2.1.13

Tabiat


Bismillahi Rahmani Rahim






Aku ada tabiat yang pelik..
Eh, lupa Selamat Masuk Tahun 2013 semua..
Aku dah makin tua kalau ikut tahun :(


Ok, kita berbalik semula kepada topik tabiat tadi..
Aku ada tabiat yang aku rasa macam pelik..
Nak tahu tak?


biarkan aku pergi membawa diri















































































Wah, gigihnya scroll sampai bawah..heh heh heh..
Oklah oklah aku bagitahu jugak..haishh:D


Kalau orang lain baca Naruto ke One Piece ke 10 minit dah habis..
Tapi aku kalau baca dengan serius bermula dari terbit fajar, lebih kurang matahari nak tergelincir karang baru aku habis baca..
Sebab sambil baca sambil aku tengok macam mana lah eiichiro oda lukis detail-detail macam ni..
macam mana la dia orang ni boleh fikir idea-idea macam ni..
Gila dahsyat betul..
Aku memang sangatlah obses dengan lukisan..
komik..karikatur..potret..lukisan tepi jalan..
Kalau ada mesti aku stay kejap tengok gaya orang tu lukis..
Aku rilek je diri 1 jam nak tengok orang lukis potret..
Lain orang lain stroknya, dari situ kita boleh belajar sesuatu untuk perbaiki stroke kita pulak..











Jadi, tabiat aku ialah lepas aku perhati cara lukisan tu aku akan melukis kat udara..
lukis kat udara ok..bukan buat terjunan udara dari KLCC..
Tu tak hebat sangat sebab ada payung keselamatan..aku lukis kat udara tanpa perkakas keselamatan pun..
Aku akan masuk mode minda separa sedar dan gerak-gerakkan jari untuk tiru balik stroke orang tu..
Aku tak perasan dan aku tak tahu kenapa..
Ia automatik..
macam kau dengar muzik kaki kau goyang-goyang kan..
macam kau basuh baju kau terus sidai kan..
macam motor kau rosak kau terus repair kan..
macam..ok sudah cukup!
Aku cuma sedar ianya pelik bila orang keliling tengok sambil kerut-kerut dahi..
Aku seorang je ke dikurniakan abiliti ni:D

Ke kau orang pun sama?



26 comments:

  1. Bhai NaZha...

    Lu tak pelik lagie... abis kuat pon orang ingat lu nih kurang suku... hahaha... jadi untuk memudahkan lu dimasa akan datang... aper kater lu masuk suku.... nikah ngan orang Negeri Sembilan.... masuk suku.... hahaha ... sebab lu dah kurang suku...

    Jangan mare... hahaha

    ReplyDelete
  2. aku kadang2 mcm tu kadang mcm lain...macam pesen..tapi tabiat aku...aku masa tengah mendesign pape aku akan berjalan tak tentu arah lompat2...ambil mood nak mendesign..tapi buat camtu idea tu masyuk je..ahaha

    ReplyDelete
  3. Hahaha... cam sengal.
    Aku plak mesti lebih sejam kalau round art gallery.
    XD

    ReplyDelete
  4. haha, tade la sampai lukis kat udara, tapi buku ngan pen aku sentiasa bawak, so bebila pun boleh melukis

    ada org pnah nasihatkan aku, untuk bina stroke sendiri, stop tengok stroke org lain, start tengok surroundings.

    ReplyDelete
  5. minat kau tu dah sebati dengan VEIN ko bro..setiap orang ada tabiat memasing..

    Macam aku,aku suka berfikir benda yang tak pernah orang fikir wekeke :P

    ReplyDelete
  6. ok lg ko tu nazha.. normal bagi aku ^^

    ReplyDelete
  7. owh.. aku ingat aku sorang jer.. kah kah kah... tapi Oda punya lukisan adalah ohsem.. ohsem ohsemm.. termasuk laa lukisan Akira Toriyama kalau bab melukis benda benda mekanikal.. ohsem giler..

    ReplyDelete
  8. kalau saya bermain2 dalam minda saja, bayangkan teknik yg digunakan..

    ReplyDelete
  9. aku baca one piece memang makan masa sikit, sebab satu kotak dia tu macam2 ada, kadang2 benda2 kat background pun ada benda2 pelik dan lawak yg kalau perati betul2 baru perasan, tapi aku akan stop lama sikit bila sampai part yang epic untuk menghayati moment tu macam masa mugiwara crew buat epik moves ke, masa zoro tengah marah ke, masa ace mati ke, masa going merry kena bakar tengah laut ke, masa shanks datang stopkan war ke, masa mugiwara crew nak tinggalkan alabasta dan princess vivi, masa diorang berdiri ramai2 atas bangunan world government nak selamatkan robin, masa trafalgar law belah vergo dengan bangunan2 sekali, dan yg paling terbaru sekarang, kemunculan joker @ doflamingo... huh gila epik

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau perasan, watak 'current' dalam op xde yg mati, sumer yg mati tu watak2 dalam past diorg.

      ace n whitebeard are the first :'(

      Delete
    2. Ace & whitebeard hidup sekejap ada kemungkinan ianya akan dihidupkan balik?

      macam Naruto semua watak dah mati boleh hidup semula kadang macam terlalu padat tak dapat nakl focus pertarungan mereka..


      Delete
  10. setuju ngan ojin.. Akira Toriyama sngat osem bab2 lukis robot, enjin, ciptaan pelik2.. aku selalu tiru balik lukisan dia time zmn skolah dulu2...
    style aku, aku akan ulang2 baca smpai hafal jln cerita sambil membesarkan bijik mata tengok stroke lukisan katun yg aku suka.
    kesimpulan, ko tak pelik sangat. itu normal. haha

    ReplyDelete
  11. part mmbaca komik dgn penuh perasaan.. kita sama...
    part lukis2 kat udara... hmmmm... aku tanak...

    kehkehkehkehkehkeh

    ReplyDelete
  12. salam......
    singgah pagi jumaat yang damai balas kunjungan....
    tak peliklah...jadilah siapa kita yang sebenarnya...

    ReplyDelete
  13. hahha.. kita sama..tambah2 kalau lukisan tu comel sesangat.. mesti termenung..

    ReplyDelete
  14. sama2..sambil tu berfikir cmne diorg blh buat cmni..lepastu org keliling pelik..ahahahaha

    ReplyDelete
  15. anda masih di paras normal..=.=b bagus. ada yg kurang normal bila dpt bercakap dengan lukisan itu, =A=""..perilaku seolah2 mcm dia sedang hafal nota bila tgok lukisan..berkumat kamit mulutnya..(padahal tak ada font pun lukisan tu) keh3. Januari ni, pergi lah Matic KL, karya 6x6 sdg ke udara. boleh lah lukis di udara dgn kerap..wawa :D

    ReplyDelete
  16. salam jumaat! kamu memang awesome! )

    ReplyDelete
  17. aku sama gak..tp tak terrer2 pun haa lukis nye..kekeke

    ReplyDelete
  18. keep up the good work bro :)

    ReplyDelete
  19. Aku pon agak sama minat lukisan cuma takda la selama ko belek karya..

    cuma kadang aku terfikir kalau aku boleh buat macam tu bila belek quran untuk sebaris ayat bagaiman stroke dia makna dia tujuan dia..

    Gulp.. :|

    ReplyDelete
  20. salam
    Kunjungan hari ke 7 dalm tahun 2013

    ReplyDelete
  21. mmg la ko masuk asrama senang masuk ipt senang dapat kerja senang sbb tu ko9 boleh buang masa ko mcm tu je

    KLIK definisi malaysia dalam urban dictionary

    ReplyDelete