4.12.12

Entri Untuk Emak


Bismillahi Rahmani Rahim


Entri Reupload





Masa kecik, aku sangat kecik..
Tapi aku tak suka diperkecikkan..
Sebab tu aku buli yang lagi kecik bahaha..
Ok, gambar hiasan semata :D






Antara masalah utama masa aku dulu ialah selalu lupa kat mana aku letak semua barang aku..
(Sekarang pun ada masalah ni mungkin?)





Sebab aku genius, petik jari je dah dapat penyelesaiannya..





Tanya kat mak..settle :)






Kehebatan mak ialah mempunyai tahap accuracy atau ketepatan yang tinggi kedudukan semua barang yang ada kat rumah...
biasanya ketepatan dan kejituan mak tak boleh dipertikaikan..





Aku selalu tertanya-tanya betul ke mak ada kuasa mistik yang boleh tahu kat mana barang disorokkan?
Sebabnya aku khuatir mak tahu aku dah kebumikan pinggan jenama arcopal kesayangannya yang aku terpecahkan kat jamban belakang..





"Oh no!" ujarku dalam bahasa Inggeris..




Kuasa ajaib mak tak berakhir disitu...
Semua adik beradik aku mesti akan merujuk kepada emak kalau tak tahu letak barang kat mana..
Mak tak pernah mintak pelembut mahupun pengeras..





 Ayat saja cari pasal masa kecik dulu wajib ada:D





Sebab aku anak mak, jadi aku mestilah mewarisi sikit-sikit kuasa mak tu..
Dengan iktiqad (qolqolah disitu ya) yang tinggi, aku berazam untuk mengingati semua barang-barang yang ada kat rumah agar dapat memberi saingan yang sihat kepada emak..




Tapi...





Azam tinggal azam...





Sampai sekarang mak sentiasa menjadi rujukan untuk kes-kes terpencil macam ni..
(terpencilkah?haha)







Justeru







Kerana melahirkan saya....terima kasih emak



Kerana membesarkan saya....terima kasih emak..

Kerana mendidik saya....terima kasih emak..

Untuk segala2nya....terima kasih emak

Dunia Akhirat saya sayangkan emak..




Dedikasi kepada :

Bonda Hajah Sairah Haji Amin




27 comments:

  1. hahahaha. betul. hebatkan ibu kita ni. segala benda boleh setelkan

    sweet la entri ni

    ReplyDelete
  2. likeeee !! ibu adalah insan yg paling hebat !! :)

    ReplyDelete
  3. haha..comel je entry ni..emak mmg superwoman.. semua benda dia tahu.. ;)

    ReplyDelete
  4. sayang ibu sgtttttt..serius..tanpa diaa..memang sy x blh hidup..uhuk..=/

    ReplyDelete
  5. Bhai NaZha...

    Artikel lu menyebabkan gua rindu kat emak gua la....

    ReplyDelete
  6. Emm..best kan emak ni..so pada yang masih ada mak, gi tipon dia cepat..lagi bagus weekend ni balik la jenguk dia..n jangan lupa doakan ibu bapak kita..kerana itu adalah pintu rezeki..(ada orang cakap ni hadis sahih, WA)..

    yang dah xde mak n bapak macam aku, kita kirimkan doa je lah..tu je yang diorang tunggu kat 'sana'..

    p/s:lukisan mak yang ko lukis macam muka mak aku..hohoho

    ReplyDelete
  7. tiba-tiba lagu aris ariwatan 1~2~3~ berkumandang... T^T isk. eh. huuu =3=

    ReplyDelete
  8. mungkin mak aku yang kes terpencil kot.. haha. tapi beliau tetap jadi tempat tumpuan kitorang 1 family untuk kes-kes lain. ;D

    * jangan sampai terlambat untuk cakap kita sayangkan mak kita. waktu tu, tak berguna dah air mata yang mengalir.. ;)

    ReplyDelete
  9. yang kau tulis semuanya lebih kurang sama dengan pengalaman aku

    ReplyDelete
  10. Ibu kita adalah segala2nya..sila lah dtg ke blog sy..http://ajax85.blogspot.com

    ReplyDelete
  11. Rasanya mak2 di Malaysia diorang bertapa 7 hari 7 malam bawah air jatuh tu yg dapat superpower macam ni. wahhh bila baca ni rasa rindu dengan mak :') Hahaha

    ReplyDelete
  12. skrg mak aku dah xmcm ni..

    ahaa..

    ReplyDelete
  13. hari ni memang hari rindu emak semalaysia:)

    ReplyDelete
  14. very heartwarming la story ni..ahuhuhu..
    meg sampai sekarang absent minded,brg slalu hilang =.=''

    ReplyDelete
  15. Serious dude, aku tersentuh. thanks mak.

    ReplyDelete
  16. Sungguh. Tidak ada ganjaran yang mampu dibayar buat ummi/mak/ibu/ bonda mukminah melainkan terus menerus mendoakan kesejahteraan untuknya.Semoga Allah menyayangi nya dalam payungan inayah dan teduhan keampunan yang berpanjangan.
    ..Dan semoga awak juga perolehi kekuatan sehebat ibu awak dalam hidup ini. =) amin. insyallah...

    ReplyDelete
  17. nazha, kau bukan sahaja dilahirkan dengan bakat melukis semulajadi, tapi sangat berbakat untuk membuatkan orang lain tersentuh... keep it up bro

    ReplyDelete
  18. mak adalah segala-galanya kan... btw, kratif la lukisan awak tu.. suka sangat! :)

    ReplyDelete
  19. nice ^^

    rumah tradisional ko lukis smat ah, simple tapi sempoi ^^

    selamat hari ibu sedunia ^^

    ReplyDelete
  20. 1 kasih nan abadi tiada tandingi kasihnya ibuu..

    ok,lagu meleleh:) btw thanks semua

    ReplyDelete
  21. wlupun reupload sy ttp baca...hahaha.mak ni ad kuasa tu sbb dia yg jg kawasan tu.dia yg kemas.dia yg bersihkan.tu yg semua brg dia tahu kat mana..sama la dgn arwah mak dulu...skrg dh bsar ckit bru pham...nape seorg mak blh ingt semua bnda :)

    ReplyDelete
  22. aku terus call mak aku... hahahaha... XD

    ReplyDelete
  23. huwaaa.. mcm nak menangis plak....

    ReplyDelete
  24. suke entri nie.. teringat mak kat kampung...

    ReplyDelete
  25. Style lukisan mmng cun... tp style penceritaan tu lagi gempak!
    menyentuh jantung..

    ReplyDelete
  26. Awwww sweeet!
    Mak aku pon sama..selalu tahu benda ada kat mana...
    Akurasa, siapa jadii mak, memang akan dikurnia kuasa istimewa kot..
    Hidup Emak!

    ReplyDelete