Hero Yang Terkantoi

31.10.11 2 Comments A+ a-

Bismillahi Rahmani Rahim

Lokasi kejadian | Tempat kerja aku 
Masa | Sejam sebelum waktu kerja habis
.
.

Sedang aku jalan kaki nak pergi jumpa Pn.Claudia Schiffer, aku dikejutkan oleh bisikan John Statham 
dari arah belakang pintu..
"psst..tolong aku Naz..please help me please.."
Aku lihat mukanya cemas dan ada 3 titik peluh sedang menuruni kedut mukanya..oh ya,aku jalan tak lah terkangkang seperti ilustrasi diatas ya..ok,kita teruskan semula...
.
..aku curiga..dia macam tengah susah..macam kena buli..
.
.

Aku bertukar ke mode hero serta merta...
Aku memang bencikan buli..guli pun aku benci..sebab aku selalu kalah, jadi guli aku asyik kena rampas je..
Kini aku bertekad...
Pengalaman menjadi ketua pengawas semasa sekolah rendah batch 1993-1998 
tak kan aku sia2kan untuk selamatkan golongan lemah ni..mereka perlu dibela!!

Sekilas kilat dilangit,sudah ku tahu jantan betinanya...aku TERJAHHH!!...
Akan aku hapus keparat durjana ini..Persetan..
Aku akan selamatkan kau John Statham..
.
.
..
.
.
.
.
Ok,cerita kat atas ni karut je...nama watak pun tipu..sebenarnya disebalik pintu tu...
.
.
..
.
.
.
.
.
.
.
.

"Bro, jemput makan roti cecah asam pedas Melaka bro..terbaik ni Abg Sabri bawa.."
"Wah, asam pedas Melaka faveret aku kot..lagi tadi makan tak ajak weh.."
"Kau makan free semua terbaik..."  

.......buat tak dengar........=_=''


Terima kasih abg Sabri catering kerana menaja minum petang kami - Roti Cecah Asam Pedas Melaka..
Makan petang2 masa tengah hujan memang best..hehehe





p/s : biar makan yang biasa2 je asalkan kongsi dengan kawan2..jangan makan mewah2 tapi pelahap sendiri..makan ramai2 memang eratkan silatulrahim kan?hehehe..

Sopan Santun BerFacebook / Berinternet

30.10.11 2 Comments A+ a-

Bismillahi Rahmani Rahim


Kebebasan Mutlak??Mana ada!!


Hehe..terkejut ke?Aku bukan marah ye..tu pernyataan je tapi berbentuk amaran..
Annoying eh?maap maap maap - bak kata Nabil..

Ya, siapa tak kenal FB kan..Web paling hot masa kini..
:- FB ialah Tab WAJIB BUKA dalam banyak2 tab yang dibuka oleh pengguna..
Fakta ni beb..Kalau tak percaya cuba baca Kosmo ruangan luar negara 
mesti ada cerita menarik pasal FB hari2..
(aku bukan pembaca tegar,aku beli sebab murah - RM1 je)..hehe

Sejauh mana FB bermanfaat - bergantung kepada cara penggunannya lah kan..
Aku ingat lagi ada ustaz cakap masa ceramah - "TIADA kebebasan yang Mutlak dan Abadi di dunia ini..kerana kita dilingkungi oleh nilai Akhlak dan Adab"
Walaupun kita BEBAS bagi pendapat dan pandangan, kritikan dan hebahan, kita masih lagi tertakluk dengan 
nilai akhlak, adab dan etika tahu..

Bila semua pakat main langgar je lingkungan akhlak dan adab ni konon2 
hak asasi manusialah, kebebasan bersuaralah, suka hati aku nak tulis apalah - yang pada aku terlampau dan ekstrim sangat - mulalah jadi macam2 kes negatif yang melibatkan FB macam
:- fitnah , tipu, provokasi, rogol, cerai berai bla bla bla (banyak, malas nak tulis..sila rujuk Harian Metro)

Jadi, sila beradab macam contoh kat bawah ni bila berFB dan berinternet ye kawan2..
tak rugi pun..lagi mak mertua suka adalah..hehe
.
.
.
.
.
Dont dont dont
.
1.Racism


Kan kita dijadikan berbangsa2 dan bersuku2 untuk saling mengenali dan memahami antara satu sama lain...
Bukan bezakan warna kulit, bahasa, pakaian, kelentikkan bulu mata ya kawan2..
Jadi, buangkan segala perbezaan..cari titik persamaan antara kita dan hargainya..
kerana tu lah yang  mengikat kita ;-)



2.Upload gambar yang jelas kurang kesenonohannya


Err..korek hidung ni borderline ye antara senonoh dengan tak..susah nak beza ;D
Gambar tak senonoh tu gambar yang aib la..aibkan diri sendiri mahupun orang lain...
Bubuh je gambar tayar motor kalau susah sangat..yang ada bunga la,jangan yang botak..



