kami pernah rasa, nasi ni memang mesra rakyat sebab harga dia murah..
Kat Kelantan dulu RM2.50 je..kat Ipoh ni RM3..
Aku panggil ni nasik marhaen..
Punyalah ramai rakyat marhaen beratur tak putus-putus nak beli nasi ni..

Hebat betul penangan Nasik Kak Wok..
Gomo Kak Wok Gomo!



Diari Suami Isteri 2






Bismillahi Rahmani Rahim


Aku dihadiahi sebuah buku sketches oleh Puan Isteri pada episod lepas..
Apakah sambungan seterusnya?

Jeng jeng jeng..






















































Aku dengan Puan isteri memang kuat imaginasi..
Padahal, apa pun belum buat lagi..huhu

Itulah kimia kami :)





Diari Suami Isteri 1






Bismillahi Rahmani Rahim



Hai semua :)

Lama betul tak menulis. Rasa macam segan-segan pulak huhu..
Banyak aku nak cerita ni tapi aku buat entri lain-lain la nanti ye..
Sebab banyak benda yang jadi, aku tak tahu nak mula update daripada mana..

Hmmmm...Ok, aku tahu dah nak mula dari mana!
Aku nak update dengan mintak maaf. Kenapa?
Aku rasa bersalah betul..
Nak dijadikan cerita, aku hari tu up 1 entri masa 29 Februari 2016.



Sebab tahun lompat sangat rare, jadi aku rasa ada satu keperluan untuk aku abadikan satu entri.
Si Cero kalau benda2 rare macam ni memang dia suka..











Tapi, yang jadinya...


...aku rasa macam ter prank orang la pulak..kehkeh
Jadi, maaf la ye
Lain kali aku akan buat entri full tak sangkut-sangkut lagi macam tadi..














Ok, update seterusnya, aku nak bagitahu yang aku dah kahwin hujung tahun lepas:)
Yeahoo!
Alhamdulillahh syukur aku sangat-sangat sebab puzzle dalam hati dah complete..
Masih lagi dalam mood suwit-suwit lagi ni kehkeh..
Buat brader Cero, Aujinz, Ankel Jonni dan yang lain-lain tu gua nasihatkan lu semua kahwinlah..
Confirm lu orang akan rasa damai je jiwa..wohaa...

Tapi, walaupun dah kahwin, aku dengan isteri cuma dapat jumpa hujung minggu je..
Sebab tempat kerja yang berbeza, aku dengan isteri berhubung secara PJJ..
Ok, time ni memang jiwa tak damai langsung! Memberontak, meront-ronta manja semua ada..
Fuhh seksa woo PJJ ni..
Kalau setakat panas EL-Nino ni aku boleh rilek jalan tengahari panas-panas..
Kalau setakat lapar aku boleh pergi kafe beli nasik dengan sayur kalau ayam dah habis..
Kalau PJJ ni azab dia Masya-Allah..Sobs sobs..
Sedih beb..
Ah, yang tu nanti aku update entri lain jugaklah haha..










Ok, ada satu hari masa dating, puan isteri menghadiahi aku satu buku sketches..
Daripada buku tu, aku bercadang nak buat diari bergambo tentang kami..
Yela, nak jumpa pun susah, jadi aku nak abadikan waktu-waktu dengan dia dalam diari tu..
Sebagai tanda aku sangat-sangat-sangat dan sangat menghargai masa kami bersama..

Dan sebab aku pun tak ada masa nak lukis lawa-lawa untuk entri kat sini, 
aku cadang nak upload je apa yang aku lukis dalam diari tu kat sini..
Sekurang-kurangnya, ada soft copy kalau diari tu hilang..


Jadi, kisah dalam diari ni bermula bila kami pergi ke AEON Klebang Perak..

(klik untuk tumbesaan)

Sebenarnya, diari ni pasal apa yang aku dan puan isteri buat je haha..
Apa pun, insyallah lah aku akan istiqomah update ye..

Untuk semua kawan-kawan blogger dan Klogger lain, 
terima kasih sudi singgah dan baca tulisan aku..
Aku mintak maaf jarang-jarang dapat jenguk klog korang sebab masa tak cukup..

