27.8.12

K-Drama : Sepasang Kasut Itu Part II

 
 Bismillahi Rahmani Rahim


Klik sini untuk membaca Sepasang kasut itu Part 1
 Saya upload cepat sebab dah buat beberapa siri kat kampung:)



K-Drama : Sepasang Kasut Itu Part II



Sejak hari itu dialah yang sentiasa menjadi tempat Ayah melepaskan geram..
Kesemua kesalahan mesti Ayah tuduh Hayyan.. 
Walaupun aku yang buat..Tetap semuanya dibahu Hayyan..
Maafkan akak sayang..
Sebab tak dapat melindungi Hayyan..


Tapi..sedikiit pun..
Hayyan tak pernah membantah bila dimarahi..
Tak pernah sekali pun Hayyan mencebik, merungut, meninggikan suara..
Apatah lagi merotan Ayah diam-diam masa Ayah tengah tidur..
Berbanding dengan akak, kau sebenarnya anak yang baik Hayyan.. 



Aku ingat lagi..
Bila suatu hari, Ayah kemalangan ditempat kerja..
Doktor sahkan ayah tak dapat bekerja seperti biasa..
Kami sekeluarga menangis..Tapi Hayyan tak..
Tapi jauh disudut hati..
Aku tahu..Hayyan bukan tak nangis sebab tak sayang Ayah..
Tapi Hayyan tak nangis sebab terlalu sayangkan Ayah..



Kau penipu Hayyan..kau penipu!!
Kita pergi sekolah jalan kaki sama-sama..
Tapi..
Aku tahu..Dalam diam-diam..kau..




"Hayyan ponteng sekolah setengah hari sebab nak tolong kita sekeluarga kan?..
Kawan-kawan yang bagitahu akak.." marahku..
Bila aku berkeras ingin menyuruhnya jangan ponteng, Hayyan marah..
"Kak Long belajarlah sungguh-sungguh..
Dalam keluarga kita, Kak Long je yang pandai..
Adik bodoh!"..ujarnya..
Manik manik di mataku berjurai lagi..



Semua kerja Hayyan buat..
Dari angkat kotak kat Kedai Runcit Cik Yah, bersihkan semak belakang rumah Kak Som, 
sampailah petik kelapa kat kebun Wak Abon sebab monyetnya demam semua kau buat..
Kau terlalu muda untuk buat semua ni Hayyan..Tapi kau mengerti..



Duit upah tak sesen pun Hayyan pegang..
Semua kau bagi kat Ummi..
Dari dalam bilik aku terdengar kau kata..
 Kau penipu Hayyan:(



Dengan duit itulah Ummi guna untuk belanja rumah dan belanja ubat Ayah
yang semakin uzur..



Dengan duit itulah kau gunakan untuk belanja sekolah akak..
Kenapa aku tak sekuat dan setabah kau Hayyan?
Kenapa? 



Bersambung...

33 comments:

  1. Pergh! mau cewek2 nangis baca komik novel ko ni ^_^

    ReplyDelete
  2. nk sambungan...cepat hapload....hehe

    ReplyDelete
  3. kenapa suci sangat hati Hayyan...kenapa???????

    *emo pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. watak Hayyan memang sengaja dicipta macam sasuke konon2..

      Delete
  4. tang bt keje semua tu sayu gak la ati.huhu..amek kelapa sbb monyet ye dmam..hehehe.terbekk.teruskan..next pulak?

    ReplyDelete
  5. alahai naper rasa macam mata berair jer huhu...

    nextt plishhhh

    ReplyDelete
  6. cite sambung2 ni yang suspen ni...ergggghhh

    ReplyDelete
  7. Tabah habis si Hayyan! Akak mana tak sedih dan terharu kalau ada adik sebaik dan setabah dia kan..

    aduhh, kenapa aku tersentuh layan K-Drama ni??

    Tu tandanya aku sama macam yang lain, menunggu sambungannya.

    ReplyDelete
  8. uihh..bersambung plak..kusyuk duk hayati caracter hayyan nih ^_^

    ReplyDelete
  9. Bhai NaZha...

    Pasai aper gua masih tak kuar airmata nih... Tolong......

    ReplyDelete
  10. damn... cerita ini terlalu bagus layak dijadikan filem... mohon shuhaimi baba atau mamat khalid buat filem adaptasi pasal hayyan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bhai Noob...

      Shuhaimi Baba kureng kalu citer macam nih... Mamat Khalid pon samer gak... yang paling layak buat filem nih aderlah.... Shamsul Yussuf.... hahahaha....

      Delete
    2. tak nak tak nak..

      aku nak george lucas lulz

      Delete
    3. wow demanding tu nak george lucas..LoL ^^
      apa2 pon nice illustrated story..keep em' comin nazha!
      thumbs up..done follow here..got deviantart? kalo ada mau follow situ juga..teruskan berkarya

      Delete
  11. mohon Hayyan jgn mati pd penamat cerita ni nanti... haha

    ReplyDelete
  12. sedih jugak la
    harap2 hepi ending
    (jangan harap la nazha kata)

    ReplyDelete
  13. hoii lajunya apdet... ai ai ai.. terasa aku.. wakakakaka

    ReplyDelete
  14. apok nya mcm A.Galak. adkh akhir episod mesti apoknya ckp.. "hayyan walaupun apok selalu mukol kau, apok sygkn kau yan, kau jagelah kakak kau" (pepandai je xDD). 1wtak mati, best kot. :D

    ReplyDelete
  15. Oit oit!!
    Ada ninja potong bawah..
    Abis menitis manik air dari mata..

    ReplyDelete
  16. HAa...MANLY teras aku dibuatnya...10 thumbs UP!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  17. terharu sangat baca..sob sob..next pliss..

    ReplyDelete
  18. part panjat pokok nyok sambil gigit pisau kat mulut tu cute gilaa...suka suka hahaha XD

    ReplyDelete
  19. ala.. habis celak aku.. luntur.. siyess.. huhuh.. sedih la.. :(

    ReplyDelete
  20. adei mata masuk habuk.

    ReplyDelete
  21. sebak jugak baca part nih..huhuhu..

    ReplyDelete