3. Provokasi yang tak agak-agak


Bebas bagi pandangan kat FB bukan lesen untuk kita provokasi secara terlampau..
darjah kesensitifan manusia adalah berbeza2..
mungkin pada kita macam ok, tapi tidak pada orang yang diprovokasi tu lantaran dia mempunyai threshold sensitif yang sangat rendah..ramai je yang tak nak kawan (unfriend) lagi pasal benda ni..kan tak best tu kalau tiada kawan..tiada duit tak apa lagi - yeke? hehe..



4. Caci Maki saja diriku


Fuh mentangla dalam internet/FB tak muka ke muka (face to face),  sesedap rasa je nak caci maki kutuk hina cerca keji carut carut orang lain ye..ikut nafsu betul..
Kita tak dapat apa pun..cuma dapat dosa percuma dengan perasaan puas hati bersifat sementara je..
dah hilang puas hati tu karang nak carut lagi..kan tak best tu..
Tambahan pula, ia cuma cerminan mentaliti kita yang teruk je sebenarnya..



5. Palsukan orang lain dengan buat akaun konon-konon kaulah orang itu..


Manusia genus dan spesies macam ni pun ada juga..
Palsukan akaun guna gambar orang lain lepas tu berlagak jadi orang tu dengan niat nak jatuhkan nama orang tu..fuuuhh,terbaik betul modus operandi ni kan?eh suka pula..ni bukan compliment weh, ni sarcasm ni..
Busuk cagu tau tak orang yang kau dah palsukan tu..Biasa artislah atau individu famous ammos la yang kena..
Hish, keji betul perangai ni..hidap sindrom Bipolar ke apa..



6. Kongsi cerita dalam kain batik dan pelikat kat FB


Cerita dalam baju singlet bagai semua dah kongsi kat FB ada lagi perasaan tak malu kata - "tolonglah jangan kacau privacy saya"..Apa neraka?
Benda2 sulit yang tak nak umum tahu tak payahlah nak update kat FB pandai..
jerawat tumbuh celah ketiak pun nak bagi tahu...
lepas tu dah bagi no telefon dalam FB lagi nak marah2 orang kacau kamu..
guna je mesej inbox atau sms/jumpa kan senang..ha?baru terfikir? =_="



7. Bertemujanji dengan orang tak kenal..



Tak perlu hurai..baca je Muka depan Harian Metro dengan Kosmo kalau nak tau natijah kalau tak dengar nasihat ni..hari2 ada jawapannya..siap font besar dengan bold lagi tajuk2 utama suratkhabar tu..hehe

Sebenarnya,semua ni common sense je..budak baru mumaiyyiz pun tau nak bezakan yang baik dan yang tak baik punya ( gaya ziffi) langsung..atas ni sebahagian besar je dari banyak2 yang anda semua pun tahu..
kat sini ada lagi banyak..bacalah..tak nak?dah agak dah..tak bagi harapan pun..=_=''



p/s : Annoying betul kan?Emm..aku ada klik like kat page "FAM Bangsat" hari tu...didorong nafsu amarah betul masa tu...dah siapa suruh naikkan tiket RM50?ceh, teremosional pula..hehe

Q : Kenapa saya tak macam orang lain?....A : Kenapa kamu nak jadi macam orang lain?

29.10.11 2 Comments A+ a-


Bismillahi Rahmani Rahim




Salam..hai semua ;-) minggu lepas terjumpa video ini di 
Yiutiup.com - perkongsian video terkemuka dunia. 
Sila klik kalau nak tengok..dijamin tak kan menjejaskan kesihatan rambut anda walaupun anda guna 
produk shampu yang lain.




  


Aku guna shampu ape?Tak payah tahulah..
tak ada signifikan pun kalau anda tahu..