Untuk puan isteri, walaupun kita PJJ, ketahuilah yang 
kejauhan inilah yang buat cinta dan rinduku padamu makin mekar..
kejauhan inilah yang buat kita makin appreciate masa kita bersama..
dan kalau kita sabar dan redha, insyallah Dia akan permudahkan kita untuk bersama nanti..
Amin Ya Rabb :' |











Tahun Lompat

Aku saja reserve entri ni sebab tak nak ketinggalan update entri masa tahun lompat ni..
Dahlah 4 tahun sekali..Rugi pulak kalau tak update apa2.haha..

Nanti aku edit balik, kasi entri yang lagi proper..

Lawak Lorong Belakang 4






Bismillahi Rahmani Rahim







Ini adalah tetralogi komik LLB yang ke 4 dan yang terakhir..
Buat masa ni aku belum ada plan nak sambung komik strip ni..
huhu..

Satu, sebab idea takde..
Dua, sebab takde idea..

Untuk yang bertanya kenapa komik2 strip ni kena rejek, aku pun tak tahu..
Tapi mungkin sebab aku belum sampai makam tertinggi pembuatan komik konsep 
macam ni kot..
Sebab ada je yang tak paham lawak LLB yang aku buat dalam entri sebelum ni haha :D










































Lepas ni nak buat entri pasal komik Buasirotak pulak huhu :)
Tunggu..







Lawak Lorong Belakang 3




Bismillahi Rahmani Rahim



Jumlah semua komik strip Lawak Lorong Belakang yang aku buat ada 4..
Jadi ni yang ke-3..
Kalau nak tahu kenapa semuanya berkaitan bola, 
boleh baca entri LLB 1 kat sini ok..






















































Lawak Lorong Belakang 2






Bismillahi Rahmani Rahim



Entri lepas aku publish salah satu komik yang kena rijek, 
jadi kali ni aku bagi lagi salah dua daripada komik tersebut..

Komik ni sebenarnya pasal seorang gelandangan dan kehidupan sehariannya..
Kalau ikut plan, ada watak-watak side kick yang sama-sama memeriahkan hidup dia..

Tapi tu la..lepas buat 4 komik strip terus aku gibab..huhu




Enjoice!


























Hmm, aku patut belajar dari watak pengemis ni supaya jangan gibab..
Sebab dia tak pernah gibab meng-annoying-kan orang haha..







Lawak Lorong Belakang






Bismillahi Rahmani Rahim




Hai semua :) Lama gila tak post entri kat sini..
Blog pun macam dah tak berapa nak meriah je aku tengok..
Tapi aku kagum dengan kawan-kawan blogger lain yang gigih up entri dengan penuh istiqomah dan konsistentuensi!
CC : Cero, Aujinz, Buasirotak dan lelain yang aku tak sebutkan..haha
Tahniah aku ucapkan..tepuk tepuk tepuk!!




Aku dalam kemalasan-malasan ni saja-saja tukar template kot-kot la ada semangat sikit nak menulis..
Sebab bro uncle Johnni lepas tukar template aku tengok lain macam dah asyik up entri je..
dah macam naik syeikh aku tengok..hehe..




Hmm, aku tak sempat buat komik baru..huhu
Komik ni sepatutnya masuk Komik-M - Antologi Aku, Kau dan Bola..
Tapi kena rejek huhu..
Aku publish la kat sini yek..
Harap-harap kau orang tak rejek pulak kehkeh..




Jadi..





Aku persembahkan ... 





Lawak Lorong Belakang 
(sebenarnya tak kelakar pun..hmm)
























Tamat.





Aku tak expect apatah lagi menaruh harapan tinggi ada yang gelak..
Jadi, kalau ada yang leret2kan ekor bibir sebelah tu memang aku tabik..
Yang senget-sengetkan dan menjuihkan serta mengkumat-kamitkan mulut tanda benci diadunkan dengan sumpah seranah pun jangan risau..
Aku tabik jugak sebab banyak tabik lebih ni..



Hmm, nak buat macam mana,
Dah nama pun karya rejek kehkeh..






Hello Abah



Bismillahi Rahmani Rahim


























Kredit kartun asal : Amar




Aku harap mesej kartun ni deep, padu, makan dalam dan paling penting sampai..