Well..tersentuh tak tengok alkisah dalam video tu?
kalau tersentuh kenalah  nangis..tak nak nangis?
ceh,keras hati betul...
Gambar kartun atas ni tipu..mana ada aku nangis..




aku cuma kagum teresak-esak je sebab, dia pekak tapi tetap nak juga main violin..setakat boleh baca note tapi tak dengar memanglah kan payah nak hayati..Tapi ayah,eh pakcik yang tak dikenali tu punya motivasi memang thorbaik betul la..
Anda tengok tak video tu?kena tengok dulu baru faham ye murid-murid sekalian..Nak tau tak apa motivasi pakcik kacak tu?haishh,semua nak kena suap ;-D haha..annoying ke?maaflah,nama pun blog annoying kan..
baiklah,motivasinya adalah seperti berikut..
.

Motivasi 1 : Budak perempuan : Kenapa saya tak sama macam orang lain?
Pakcik Kachak : Kenapa nak jadi macam orang lain?
.
Dia jawab soalan budak ni dengan soalan balik,biar dia fikir..
sampai aku yang alhamdulilah tak pekak ni pun terfikir juga..

Motivasi 2 : Pakcik Kachak : Muzik adalah benda yang boleh nampak (visible) , tutup mata kamu..main je..

Aksi tangan dia buat isyarat tutup mata memang aku terpesonakesima..
Tapi,muzik mana boleh nampak pakcik..note muzik boleh la..em,mungkin maksud pakcik tu pejamkan mata,dan hayati gesekkan violin tu..aku rasa la..aku tak paham thai..
.
.
.
.









Kisah orang kuat upaya (OKU) ni mengingatkan aku masa aku makan kat kedai makan kat sunway masa zaman muda mudiku dulu..

Once upon a time....


Sepasang pakcik makcik warga tua (pakcik tu buta) jalan keliling kedai makan tu
Aku tau ni fenomena biasa kan..anda semua pun pernah alami kan?
.
.
.
.

Bila sampai meja aku,aku pun beri la sedikit rezeki Tuhan yang ada kat aku untuk dikongsi dengan pakcik ni..
Pakcik buta tu hulur sesuatu kat aku..aku cakap tak apa pakcik..its ok,its ok..chewah speaking bagai..tak pun sebenarnya..
.
.
.
mesti anda semua ingat tisu kan?kan?kan?..aku pun ingat tisu mula-mula..sebab tu aku tolak..


Tapi rupa-rupanya.....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..
.
.
.



Bookmark braille yang sangat awesome dan cantik..ada abjad A sampai Z dengan sign braille yang timbul sekali..jadi kita boleh pegang kat biji-biji timbul tu kalau nak tahu abjad apa..

Macam pakcik ni tau-tau je aku memang nak belajar huruf braille lepas terpengaruh tengok drama pasal orang buta kat TV3 dengan dokumentri pasal orang buta kat Malaysia yang gigih terbitkan AlQuran braille kat Majalah 3..

Fuh fuh fuh...kagum amat aku tengok mereka yang kurang upaya ni sebenarnya lebih berupaya dari kita manusia yang kekononnya sempurna ni kan?



Jadi, kalau ada orang kurang upaya kat sekeliling kita,jangan lah kita caci cerca keji nista umpat kutuk bagai ye..sebab mereka bukan nak pun jadi macam tu..
Kalau tak nak hulurkan barang seringgit 2, janganlah cakap belakang pula..sindiket itulah,sindiket inilah..ambil iktibar dan belajar tentang kemanusiaan dengan mereka..
Untuk ingatan bersama dan aku juga ;-)





p/s : susah jugak beb rupanya nak belajar braille..banyak kali test diri sendiri asyik tersesat je..

Perasmian Blog Annoying Seumpamanya di Malaysia

27.10.11 1 Comments A+ a-

Bismillahi Rahmani Rahim


Wuishhh~~wuishh (bunyi angin mendayu)

.
.
.
.
SHRINGGGGGGGGG!!!!!

Anda tak kenal bukan?anda tak kenal bukan?Anda nak tahu lebih lanjut bukan?
.
.
.
.
.
;-) 
.
.
.
.
.
.
.
:-(
.
.
.
.
.
.
.
;-D
.
.
.
.
ZAPPP!!!!

Macam mana entrance aku? bergaya bukan?ahaha..

Assalamualaikum?
Ni Hao Ma?
Vanekkam?
Hello?
Hai semua....

Selamat berbahagia diucapkan kepada pengunjung blog ni.
Terima kasihlah sudi jenguk blog aku ya.
Anda semua memang best dan tak annoying.hehe..
Ini blog peribadi aku.
Untuk aku kongsi apa yang aku nak kongsi..
jadi..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
*muka kudus*
Minta tunjuk ajar ya senpai2 blogger sekalian.hehe